BELI JAGUNG TEPI JALAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


BELI JAGUNG TEPI JALAN Selamat petang, petang ni rajinkan diri untuk keluar topup segala barang-barang dapur yang kian susut . Peti ais pun dah makin kosong . Dah selesai beli barang-barang dapur dalam perjalanan balik ke rumah, mata memandang ke kiri dan kanan jalan gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai makanan . 


Syukur alhamdulillah , musim pandemik begini , peniaga-peniaga kecil dah diberi kelonggaran untuk membuka semula gerai-gerai yang setelah hampir 2 bulan tidak boleh beroperasi . Gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai makanan pun perlu patuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan . Tiap kali lalu ke gerai-gerai kecil ni , terfikir akan pendapatan seharian diorang . Ada yang untung dan ada yang tak dapat untung hanya dapat duit modal sahaja . CCL doakan semua peniaga-peniaga kecil di luar sana sentiasa dimurahkan rezeki seperti air yang mengalir . 


Baca juga : resepi bubur jagung manis

Sedang asyik leka tengok gerai-gerai . Mata tertangkap nak singgah ke khemah kecil  dan ada sebuah van kecil . Agak-agaknya jual apa ?? Hari ni rezeki untuk pakcik dan makcik tu untuk CCL kongsi rezeki dengan beliau  . Dalam banyak-banyak gerai hati terusik untuk singgah ke khemah kecil tepi jalan . Apa yang pakcik dan makcik ni jual adalah jagung . Paling berbau sedap semestinya aroma jagung bakar . 


JAGUNG, JAGUNG MANIS, JAGUNG REBUS, TIPS MEMBELI JAGUNG SEGAR, TIPS MEREBUS JAGUNG, CARA MEREBUS JAGUNG ,

Niat berhenti dan beli jagung tersebut . Pakcik dan makcik ni  menjual jagung untuk cari mencari pendapatan yang lebih . Apa tunggu lagi CCL kongsikan rezeki dengan pakcik dan makcik ni . Dapat laa 11 jantung jagung . Besar-besar pulak jagung ni ..bila dah beli mula terfikir menu apa dengan jagung ni selain dari rebus . 


JAGUNG, JAGUNG MANIS, JAGUNG REBUS, TIPS MEMBELI JAGUNG SEGAR, TIPS MEREBUS JAGUNG, CARA MEREBUS JAGUNG ,

Baca juga : tips rebus jagung supaya tak kecut dan tak liat


Jagung yang sudah siap direbus, tak rebus semua selebihnya CCL buang kulit dan masukkan dalam peti sejuk . Tunggu menu apa yang CCL akan buat menggunakan jagung ini . 



Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Betul. Sama-sama kongsi rezeki. Sedap jagung tu. Saya kalau dapat jagung, memang bakar lah jawabnya.

    BalasPadam
  2. Banyak juga beli jagung.

    BalasPadam
  3. Sedap kan jagung manis.. fav #theimans ni

    BalasPadam
  4. Musim kot, sini dekt kulim pun byk pulk org jual jgung tepi jalan, murah pulk tu..

    BalasPadam
  5. Rasanya esok saya kena beli jagung tepi jalan juga lah, Beli yang cup tu haha. sebab nak terus makan!!

    BalasPadam
  6. Sedap makan jagung fresh. Macam macam boleh dibuat dengan jagung. Semoga pendapatan peniaga kecil terus berpanjangan. Aaminn...

    BalasPadam
  7. Sedapnya jagung, makan direbus je pun sedapp

    BalasPadam
  8. Naniey beli jagung manis last time bila rebus tawar tak rasa apapun. Sakit pula hati. Tulis jagung manis tapi manis sikit pun tak rasa

    BalasPadam
  9. tu yg terjadi resepi jagung dgn kelapa parut tu ye :)

    BalasPadam
  10. Banyak jugak beli tu. Macam-macan boleh masak

    BalasPadam
  11. Wah, sedap tue jagung rebus..akak pun suka makan jagung rebus...

    BalasPadam
  12. Macam-macam boleh buat kalau ada jagung. Tapi paling senang rebuslah hehehehee.

    BalasPadam
  13. Cantik dan elok isi jagung tu...mesti sedap tu kan?

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan