Assalamualaikum dan salam sejahtera
KWAY TEOW SUP THAI ZAMAN SEKOLAH Petang-petang ni kalau lapar je CCL terjah dapur , apa lagi buat cucur . .tapi petang ni lain macam sikit lapar makanan berkuah , bersup . Nak buat sendiri bahan tak mencukupi . So beli kat luar lah memandangkan kedai makan dah banyak beroperasi . Dah lama tak beli or makan di kedai makan . Memandangkan dua tiga hari ni peningkatan angka Covid-19 di negeri Perlis agak meningkat dengan mendadak , CCL decide untuk pergi kedai berdekatan je dan makan bungkus . Walaupun dah boleh dine-in di kedai makan CCL macam tak berapa nak yakin lagi dengan keselamatan srkarang ni . Virus Covid-19 ada je di mana-mana .
Mulanya plan nak makan "oden", kedai yang selalu CCL beli oden disitu belum beroperasi lagi . Lalu tangguhkan dulu hasrat nak makan oden . Yang pasti petang ni nak makan makanan berkuah ataupun bersup . Sp memandangkan ketiadaan oden , batalkan hasrat tersebut dan plan seterusnya mencari kedai yang menjual bihun sup ataupun kway teow sup . Agak susah nak cari kedai makan yang menepati selera CCL. Apatah lagi nak cari bihun sup Thai atau Kway Teow Sup Thai yang betul-betul sedap dan rasa ala-ala Thai .
Kemudiannya CCL teringat zaman sekolah dulu, setiap minggu lepas habis kelas petang wajib terjah "Kedai Bang Din" untuk makan . Antara makanan favourite CCL dan rakan-rakan di situ adalah Daging Masak Hitam Dan juga Kway Teow Sup Thai . Semua makanan di kedai Bang Din boleh dikatakan sangat sedap , tetapi dua menu ni paling favourite . Kadang Bang Din sendiri dah cukup hafal oder makanan kami semua . Hari ni teringat nak singgah kedai Bang Din , agaknya dah hampir 2 or 3 tahun tak jejak kaki ke kedai Bang Din , masing-masing sibuk .
Alang-alang dah teringin nak makan kway teow sup thai, apa tunggu lagi terjah ke kedai Bang Din dengan harpan kedai makan bukak , memandangkan hari ni pulak hari hujung minggu . Alhamdulillah, akhirnya bukak mujur orang tak ramai dan tak perlu bersesak . Mungkin petang sama so tak ramai pelanggan kedai pun hampir melabuhkan tirai untuk hari ni . Selesai oder kway teow sup, bersembang dengan Bang Din . Abg Din memang seorang peramah , dari dulu sampai sekarang . Ingat lagi kenangan masa sekolah , CCL terlalu lapar nasi Daging masak hitam, Bang Din sanggup datang hantar di tepi pagar sekolah untuk CCL dan juga kawan-kawan disebabkan kitaorang tak dat keluar disebabkan kelas tambahan terlalu padat . Kedai Bang Din ni dekat sahaja seberang jalan dari sekolah CCL . Alhamdulillah walaupun pakai face mask, ikut SOP sekarang ni , Bang Din still ingat lagi suara CCL , siap minta buka face mask sekejap katanya macam kenai . Alhamdulillah walaupun dah lama tak jejak kaki ke kedai Bang Din tetapi masakan di kedainya tetap CCL takkan lupa .
Selesai pesanan yang CCL oderkan sampai saja rumah terus makan kway teow sup thai panas-panas . Suapan pertama dan suapan kedua , Allahuakbar rasanya still sama macam zaman sekolah . Sedap dan cukup rasa . Susah sangat nak cari kedai yang masakannya seakan sama walaupun dah lama . Ia la kadang-kadang pekerja kedai makan bertukar ganti so rasanya akan sedikit berbeza . Tetapi nikmatnya kway teow sup thai di kedai Bang Din tetap sama kesedapannya . Sebungkus hanya RM5 . Memang sangat puas hati . Alhamdulillah kenyang syukur rezeki Allah Taala..
14 Ulasan
Makanan cenggini memang menggamit nostalgia.
BalasPadamRindu nak makan nasi daging kat sekolah dulu.
memang nampak sedap kejadiannya
BalasPadamdlu-dlu ms duduk di Perlis,, suka jgk pekena kuey teow ni...mmg sedap!
BalasPadamapa beza sup thai dgn sup biasa tu CCL?
BalasPadamsedapnyaaaa👍👍sy kalau mkn ni, serbuk cili tu sy x msk kn / x mintak kt penjual😆
BalasPadamMmg peminat setia ni kalau dr zaman sekolah mmg dh selalu mkn kt situ
BalasPadamMacam sedap je.. Terliur la pulak .
BalasPadamTak pernah cuba lagi kuey teow sup thai ni. Menarik untuk dicuba.
BalasPadamSedapnya. kue teaw sup or celup biasa makan lepas habis waktu sekolah . Sementara tnggu kelas tambahan makan dulu kue teaw, mihun sup or nasi air. Rindunya zaman sekolah
BalasPadamsedapnya lahai sup2 ni.. makan time hujan lak.. layannn
BalasPadamnampak sgt menyelerakan, kena plak panas2..memang dapppp
BalasPadamTak pernah rasa lagi kway teow sup thai. Tapi style kuah macam tu saya suka. Nampak sedap. Sup sup ni memang sedap makan panas panas.
BalasPadamAlahai, temptingnya! Kat sini hujan. Sedapnya makan sup-sup begini.
BalasPadamSedapnya hirup kuah kuey teow sup Thai!
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan