Assalamualaikum dan salam sejahtera
TEH BUNGA KEKWA DARI PURPLECANE Korang suka minum air the bunga tak ? terdapat banyak khasiat the bunga kepada kesihatan kita yang perlu kita semua ketahui . the bunga juga dikenali dengan nama saintifik iaitu ‘Chrysanthemum Tea” . Air teh bunga kekwa ini juga korang boleh didapati sama ada dalam tin atau kotak yang biasanya dijual di hampir kesemua kedai minuman ataupun di supermarket . kadang-kadang ada juga gerai-gerai yang menjual air the bunga fresh terutamanya Ketika bulan perayaan seperti di seluruh bazar Ramadahn . Tetapi bila habisnya bulan Ramadhan begitu susah nak jumpa peniaga yang menjual air the bunga . Tetapi alhamdulillah CCL dapat merasai Tea bunga kekwa ini pemebrian dari “Purple Cane”.
Apa itu PurpleCane ?
PurpleCane merupakan salah satu laman website yang berkonsepkan
diet moden hidangan ringan . apa yang korang boleh beli melalui website Purple Cane
adalah Purple Cane menyediakan makanan ringan dan juga minuman yang berasakan the
iaitu :-
- -Tea moon cake
- -Cane’s teabag
- -Set tea
- -Set teaware
- -Snack
- Kenali asal usul Bunga Kekwa
Pokok Bunga Kekwa (bahasa Inggeris: Chrysanthemum) ialah satu genus yang terdiri daripada kira-kira 30 spesies tumbuhan berbunga saka di bawah famili Asteraceae. Pokok ini berasal dari Asia dan Eropah timur laut.Spesies-spesies Chrysanthemum adalah tumbuhan saka herba yang bertumbuh setinggi 50-150 sentimeter. Daunnya berbentuk cuping dan bunganya besar serta berwarna putih, kuning, atau merah jambu dalam spesies liar. Spesies-spesies ini juga dipergunakan oleh larva-larva sebilangan spesies Lepidoptera untuk makanan tumbuhan.
Pokok bunga kekwa ditanam di China sebagai pokok herba sejak
abad ke-15 SM lagi. Nama Chu-Hsien, sebuah kota China yang kuno, bermaksud
"kota bunga kekwa". Bunga ini diperkenalkan ke Jepun mungkin pada
abad ke-8, dan Maharaja Jepun mengiktirafkan bunga ini sebagai mohornya.
Terdapat juga "Perayaan Kebahagian" di Jepun yang meraikan bunga ini.Bunga
kekwa dibawa ke Dunia Barat pada abad ke-17. Bunga ini dinamakan oleh Carolus
Linnaeus daripada awalan bahasa Greek, chrys-, yang bermaksud
"keemasan" (warna bunga-bunga yang asal), dan -anthemon yang
bermaksud "bunga".
Bunga kekwa juga digunakan sebagai lambang untuk bunga
November. Bunga kekwa merupakan tumbuhan berbunga yang bernilai tinggi dalam
perubatan tradisional. bunga kekwa lazimnya dimasak dengan air bagi
menghasilkan minuman yang digelar Teh Bunga Kekwa atau Teh Chrysanthemum . Di
antara pelbagai jenis bunga kekwa yang ada di muka bumi ini, hanya bunga kekwa
jenis chrysanthemum coronarium saja yang boleh dimakan. Kekwa spesis ini
mengeluarkan bunga kuning yang sesuai untuk dibuat teh. Perlu dibiarkan
sehingga 10 minit sebelum diminum.
Bunga-bunga kekwa sering kalinya dimasak dengan air untuk menghasilkan apa yang digelarkan sebagai "teh bunga kekwa" ( pinyin: jú huā chá, dalam bahasa Cina), sejenis minuman manis, di dalam sebilangan kawasan Asia. Teh bunga kekwa mempunyai banyak kegunaan perubatan, termasuk pemulihan daripada demam selesema.Beberapa spesies Chrysanthemum coronarium (bahasa Inggeris: Garland Chrysanthemum) telah ditanam secara perdagangan di Asia Timur sebagai sayur-sayuran daun yang dikenali sebagai tung ho (Bahasa Cina: pinyin: tónghāo) atau shungiku (bahasa Jepun).Di China, daun-daun kekwa dimasak secara mudah dengan bawang putih dan cili kering. Sayur kekwa yang telah dimasak mempunyai warna yang tua, tekstur yang padat dan bermusilaj, serta bau yang harum dan kompleks.
Antara khasiat dan kelebihan teh bunga kekwa
1. Membantu melancarkan perjalanan darah
2. Membantu pencernaan makanan. Di minum suam tanpa gula
3. Membantu mengurangkan sakit kepala .
4. Membantu mengurangkan sesak nafas (asma) dan
memperkuatkan paru-paru.
5. Menyejukkan badan
6. Membantu mengurangkan jerawat dan ruam di wajah .
7. Didalam teh bunga kekwa @ crysantimun ini juga terdapat
kandungan antivirus dan antipirochete (bakteria yang terdapat didalam penyakit
siflis dan penyakit lyme) iaitu ciri yang membantu dalam menyembuhkan tekanan
darah, penyakit jantung koronari, kolesterol tinggi dan arteriosklerosis.
8. Membantu mengurangi keradangan hati secara berperingkat.
9. Membantu mengurangkan panas akibat cuaca panas seperti
demam, flu dan sakit tekak.
10. Membantu membaiki penglihatan yang kabur dan mengurangai
kemerahan , kekeringan dan gatal pada mata bila diamalkan secara konsisten.
11. Pengamalan yang berterusan dipercayai akan menambahkan kesegaran badan, penglihatan, pendengaran dan awet muda.
Cara meminum teh bunga kekwa
Putik bunga kekwa yang sudah kering , korang boleh rendam
dalam air yang betul-betul panas ataupun korang boleh rebus putik bunga kekwa
sehingga putik bunga kekwa betul-betul kembang . sebelum tu korang basuh la
sedikit putik bunga kekwa itu kan . Bagi CCL hanya rendam dalam air yang panas
sahaja dan kalau korang suka manis-manis sedikit boleh la masukkan sedikit gula
batu .Setelah putik bunga kekwa kembang korang boleh la minum air rebusan bunga
kekwa tersebut sama ada dalam keadaan air yang panas , suam mahupun sejuk .
memang menyegarkan badan .
Korang boleh dapatkan Teh bunga kek dari Purple Cane melalui
pembelian di
Website
-https://www.purplecane.my/
-https://www.purplecane.my/collections/tea/products/baby-chrysanthemum-herbs-tea-hangzhou-50g
16 Ulasan
Teringat zaman bujang dulu, beli teh bunga kekwa. Rebus dan bubuh gula batu. Sedap sangat minum hangat-hangat. Tak lama pening kepala, dan terus tertidur. Minum terlampau bangak kot saya...
BalasPadamSuka minum air teh bunga chrysanthemum ni. Biasa beli air dalam kotak tu je lah. Dapat dried chrysanthemum buat sendiri syok juga ni. Baru tahu banyak spesis juga eh. Nanti nak terjah purple cane tu.
BalasPadamsuka teh bunga panas2 gak.... lps makan makanaan berminyak, bila minum air ni panas2 rasa puas sgt..
BalasPadamSuka teh bunga bila keluar, ambil yang dalam kotak, banyak khasiatnya. Lebih elok buat sendiri..
BalasPadamkalau teh panas2 insyaallah suka
BalasPadamnmpk sedap. tp sy kurang minum teh.. hihi
BalasPadamTak pernah minum panas-panas. Menarik juga produk Purple Cane ni. Thanks share
BalasPadamTeh bunga kekwa ni memang sedap.. Rasa refreshing sangat..
BalasPadamAkak suka minum teh bunga kekwa begini. Nanti boleh cuba brand ni.
BalasPadamselalu minum teh bunga chrysanthemum jer. itu pon beli yang kotak
BalasPadamAssalam,
BalasPadamEmm dah lama tak minum teh bunga kekwa ni, betul sedap kalau minum panas panas, terasa lega kepala dan badan..
Suka minum sejuk-sejuk.. Lega je lalu tekak.. hehehe
BalasPadamKalau saya, saya kurang suka air teh bunga hehehe. Pernah minum dulu sikit, tapi tak kena dengan tekak hehehe
BalasPadammenarik! tak pernah minum lagi..
BalasPadambagus khasiatnyaa.. busyra x prnah minum mcm ni.. tp dulu terasa la teringin.. haha. sampai skrng x cuba,.
BalasPadamMemang suka air ni. Baru tahu byk khasiat dia...
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan