Assalamualaikum dan hai semua
CCL baru tahu menu Ayam Pop ni memang asalnya makanan orang Minangkabau (Minang) dari Bukittinggi, Indonesia. ..Hidangan ni popular dalam masakan Minang atau Nasi Padang.. belum pernah cuba .tapi Khairul Aming dah share resepi tauu..so lena rajin-rajin cuba menu baru.
Bahan-bahan ayam pop
- Ayam
- 4 batang serai diketuk
- Halia
- 5 ulas bawang putih
- 3 cawan air kelapa
- Santan
- 1 sudu kecil garam
- 1 biji tomato
- 15 biji cili padi
- 1 ulas bawang merah
- 5ulas bawang putih
- Sedikit belacan
- 2 helai limau purut
- Perisa seasonings
- Air tepung jagung
- Pucuk ubi kayu
Cara membuat ayam pop versi Khairul Aming
- Masak ayam dengan batang serai, halia dan bawang putih. Tuangkan air kelapa, 1/4 cawan santan dan garam, lalu didihkan. Kacau ayam selalu.
- Kisarkan tomato, cili padi, bawang-bawang dan belacan dalam minyak. Masak sampai mengering sambil tambahkan daun limau. Tambahkan air dan 2–3 sudu santan selepas itu, dan teruskan menumis sambil tambahkan perisa hingga pecah minyak.
- Keluarkan ayam tadi serta bahan sampingan tetapi tinggalkan kuah. Teruskan masak kuah itu sambil tambahkan 1/2 kotak kecil santan, sedikit gula dan air tepung jagung hingga pekat.
- (Pilihan) Rebuskan pucuk ubi kayu sambil tambahkan sedikit garam sebagai hidangan sampingan
Selamat mencuba !!




7 Comments
Wah best ni..Bleh try ni =)
BalasPadamNampak sedap boleh dicuba.
BalasPadamIni menu fav saya tiap kali ke restoran Padang. Tapiiiii buat sendiri so far cuma 2x. Lamaaa masaknya hahahahahha. Dan bahannya pun banyak ðŸ¤. Tapi memang sedaaap. Yg terpenting sambal dia mesti sedap.
BalasPadamAyam pop ni sedikit mencabar sebab dia banyak step kan...tp nak cuba jugak nanti
BalasPadamAyam pop versi Khairul Aming ni nampak unik ... Tak pernah dengar sebenarnya... Gabungan rebus air kelapa dengan kuah sambal tu mesti rasa lemak dan sedap... Mcm mau cuba
BalasPadamTak pernah makan ayam pop ni. Musykil camana rasanya.
BalasPadamAwat masakan padang tak jumpa ayam pop atau aku yang tak tahu
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan