Berjaya Screenshot Terpantas 2 Juta Pageview Blog Cie

 Assalamualaikum dan hai semua 

Berjaya Screenshot Terpantas 2 Juta Pageview Blog Cie Beberapa hari lepas, masa tengah mood blogwalking ke blog Cie, terbaca satu entri yang buat CCL terus alert.. Kak Cie anjurkan contest sempena screenshot Pageview blog beliau yang ke 2 juta. Siapa paling terpantas screenshot angka 2,000,000 tu, boleh claim hadiah daripada Kak Cie.

Sebelum-sebelum ni memang ada juga blogger lain buat contest macam ni. Tapi CCL tak pernah berkesempatan nak dapat screenshot dengan angka yang tepat. Selalu terlepas… sama ada awal sangat atau lambat sangat . . Sejujurnya bila nampak Kak Cie buat contest ni, memang CCL teringin nak join. Nak rasa sendiri pengalaman menang screenshot pageview. Nampak macam mudah, tapi sebenarnya bukan senang tau.

Contest screenshot Pageview, menang contest screenshot Pageview, cara mudah nak menang screenshot Pageview, screenshot Pageview 2 juta, Pageview 2J


Pagi tu sambil blogwalking, CCL terpandang pageview Kak Cie dah tinggal beberapa angka je lagi nak cukupkan 2 juta. Apa lagi… CCL tungguuuu… refresh… tunggu lagi… sambil baca entri dalam blog Kak Cie..Alhamdulillah , rezeki CCL hari tu, berjaya screenshot dengan angka yang tepat! ..Seronok memang seronok… tapi tak boleh happy sangat dulu. Yelah, mana tahu ada yang lebih awal screenshot kan?


Contest screenshot Pageview, menang contest screenshot Pageview, cara mudah nak menang screenshot Pageview, screenshot Pageview 2 juta, Pageview 2J

Lepas je berjaya tangkap gambar, CCL terus cepat-cepat WhatsApp Kak Cie. Cuba nasib… kalau ada rezeki, adalah. Kalau tak ada pun tak apa, yang penting CCL sempat rasa moment tu.

Tak lama lepas tu Kak Cie reply… ucap tahniah dan terus minta details CCL. Masa tu memang bertambah happy! Alhamdulillah, bermakna CCL antara pemenang contest tersebut..Kak Cie ada umumkan dua pemenang CCL dan juga blogger NA menerusi entri ni . Blogger NA ni bukan asing lagi, memang selalu menang contest screenshot. Boleh panggil queen of screenshot pageview lah .heheh

Apa pun, entri santai je kali ni. Saja nak simpan kenangan manis dalam dunia blogging CCL..Terima kasih Kak Cie atas contest yang best ni..Rezeki jangan pernah sangka 



0 Comments

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan