13 LAGU PATRIOTIK YANG BUAT KITA RINDU NAK NYANYI SETIAP KALI KEMERDEKAAN

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera .

 

13 LAGU PATRIOTIK YANG BUAT KITA RINDU NAK NYANYI SETIAP KALI KEMERDEKAAN Selamat pagi dan Salam Kemerdekaan yang ke-64 CCL ucapkan untuk semua rakyat Malaysia . Alhamdulillah sedar tak sedar tahun ini kita semua dapat lagi menyambut kemerdekaan yang ke-64 dalam keadaan negara Malaysia yang aman dan damai walaupun tahun ini sambutan kemerdekaan tidak seperti tahun-tahun yang lepas . tahun ini tiada ambang merdeka , tiada percikkan bunga api ,. Pada pagi ini juga tiada tontonan siaran langsung perarakkan sambutan kemerdekaan . Sambutan agak sendu tetapi bendara Malaysia tetap berkibaran di tepi-tepi jalan cumanya tidak meriah seperti tahun-tahun yang lepas . Walaupun Malaysia dilanda pandemic Covid-19 itu tidak menjadikan kita semua sebagai rakyat Malaysia hilang semangat patriotic .

 

INFO , SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-64 , LAGU PATRIOTIK KEMERDEKAAN , LAGU HARI KEBANGSAAN , SENARAI LAGU PATRIOTIK , MERDEKA KE-64 , HARI KEBANGSAAN KE-64 , LAGU PATRIOTIK ,

Sempena hari ini tanggal 31 0gos 2021 , CCL nak kongsikan beberapa lagu nostalgia kebangsaan yang sering diputarkan menjelang hari Kemerdekaan .

 

1.Tanggal 31 0gos (Sudirman 1982)

- Lagu Tanggal 31 Ogos merupakan lagu patriotic yang paling popular didendangkan menjelang bulan Kemederkaan , tidak kira tua atau muda , lirik lagu ini sudah sebati  dalam diri rakyat Malaysia . lagu ini juga dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad [ada 1982 , lirik lagu ini ditulis oleh Ahmad C.B.


2. Saya Anak Malaysia (Dr Sam & Kumpulan Musafir , 1986)

-Lagu Saya Anak Malaysia merupakan antara lagu-lagu patriotik Malaysia yang sedap didengar hingga kini. Ini kerana rentak dan lirik lagunya yang bersifat evergreen. Lagu ini mula dinyanyikan oleh Dr Sam dan Kumpulan Musafir pada 1986 dan terus dinyanyikan hingga kini. Lirik Lagu Saya Anak Malaysia menggambarkan perpaduan kaum di Malaysia dan semangat cintakan tanah Air.


3.Jalur Gemilang (SWARA , 2003)

-Lirik lagu Jalur Gemilang dicipta khas untuk bendera Malaysia yang mengandungi nilai patriotik yang tinggi. Lirik lagu ini mengandungi identiti bendera negara yang menyeru masyarakat untuk menghayati dan mengibarkan bendera Malaysia dengan penuh kemegahan dan cintakan negara. Lirik dan lagu Jalur Gemilang ini telah di lancarkan secara rasminya pada 9 Ogos 2003 untuk sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-46. Lagu ini hasil ciptaan Pak Ngah Suhaimi dan dinyanyikan oleh Swara .

 

4.Keranamu Malaysia

-Lagu ini menjadi lagu tema ulang tahun kemerdekaan selama enam tahun bermula 2000.

Lagu yang dicipta oleh Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) dan lirik oleh anggota kumpulan Kopratasa, Syed Indera Syed Omar (Siso) . Selama enam tahun, Keranamu Malaysia berjaya menyusupi urat nadi dan hati nurani rakyat seterusnya sanggup berkorban kerananya.

 

5.Warisan (Sudirman 1982)

-Lagu yang sangat memberi inspirasi dan motivasi untuk kita terus mempertahankan da memperingati segala hasil usaha dan titik peluh pewira dalam mencapai kemerdekaan . Lagu ini ciptaan sepenuhnya dari Allahyarham Syed Haron . lagu ini pernah menjadi tema bagi sambutan  Kemerdekaan yang ke-57 pada tahun 2014

 

6.Satu Malaysia

Biarpun lagu ‘Satu Malaysia’ ini dicetuskan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-53, ia masihi popular serta dinyanyikan hingga hari ini. Kejayaan lagu ini bertitik tolak daripada matlamat kerajaan untuk mencapai gagasan terhadap pembinaan dan pembentukan bangsa Malaysia.

 

7.Bahtera Merdeka (Aishah)

Lagu patriotik irama tradisional, ‘Bahtera Merdeka’ banyak menggunakan perlambangan tentang Malaysia setelah berjaya menuntut kemerdekaan, hasil perjuangan anak-anak bangsa. Perjuangan ini tanda kesetiaan rakyat untuk mempertahan negara dalam apa jua situasi sebagai sumpah dan janji. Lagu ini ciptaan komposer Allahyarham Kassim Masdor dan telah dinyanyikan Allahyarham Datuk Ahmad Jais. Namun, ia kemudian dipopularkan semula penyanyi Aishah


8.Sejahtera Malaysia (Azlina Aziz, Rohana Jalil, Ogy Ahmad Daud, Elaine Kang dan Desree )

Lagu patriotik ini sudah dialunkan ramai penyanyi. Namun, versi asal dendangan Azlina Aziz, Rohana Jalil, Ogy Ahmad Daud, Elaine Kang dan Desree masih dianggap sebagai versi terbaik. Lagu ini adalah tanda kesyukuran rakyat kerana dapat hidup dengan aman dan makmur dalam negara harmoni yang berbilang kaum dan budaya menerusi perpaduan yang sangat utuh.

 

9. Gemuruh Suara (Team Malaysia , 2021)

-Lagu asalnya merupakan kolaborasi Telekom Malaysia ™ dan Majlis Sukan Malaysia (MSN) bagi mengiringi perjalanan para atlet Malaysia sempena temasya Sukan Sea KE-26 yang berlangsung di Indonesia . Lagu ciptaan Norman , Yusry dan Edry dari kumpulan KRU dan sentuhan lirik dari Ramli Sarip , Caprice dan Dato Shafri Mohamad .

 

10.Standing In The Eyes of The World (Ella-1998)

-Lagu Standing in the Eye of The World merupakan lagu tema Sukan Komanwel pada tahun 1998 dimana Malaysia menjadi tuan rumah . hasil ciptaan Dvid Gates dan Datuk Wah Idris , lagu ini dinyanyikan oleh penyanyi Ella dalam dua versi iaitu versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Penyampaian Ella dicampur paduan muziknya serta emosi yang diterapkan dalam setiap lirik mampu meremangkan bulu roma setiap rakyat Malaysia.

 

11 Inilah Barisan Kita (Jamaluddin Alias )

Sebuah lagi lagu patriotik yang luar biasa impaknya. Ia bukan sahaja berjaya menyuntik semangat yang membara di dalam jiwa kita tetapi turut membuai emosi saat mengenangkan jasa dan perjuangan perajurit yang bertempur habis-habisan untuk menentang musuh demi mempertahankan negara. Lagu ini ciptaan Allahyarham Saifoel Bahari Elyas iaitu komposer sama yang menghasilkan lagu kebangsaan, 'Negaraku' dan ia telah dinyanyikan Jamaludin Alias yang juga bekas pengulas sukan terkenal Radio Televisyen Malaysia RTM.

 

12.Gemuruh (Faizal Tahir , 2007)

-Dari segi baik lirik lagi ini yang dapat menyemarakkan lagi semangat jati diri dan patriotic dalam setiap jiwa anak Malaysia . Lagu ini ciptaan Aubrey Suwito da dinyanyikan oleh Faizal Tahir

 

13. Negaraku (Faizal Tahir, Joe Flizzow,Altimet dan SonaOne 2016)

-Hasil gabungan empat penyanyi terkenal Malaysia  Faizal Tahir , Joe Flizzow , Altimet dan SonaOne ini telah dilancarkan bersempena dengan sambutan Hsri Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada tahun 2016 . Lagu ini digubah oleh Ezra Kong , Mike Chan dan Faizal Tahir  dari Faithful Music dan ditulis oleh gabungan empat penyanyi ini juga .

Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. Memang semangat dengar lagu arwah Sudirman.

    BalasPadam
  2. Suka lagu-lagu patriotik versi lama. Lagunya meresap ke jiwa.

    BalasPadam
  3. Setuju.. Rindu nak dengar dan memang suka dengar. Rasa lain macam.. *goosebumps*
    Selamat Hari Merdeka CCL.

    BalasPadam
  4. lagu sudirman juga yang best dengar. Selamat Hari Merdeka :)

    BalasPadam
  5. Semua betul dan tepat. sangat menggamit kenangan.

    Selamat menyambut hari kemerdekaan buat kali ke 64. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

    BalasPadam
  6. slmt hari merdeka
    semsngat membara bila dgr lagu2 merdeka ni

    BalasPadam
  7. Selamat menyambut hari kemerdekaan… lagu Warisan Sudirman paling suke dengar

    BalasPadam
  8. terasa semangat membara-bara!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ya jangan lupa lawat post saya yang ni ya, khas untuk Cik Cappuccino Latte 😄

      Padam
    2. https://www.syaznirahim.com/2021/08/top-commentator-blog-syazni-rahim-ogos.html?m=1

      Padam
  9. Selamat Hari Kemerdekaan 2021 ccl :)

    BalasPadam
  10. Semua lagu ada aura masing masing. Yang penting meremang kalau nyanyi lagu patriotik dengan penuh semangat.

    BalasPadam
  11. Saya bangga sebab semua lagu tu saya tahu

    BalasPadam
  12. 1Malaysia je lagu yang kita tak dapat dengar dah sebab itu lagu zaman PM lain, sekarang PM lain

    BalasPadam
  13. Satu lagi, jangan lupa lagu negaraku. Hehe

    BalasPadam
  14. Kalau nyanyi ramai ramai lagu patriotik ni, memang boleh meremang bulu roma saya.

    BalasPadam
  15. Akak paling suka dengar lagu Sudirman tu, semangat rasa, rindunya zaman sambut kemerdekaan dulu 2 dengan suasana pembarisan pelbagai uniform, paling xleh lupa aboh akak pernah terlibat dengan pembarisan pada hari kemerdekaan dulu2 semangat bangun pagi ikut aboh nak bagi sokongan dekat beliau hihihi Allah rindunya dekat aboh n ma,

    BalasPadam
  16. bangga jd rakyat malaysia.. bila dngar lagu patriotik rasa lain dalam hati ni..

    BalasPadam
  17. rasa betul-betul semangat bila dengar lagu-lagu ni...

    BalasPadam
  18. bangga jadi rakyat Malaysia

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan