Assalamualaikum dan hai semua
18 Julai 2024 - 18 Julai 2026 | Genap Dua Tahun Masa Berlalu
Semalam 18 Julai 2026 genap dua tahun arwah tokwan dikebumikan di sini ..pagi tadi lepas balik briswalk singgah sekejap kat sini .. Kubur arwah tok dan arwah tokwan sebelah ayah CCL ni dekat saja dengan rumah. Laluan nak pergi kerja pun memang lalu kawasan perkuburan tu, so memang senang laa nak singgah kejap sedekahkan Al-Fatihah.
Arwah tok dan tokwan CCL meninggal pada tahun yg sama 2024 ..arwah tok meninggal pada bulan Mac, arwah tokwan pulak meninggal pada bulan julai ..satu tempat pusara yg sama, baris yang sama ..cuma kubur arwah tok selang beberapa kubur dari kubur arwah tokwan ..kalau nak ziarah memang senang la nak cari .
Bila tengok kawasan perkuburan sekarang, makin hari makin bertambah pusara baru.. Sedar tak sedar, hidup ni memang sementara kan .. yang tinggal hanyalah doa daripada anak cucu..
Al-Fatihah untuk arwah tokwan .. Al-Fatihah untuk arwah tok ..Semoga roh mereka dicucuri rahmat
Assalamualaikum dan hai semua
7 Julai 2026 | Hai Baby Rayfaa Aqeela
Sambungan dari cerita si Rania dah jadi kakak .. Seperti yang sedia maklum dalam entri sebelum ni , 5 Julai 2026 Mama Rania dah selamat bersalin baby girl .. alhamdulillah Mama Rania dan dikbaby pun sihat . So petang 6 Julai baru boleh discharge settle urusan semua kan .. hari ketiga, memandangkan CCL offday , Mama Rania pun dah boleh balik rumah, so CCL ke rumah Mama Rania ..
Gambar hari ketiga dikbaby .. snap gambar ni hantar dekat Mak dan adik CCL, masa ni diorang masih di Tanah Suci .. Entri Mak dan Adik CCL tunai umrah ke tanah suci belum buat lagi .. one by one ehh .. muka dikbaby kena letak sticker jap ..hehee.lepas beberapa bulan CCL reveal muka dikbaby ya ..
Rayfaa Aqeela nama yang diberi . Membawa maksud penyayang, baik hati & yang terbaik
Semoga dikbaby Rayfaa Aqeela diberikan kesihatan yang baik, moga menjadi anak solehah yang cerdik pandai dan tak banyak meragam .. aamiin
Assalamualaikum dan hai semua
5 Julai 2026 | Rania Dah Jadi Kakak
Alhamdulillah syukur tepat tarikh 5 Julai 2026, Rania dah naik pangkat jadi kakak .. Mama Rania dah selamat bersalin di Hospital Kangar pada tengahari tersebut . Alhamdulillah, bersalin kali ni cukup mudah . Awal tu Mama Rania memang target nak bersalin pada 30 June, sama dengan birthday Rania, tapi dikbaby masih lagi selesa dalam perut mama dia, so dokter extand masa lagi seminggu ..
Pukul 3 pagi macam , Mama Rania dah turun tanda, dah rasa sakit kemudian terus pergi hospital .. tapi belum lagi nak bersalin , tengah main dengan contraction .. so dokter bagi balik rumah dulu .. pukul 10 pagi rasa sakit , sekali lagi pergi hospital , dokter dah check pembukaan Mama Rania dah 5cm .. so tunggu masa dikbaby nak keluar ..
Alhamdulillah dalam pukul 1 lebih sebelum azan Zuhur mama Rania dah selamat bersalin .. bersalin anak kedua kali ni cukup mudah, mama rania tak perlu tahan sakit contraction tu lama ..
Abah Rania Whatsapp, Mama Rania dekat hospital dah turun tanda nak bersalin, masa ni CCL kat tempat kerja ..lepas kerja pergi Kangar Jaya Mall (KJM), ronda-ronda window shopping pastu jam 4.40 tengok wayang cerita Khadam ..hahh menyempat lagi kan..
Balik pun dah malam, barulah baca Whatsapp dari abah dan mama Rania , dikbaby dah selamat ..baby girl juga kali ni !! ..tapi yang surprise tue masa scan dikbaby malu nak tunjuk jantina lelaki atau perempuan .. so masing-masing teka baby girl .. tapi barang baby beli warna dan corak unisex .. kalau dapat baby boy or girl dedua boleh pakai .. rupanya dikbaby girl ..ada baju-baju yang boleh recycle pakai Rania dulu ni ..yang masih lagi elok ..
6 Julai, petang Mama Rania dan dikbaby dah boleh balik rumah .. Alhamdulillah semuanya ok tiada kuning . Semoga dikbaby sihat dan cepat membesar ..
Assalamualaikum dan hai semua
Birthday Mak Tahun Ini Dapat Hadiahkan Umrah
Hari ni, 9 Julai, genap usia baharu buat insan yang paling CCL sayang. Selamat Hari Lahir, Mak!
Tahun ni sambutan hari lahir mak lain sikit.. sebab kami sekeluarga berjauhan. Walaupun tak dapat sambut sama-sama, CCL tetap rasa seronok dan tenang sebab mak CCL sekarang ni tengah menunaikan umrah di tanah suci .
Alhamdulillah, tahun ni juga CCL dan adik dapat sponser mak tunai ibadah umrah. Bagi CCL, tahun ni hadiah hari lahir yang paling istimewa dan paling bernilai yang pernah CCL berikan pada mak sepanjang hidup CCL untuk mak yang dah banyak berkorban untuk CCL sekeluarga..
Sebenarnya mak CCL dah pun berangkat ke Tanah Suci pada 2 Julai yang lalu. Insya-Allah, beberapa hari lagi mak akan berangkat balik ke Malaysia. Semoga segala ibadah mak diterima Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, dan pulang dengan membawa umrah yang mabrur.
Selamat Hari Lahir sekali lagi, Mak. Terima kasih atas segala kasih sayang, pengorbanan dan doa yang tak pernah putus buat anak-anak.Semoga Allah SWT panjangkan usia mak dalam keberkatan, mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, melimpahkan rezeki, serta sentiasa memelihara dan membahagiakan mak di dunia dan di akhirat...Semoga mak CCL pulang dengan selamat dan memperoleh umrah yang mabrur..
Selamat hari lahir buat mak!
Assalamualaikum dan hai semua
Happy Birthday Rania Turns 3
“Happy birthday to you… happy birthday to you… happy birthday to Rania… happy birthday to you…”
Penghujung bulan 5 hari tu birthday ayah CCL, penghujung bulan 6 pula birthday si kecil Rania.. Semalam sempat buat sikit makan-makan dekat rumah, berkumpul dengan adik-beradik.. Walaupun simple, yang penting dapat luang masa bersama-sama..Cuma satu je yang tak sempat… tak sempat nak belikan kek untuk Rania..
Hari ni pulak mama abah Rania celebrate birthday Rania. Beli sepotong kek kecil je, tapi ok lah kan… nanti kalau beli besar-besar, siapa pulak yang nak habiskan.
Kadang-kadang CCL suka mengusik si Rania ni..CCL saja cakap dekat dia, “Abah beli kek dekat Nia kecik je… ayah (panggilan Nia dekat ayah CCL) beli kek dekat kakak besar.” Apalagi ..terus berubah laa muka si Nia. Marah dan merajuk sekejap. Haihh… dah besar ni makin macam-macam pula perangai si Nia ..
Apa pun, selamat hari lahir yang ke-3 Rania. Semoga Rania membesar dengan sihat, jadi anak yang baik, cerdik pandai, dan sentiasa dalam lindungan Allah.
Lagi beberapa hari je Rania bakal jadi kakak. Mama Rania pun dah makin sarat menunggu masa. Doakan semoga urusan bersalin Mama Rania dipermudahkan, diberikan kesihatan dan semuanya berjalan lancar.
Assalamualaikum dan hai semua
5 Tahun, Al-Fatihah Tokwan Hari ni kan genap 5 tahun arwah Tokwan pergi..Rindu? Ya… rindu yang teramat sangat.. Bohonglah kalau kata tak rindu kan…
Sekarang, pusara kubur, batu nisan dan gambar-gambar lama arwah Tokwan jadi pengubat rindu .
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Tokwan, melapangkan kuburnya, mengampunkan segala dosa dan menempatkan Tokwan bersama orang-orang yang beriman
Al-Fatihah . Rindu yang tak pernah habis, doa yang tak pernah putus.