Assalamualaikum dan hai semua
Sushi Empire In Box
Sushi Empire ni memang salah satu favourite food CCL. Pantang nampak kiosk Sushi Empire, wajib singgah beli. Haa, memang susah nak lalu tanpa menjeling dekat sushi yang tersusun cantik tu. . Memandangkan CCL memang suka makanan pedas, jadi kali ni CCL tak beli banyak flavour. Kalau ikutkan sebelum ni, satu flavour satu item juga CCL ambil. Maklumlah, semua nampak sedap sampai rambang mata dibuatnya.
Kali ni CCL pilih Sushi Empire In Box yang ada tiga flavour kegemaran iaitu Grilled Spicy Tuna, Spicy Tuna dan Spicy Salmon.. Tiga- tiga flavour ni memang pilihan wajib CCL setiap kali singgah beli Sushi Empire. Kalau tak sedap, takkanlah CCL asyik repeat flavour yang sama kan? Hihi.
Apa yang CCL suka, rasa pedas dan perasa pada sushi tu memang kena dengan selera CCL. Sekali makan memang rasa nak tambah lagi. Nasib baik beli satu kotak, kalau tidak memang boleh terlebih ambil.
Ada tak peminat Sushi Empire dekat sini?
Juara Ruang Komen Oktober 2026 | Blogger Adnil Linda
Assalamualaikum & hai semua ..
Hari kedua untuk bulan November. Macam biasa, setiap kali masuk bulan baru, CCL nak umumkan siapa pula yang menjadi Juara Ruang Komen blog CCL untuk bulan Oktober 2026.
Sebelum tu, CCL nak ucapkan jutaan terima kasih buat blogger Fanny. Setiap bulan, nama Fanny memang tak pernah lekang daripada carta Top Ten Juara Ruang Komen CCL. Rajin sungguh singgah dan tinggalkan komen dekat blog CCL. Terima kasih sebab tak pernah jemu berkunjung ke sini..
Bulan Oktober hari tu CCL tak berapa banyak keluarkan entri. Jadi, carta Top Komen pun nampak sendu sikitlah kan. Hehehe. Tapi tak apa, walaupun entri tak banyak, CCL tetap nak berkongsi rezeki dengan uguys setiap bulan. Kecil-kecil pun, semoga ada makna buat yang menerima.
Dan untuk bulan Oktober 2026, CCL memilih Blogger Adnil Linda sebagai Juara Ruang Komen .. Walaupun total komen sama dengan Akak SA ( Suria Amanda) CCL bagi laluan untuk Kak Linda pulak.. Tahniah Kak Linda .. Sebagai tanda penghargaan kecil daripada CCL, Kak Linda boleh emailkan detail untuk CCL pos sedikit hadiah ke alamat virgoyana61@yahoo.com ..Nanti CCL tunggu email daripada Kak Linda ya.
Terima kasih juga buat semua yang tersenarai dalam carta Top Ten Juara Ruang Komen Oktober. Dan untuk yang tak masuk carta pun, CCL tetap hargai setiap kunjungan dan komen korang.
Jumpa lagi di carta Juara Ruang Komen bulan November nanti ..
Assalamualaikum dan hai semua
Blog Archive October 2026 | 54K Pageview & 10 Journalist
Pejam celik, pejam celik dah sampai ke penghujung bulan Oktober 2026. Macam biasa, setiap hujung bulan CCL akan buat sedikit recap tentang perjalanan blog CCL sepanjang bulan ini..
Kalau tengok pada statistik blog, bulan Oktober ni CCL berjaya kumpul sebanyak 54.7K pageview.. Alhamdulillah, masih ada rezeki untuk blog CCL menerima kunjungan daripada rakan blogger walaupun jumlah pageview kali ni agak menurun berbanding bulan September yang lepas ni ..Yang penting, blog masih ada pembaca dan CCL pun masih ada cerita nak dikongsikan..
Jadi, untuk bulan Oktober ni kita dapatlah 10 entri. Tak banyak mana pun, tapi okeylah daripada langsung tak ada update..
Terima kasih kepada uguys yang selalu singgah, baca entri, tinggalkan komen dan rajin blogwalking ke blog CCL..