Assalamualaikum dan salam sejahtera
CARA MEMBUAT JAGUNG CHEESE BERSAMA KELAPA PARUT Petang tadi CCL ada berkongsikan entri berkaitan beli jagung di tepi jalan . Kalau korang belum bca boleh la terjah entri INI semula . Sambil-sambil tu tinggal la seciput dua ciput komen . Hehe . Jagung yang dah siap direbus tadi , mula la CCL mencari idea resepi-resepi yang boleh dicuba memandangkan sekarang dah ada jagung kan . So resepi yang paling simple dan paling menjadi kegemaran CCL adalah "Jagung Cheese bersama kelapa parut" . Nak beli dalam cup kecil sememangnya agak mahal juga , dah tu tak puas makan . So better buat sendiri baru puas menikmatinya .
Ayuhhh , CCL kongsi resepi untuk korang .
Bahan-bahan Jagung Cheese Kelapa Parut
-Jagung (siap direbus)
-Kelapa parut
-Cheese keping
-Susu Cair
-Mentega
-Susu pekat
Cara membuat Jagung Cheese Kelapa Parut
1.Jagung yang siap direbus, dihiris supaya asingkan isi jagung dari tongkolnya.
2.Panaskan kuali, masukkan 1 sudu besar mentega, kacau sehingga cair dan masukkan hirisan isi jagung dan kacau sehingga sebati.
3.Masukkan cheese keping, 2 sudu besar susu cair dan dua sudu besar susu pekat (kalau tak ada susu pekat korang boleh gantikan dengan gula pasir) dan kacau sehingga sebati .
4.Akhir, sekali masukkan kelapa parut dan kacau sehingga semuanya sebati . Dah siap
Portion ini untuk sorang makan sahaja , kalau korang nak buat dengan kuantiti yang banyak boleh adjustkan bahan-bahan tadi mengikut citarasa korang .
Selamat mencuba resepi "jagung cheese bersama kelapa parut"
7 Ulasan
Tak pernah makan jagung yang ada kelapa parut sbb kurang suka kelapa tu. beza dengan jagung cup orang jual tu cheese dan kelapa parut je kan?
BalasPadamsedap ni CCL..tq sharing :)
BalasPadamEhhh, dengan kelapa parut ...saya tak pernah try wooo...Niceee
BalasPadamSedap ni ada tambah cheese. Makan panas panas sedap betul. Tapi tak pernah lagi tambah kelapa parut. Mesti sedap rasa lemak lemak tu.
BalasPadamBaca tajuk pun menyelerakkan, tentu sedap.. Kalau beli dalam cup tu sedikit ja.. Puas hati buat sendiri..
BalasPadamTak pernah try dengan kelapa parut. Biasa makan dengan mentega and susu sahaja
BalasPadamsejak ber-pkp ni pernah buat juga jagung cup ni sebab teringin, tapi sebelum ni guna mentega biasa je..bolehlah buat nanti tambah cheese dan kelapa. ada kelainan
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan