Assalamualaikum dan salam sejahtera
REVIEW : NESTUM KELEDEK UNGU DAN KELADI Selamat pagi korang . Dah sarapan ? Menu apa sarapan pagi ni ? Menu sarapan yang ringan atau menu sarapan yang berat , antara dua mana yang menjadi pilihan korang setiap pagi ? Ikut citarasa perut masing-masing kan . Bagi CCL, setiap pagi lebih suka memilih sarapan yang ringan . Seawal pagi sebelum siap untuk pergi kerja akan ambil sarapan yang ringan seperti roti,biskut,sandwich dan juga kuih-muih . Jarang sekali CCL nak makanan makanan berat seawal pagi . Habis lewat CCL akan jamah untuk sarapan pagi dalam jam 10 pagi hingga 11 pagi . Time kemuncak macam tu barulah CCL lebih memilih sarapan berat seperti nasi, bihun goreng, kuey teow goreng , roti canai dan sebagainya.
Bagi korang yang terkejar-kejar masa seawal pagi untuk masuk ke pejabat selalunya tak sempat nak makan kan . Paling sikit pun jamah secawan air , lalu masuk office dalam keadaan perut lapar akibat tak sempat nak sarapan pagi . Jangan risau , CCL nak share dengan korang minuman untuk korang sarapan pagi yang boleh memberikan korang nutrisi, tenaga dan sekaligus dapat mengenyangkan perut . Pastinya dapat membuka selera .
NESTUM KELEDEK UNGU & KELADI
Bagi korang yang tak sempat nak jamah sarapan pagi, korang boleh mencuba minuman bijirin berkhasiat iaitu "Nestum Keledek Ungu dan Keladi". Gandingan bijirin nestum bersama ubi keledek ungu dan juga ubi keladi semestinya menjadi pilihan sebab ia membantu memberikan sumber tenaga untuk hari korang di samping kaya denfan nutrisi . Kalau korang sibuk sampai tak sempat makan pon tak perlu risau, sebab NESTUM Keledek Ungu & Keladi kan ada.
KHASIAT ANTIOKSIDAN SECARA SEMULAJADI DARI UBI KELEDEK UNGU DAN UBI KELADI
Bukan itu saja, kalau korang nak tau keistimemewaan gabungan keledek ungu dan keladi ialah ia mengandungi antosianin, sejenis antioksida semulajadi dalam tumbuhan berwarna ungu yang bermanfaat untuk korang.
Hanya dengan minum secawan Nestum Keledek Ungu & Keladi, korang dapat nikmati ubi sebenar dengan khasiat multibijirin dalam setiap hidangan. Tambahan pula, ia tinggi dengan serat, 30% kurang gula* dan tanpa sebarang pewarna tambahan. Jadi sesuai sangatlah untuk korang yang mengamalkan gaya hidup yang sihat.
SEDAP KE NESTUM KELEDEK UNGU DAN KELADI ?
Selalunya CCL akan beli nestum original , tak pun nestum coklat . Tapi kali ni CCL dapat merasai Nestum keledek ungu dan keladi , rasanya sangat-sangat sedap dan memang kena dengan selera anak tekak CCL, pada mulanya agak pelik juga nak minum minuman ni , tetapi selepas cuba nestum ni , rasanya hampir sama seumpama minum air keladi . Memang sedap sangat . Tahap kemanisan juga sedang-sedang sahaja . So CCL boleh repurchase nestum ni lagi .
So korang yang belum mencuba nestum keledek ungu dan keladi boleh terjah mana-mana pasaraya berdekatan untuk merasai sendiri kelazatannya .
13 Ulasan
Tidak nampak ungu sangat kan? Hehe Di rumah belum habis nestum dan madu.
BalasPadamNampak sedaplah nextum tu, dah lama juga tak makan nestum begini
BalasPadamsaya memilih untuk sarapan berat tapi takdelah terlalu awal pagi. klu bekerja di ofis selalunya sebelum pukul 8 saya dah sarapan berat..
BalasPadamBelum pernah try lagi yang keledek ungu ni. Kalau CCL cakap sedap, kena masuk list try juga la..
BalasPadamNampak sedap especially warna dia kan.. Aini selalu mkn yg nestum oat tu..sedap juga dan buat kite kenyang sampai ke tgh hari..hehe
BalasPadamSelalu minum nestum yang original je. Tak pernah lagi cuba yang ni.
BalasPadamwah .ada perisa keladi...nampak sedap je...kena cari la lepas ni .confirm terjebak ni
BalasPadamsedap tak
BalasPadamcik nor biasa nestum 3in 1 yg ori dan coklat je
lain tak penah try
Lama tak bernestum. Macam sedap je nestum keledek ungu dan keladi ni. Dah macam variasi nestum dah sekarang ni. Dulu paling suka yang honey.
BalasPadamFlavour keladi saya kurang sikit, jadi tak pernah try nestum yang ni. Saya suka nestum, memang mengenyangkan
BalasPadamsuka pulak sy dgn packaging ni. nmpk mak cik sy ni mau dirembatnya sbb dia tu pantang dgn kaler purple��
BalasPadamSalam
BalasPadamSalam
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan