Assalamualaikum dan salam sejahtera
AL-FATIHAH UNTUK SITI SARAH YANG MENINGGAL DUNIA AKIBAT POSITIF COVID-19 DAN KEKURANGAN OKSIGEN DALAM TUBUH BADAN Innalillahiwainnahirojiun . Al-fatihah untuk arwah Siti Sarah Raisudin yang sudah ke rahmatullah . Rasanya 3 4 hati ni ramai rakyat Malaysia yang sentiasa follow keadaan ahli keluarga Shuib Sepahtu, lagi-lagi berita mengenai isterinya Siti Sarah Raisudin yang sarat mengandung apatah lagi dikhabarkan Siti Sarah "positive covid-19" . Lagi mendukacitakan ibu mengandung tersebut terpaksa ditidurkan pada 4 Ogos 2021 di HUKM berikutan keadaan kekurangan oksigen dalam badan . Hari ini tepat pukul 5.13pagi (isnin) Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhir di HUKM .
Dari pagi tadi sehingga sekarang penuh di laman media sosial media berkongsikan dan juga mendoakan arwah Siti Sarah . Seakan tidak percaya pemergian beliau.
rentetan perjalanan Siti Sarah sepanjang dijangkiti wabak Covid-19 sehingga menghembuskan nafas terakhir .
1. Siti Sarah , Shuib dan anak-anak dijangkiti positif covid-19 pada 25 Julai 2021. Mereka sekeluarga diarahkan kuarantin di rumahnya sendiri selepas pembantu rumah mereka disahkan positif covid-19 tetapi sudah pun meninggal dunia.
2.Pada 4 0gos 2021 , Siti Sarah dimasukkan ke HUKM selepas mengalami batuk yang teruk dan kekurangan oksigen dalam badan akibat jangkitan covid-19.
3. Pada 4 Ogos 2021, kesihatan Siti Sarah agak merosot, dan terpaksa ditidurkan selama 48jam. Dan berada dalam keadaan koma
4. Pada 6 Ogos 2021, jam 2 petang , Siti Sarah terpaksa menjalani pembedahan selama 3 jam untuk mengeluarkan bayi untuk mengelakkan risiko selepas beberapa jam Siti Sarah ditidurkan .Biarpun dilahirkan pra matang dan menggunakan bantuan pernafasan, bayi yang akan dinamakan sebagai Ayash Affan atas pilihan Sarah itu berada dalam keadaan stabil.
5.Pada 7-8 Ogos 2021, keadaan Siti Sarah agak merosot dari segi paras oksigennya susut sehingga 40 peratus
6. Pada 9 Ogos 2021, Shuib memberitahu Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.14pagi
Salam takziah untuk Shuib. Semoga tabah menjalani kehidupan bersama anak-anak .
11 Ulasan
Takziah buat keluarga Siti Sarah. 😭
BalasPadamAl Fatihah buat Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin. Semoga arwah ditempatkan bersama kalangan mereka yang beriman. Aaaaminnnn....
BalasPadamSalam takziah. Terasa kehilangan dia.. Sangat hebat wanita ini.
BalasPadamSalam takziah buat keluarga mereka
BalasPadamSemoga rohnya dicucuri rahmat
memang sedih hari ni...
BalasPadamSemoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
BalasPadamInnalillahiwainna ilihirojiuuunnn...
BalasPadamSungguh.. sy pun asyik teringatkan Sarah
Saya sendiri pun tersentuh, buka social media semuanya berkaitan kebaikan arwah
BalasPadamKematian yang dicemburui. Semoga syurga buat wanita hebat ni. Ramai yang mendoakan arwah. Kita yang tak kenal rapat ni pun turut merasa sedih apatah lagi keluarga arwah
BalasPadamalfatihah (dibaca) salam takziah buat shuib sekeluarga
BalasPadamAl-fatihah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan