cikcappuccinolatte
  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

 Assalamualaikum dan hai semua 

18 Julai 2024 - 18 Julai 2026 | Genap Dua Tahun Masa Berlalu



Semalam 18 Julai 2026 genap dua tahun arwah tokwan dikebumikan di sini ..pagi tadi lepas balik briswalk singgah sekejap kat sini .. Kubur arwah tok dan arwah tokwan sebelah ayah CCL ni dekat saja dengan rumah. Laluan nak pergi kerja pun memang lalu kawasan perkuburan tu, so memang senang laa nak singgah kejap  sedekahkan Al-Fatihah.

Arwah tok dan tokwan CCL meninggal pada tahun yg sama 2024 ..arwah tok meninggal pada bulan Mac, arwah tokwan pulak meninggal pada bulan julai ..satu tempat pusara yg sama, baris yang sama ..cuma kubur arwah tok selang beberapa kubur dari kubur arwah tokwan ..kalau nak ziarah memang senang la nak cari .

Bila tengok kawasan perkuburan sekarang, makin hari makin bertambah pusara baru.. Sedar tak sedar, hidup ni memang sementara kan .. yang tinggal hanyalah doa daripada anak cucu.. 

Al-Fatihah untuk arwah tokwan .. Al-Fatihah untuk arwah tok ..Semoga roh mereka dicucuri rahmat


 Assalamualaikum dan hai semua 

Drama TV3 | Yes ! Captain Zul Aaryan Uguys peminat drama adaptasi novel, jangan lupa saksikan Drama terbaru 'Yes! Captain Zul Aaryan' yang akan mula disiarkan melalui slot Akasia TV3 bermula 10 Julai 2026.. Drama ini merupakan adaptasi daripada novel karya Wnfhanna dan menggabungkan gandingan pelakon Anna Jobling serta Jazmy Juma sebagai watak utama..Kalau uguys suka drama bertemakan enemies to lovers, kahwin paksa dan kisah cinta yang penuh dengan konflik, drama ni memang wajib masuk dalam senarai tontonan!

Drama Yes! Captain Zul Aaryan, Tonton online drama Yes Captain Zul Aaryan TV3, Sinopsis Yes Captain Zul Aaryan, Novel Yes Captain Zul Aaryan,

Drama Yes! Captain Zul Aaryan

Episod: 30

Tarikh Tayangan: 10 Julai 2026

Waktu Siaran: Isnin hingga Jumaat, 7.00 malam

Rangkaian: Akasia TV3 / iQIYI

Adaptasi Novel: Wnfhanna

Penulis Skrip: Rozie Rashid & PGR Team

Pengarah: Nizam Zakaria

Produksi: Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd.

Drama Yes! Captain Zul Aaryan, Tonton online drama Yes Captain Zul Aaryan TV3, Sinopsis Yes Captain Zul Aaryan, Novel Yes Captain Zul Aaryan,

Barisan Pelakon Drama Yes! Captain Aaryan

Anna Jobling sebagai Zara Andrea

Jazmy Juma sebagai Zul Aaryan

Nafiz Muaz sebagai Hazwan

Daniel Fong sebagai Bahri

Natasha Sass sebagai Rania

Adriana Ghafar sebagai Salwa

Esma Daniel sebagai Dato' Abraham

Fazlina Ahmad Daud sebagai Datin Melinda

Zulkifli Ismail sebagai Tan Sri Zul Azhar

Kuza Muzani sebagai Puan Sri Zulaikha

Balkisyh Semundur Khan

Yusuf Bahrin

Tony Eusoff


Lagu Tema (OST) Drama Yes! Captain Aaryan

Lumangad Oku Dika

Penyanyi: Ryenald Guntabid


Drama Yes! Captain Zul Aaryan, Tonton online drama Yes Captain Zul Aaryan TV3, Sinopsis Yes Captain Zul Aaryan, Novel Yes Captain Zul Aaryan,

Sinopsis Drama Yes! Captain Zul Aaryan

Segalanya bermula dengan satu salah faham di Lapangan Terbang Melbourne yang membuatkan Zul Aaryan dan Zara Andrea saling membenci. Takdir kemudian menemukan mereka sekali lagi apabila Andrea menaiki pesawat yang dipandu oleh Aaryan.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila Andrea mempunyai satu bukti yang mampu mengancam kerjaya Aaryan sebagai juruterbang. Demi melindungi reputasinya, Aaryan berusaha mendapatkan semula bukti tersebut sehingga mencetuskan lebih banyak perselisihan antara mereka.

Tanpa diduga, keluarga mengambil keputusan untuk menjodohkan mereka. Walaupun membantah, mereka akhirnya bersetuju berkahwin dengan satu syarat iaitu perkahwinan tersebut hanya berlangsung selama sebulan. Persoalannya, adakah perkahwinan kontrak itu benar-benar akan berakhir selepas sebulan, atau perasaan cinta mula hadir tanpa disedari?

Pada uguys yang dah baca novelnya, mesti tak sabar nak tengok macam mana jalan cerita ini disiarkan di TV. Sama-sama kita nantikan perkembangan kisah Zul Aaryan dan Zara Andrea sepanjang 30 episod nanti.


 Assalamualaikum dan hai semua 

Wordless Wednesday : Cabaran 30 Minit Kualiti Kopi

kopi, cabaran 30 minit kualiti kopi, kualiti kopi, penjagaan kualiti kopi, jenis kopi, aroma kopi, bancuh kopi


 Assalamualaikum dan hai semua 

7 Julai 2026 | Hai Baby Rayfaa Aqeela

Sambungan dari cerita si Rania dah jadi kakak .. Seperti yang sedia maklum dalam entri sebelum ni , 5 Julai 2026 Mama Rania dah selamat bersalin baby girl .. alhamdulillah Mama Rania dan dikbaby pun sihat . So petang 6 Julai baru boleh discharge settle urusan semua kan .. hari ketiga, memandangkan CCL offday , Mama Rania pun dah boleh balik rumah, so CCL ke rumah Mama Rania .. 


Gambar hari ketiga dikbaby .. snap gambar ni hantar dekat Mak dan adik CCL, masa ni diorang masih di Tanah Suci .. Entri Mak dan Adik CCL tunai umrah ke tanah suci belum buat lagi .. one by one ehh .. muka dikbaby kena letak sticker jap ..hehee.lepas beberapa bulan CCL reveal muka dikbaby ya .. 


Rayfaa Aqeela nama yang diberi . Membawa maksud  penyayang, baik hati & yang terbaik 

Semoga dikbaby Rayfaa Aqeela diberikan kesihatan yang baik, moga menjadi anak solehah yang cerdik pandai dan tak banyak meragam .. aamiin



 Assalamualaikum dan hai semua 

Selesai 50 Episod Drama Dendam Seorang Mentua 

Last CCL follow drama Dendam Seorang Madu yang dilakonkan oleh Redza Rosli , Sweet Qismina & Hannah Delisha .. memang CCL follow episod by episod .. Drama lain pun ada juga tengok tapi tak follow semua ..tak sempat yer .. but baru-baru ni CCL ada follow drama Dendam Seorang Mentua uang dilakonkan oleh Dato Yusry , Dato Aaron Aziz , Intan Ladyana , Chaca Maembong & Tracei Sinidol .. first thing tengok sebab lakonan oleh Yusry KRU & Aaroon Aziz .. pastu follow drama ni sampai episod terakhir ..50 episod uguys.. bebal betul la tengok drama ni .. 

Drama dendam seorang mentua, drama dendam seorang madu, tonton full episod drama dendam seorang mentua

Sebab apa CCL cakap bebal.. jalan cerita dan plot twist tue berulang-ulang .. kisah hubungan keluarga menantu & mentua yang penuh dengan pengkhianatan..dendam dengan keluarga sampai membunuh, gila kuasa & gila harta sampai sanggup tikam belakang adik beradik & kawan sendiri . Isu harta dan hak penjagaan anak. Isu cinta yang tidak kesampaian .. 

Drama dendam seorang mentua, drama dendam seorang madu, tonton full episod drama dendam seorang mentua

Dah tengok sampai ke pertengahan episod, mula mengeluh dalam hati, bila lahh cerita ni nak habis ..berbaki beberapa episod lagi kan .. nak kena hadap scene-scene bergaduh..pastu berbaik.. bergaduh .. tapi layan juga laa sebab Aaron Aziz berlakon .. di pertengahan episod watak Dato Muzaffar yang dilakonkan oleh Dato Yusry dah tamat disebabkan dalam episod watak tu Dato Muzaffar meninggal & watak Karl yang dilakonkan oleh Aaron Aziz digantikan sampai habis episod ..

Uguys ada layan tak drama Dendam Seorang Mentua .. ? Haishhh yang sebelum ni tajuk drama Dendam Seorang madu, pastu kali ni Dendam Seorang Mentua .. coming soon drama dendam seorang menantu pulak eh ..hehehe ..macam-macam laa kan .. 


 Assalamualaikum dan hai semua 

5 Julai 2026 | Rania Dah Jadi Kakak 

Alhamdulillah syukur tepat tarikh 5 Julai 2026, Rania dah naik pangkat jadi kakak .. Mama Rania dah selamat bersalin di Hospital Kangar pada tengahari tersebut . Alhamdulillah, bersalin kali ni cukup mudah . Awal tu Mama Rania memang target nak bersalin pada 30 June, sama dengan birthday Rania, tapi dikbaby masih lagi selesa dalam perut mama dia, so dokter extand masa lagi seminggu .. 

Pukul 3 pagi macam , Mama Rania dah turun tanda, dah rasa sakit kemudian terus pergi hospital .. tapi belum lagi nak bersalin , tengah main dengan contraction .. so dokter bagi balik rumah dulu .. pukul 10 pagi rasa sakit , sekali lagi pergi hospital , dokter dah check pembukaan Mama Rania dah 5cm .. so tunggu masa dikbaby nak keluar .. 



Alhamdulillah dalam pukul 1 lebih sebelum azan Zuhur mama Rania dah selamat bersalin .. bersalin anak kedua kali ni cukup mudah, mama rania tak perlu tahan sakit contraction tu lama ..

Abah Rania Whatsapp, Mama Rania dekat hospital dah turun tanda nak bersalin, masa ni CCL kat tempat kerja ..lepas kerja pergi Kangar Jaya Mall (KJM), ronda-ronda window shopping pastu jam 4.40 tengok wayang cerita Khadam ..hahh menyempat lagi kan..


Balik pun dah malam, barulah baca Whatsapp dari abah dan mama Rania , dikbaby dah selamat  ..baby girl juga kali ni !! ..tapi yang surprise tue masa scan dikbaby malu nak tunjuk jantina lelaki atau perempuan .. so masing-masing teka baby girl .. tapi barang baby beli warna dan corak unisex .. kalau dapat baby boy or girl dedua boleh pakai .. rupanya dikbaby girl ..ada baju-baju yang boleh recycle pakai Rania dulu ni ..yang masih lagi elok ..

6 Julai, petang Mama Rania dan dikbaby dah boleh balik rumah .. Alhamdulillah semuanya ok tiada kuning . Semoga dikbaby sihat dan cepat membesar .. 



 Assalamualaikum dan hai semua 

Briskwalk 4 Julai | Pace 7KM   Dah lama rasanya CCL tak update pasal briskwalk kat blog ni.. Last rasanya sebelum puasa hari tu. Lepas tu senyap je kan .. bukan CCL dah berhenti briskwalk tau.. rutin ni tetap pergi macam biasa, cuma tak sempat nak buat entri saja ..Biasanya dalam seminggu mesti dua tiga kali keluar briskwalk. Kalau rajin sikit, boleh jadi tiga atau empat kali seminggu. Ikut keadaan, cuaca dan mood juga la.

briskwalk, tips briskwalk, briskwalk untuk kesihatan, senaman briskwalk, tips kekal konsisten untuk bersenam, pace briskwalk


Pace pun masih lebih kurang sama macam sebelum ni. Selalunya dapat sekitar 7KM, .. throwback result briskwalk 4 Julai haritu pun dapat 7.34KM dengan masa 1jam 51minit .. masa ni memang gagahkancbadan juga untuk habiskan track tersebut.  Memang tak larat sangat-sangat ..kalau hari badan rasa ringan sikit boleh la cecah 8KM. Timer pula memang tak pernah sama. Ada hari laju sikit, ada hari perlahan sikit. Biasalah kan, stamina kita pun ada naik turun..nak dapat pace 10km kena stamina tinggi lagi kan ..walaupun briswalk kemampuan badan kita tak sama macam orang lain ..yang penting kita bergerak bagi keluar peluh dari badan..

Tak kisah sangat kalau pace tak selaju orang lain. Yang penting konsisten tiap-tiap minggu, itu pun dah kira satu pencapaian. Mudah-mudahan lepas ni stamina CCL makin baik dan boleh buat rekod 10KM pulak . 

 Assalamualaikum dan hai semua 

Birthday Mak Tahun Ini Dapat Hadiahkan Umrah

Hari ni, 9 Julai, genap usia baharu buat insan yang paling CCL sayang. Selamat Hari Lahir, Mak!


Tahun ni sambutan hari lahir mak lain sikit.. sebab kami sekeluarga berjauhan. Walaupun tak dapat sambut sama-sama, CCL tetap rasa seronok dan tenang sebab mak CCL sekarang ni tengah menunaikan umrah di tanah suci . 

Alhamdulillah, tahun ni juga CCL dan adik dapat sponser mak tunai ibadah umrah. Bagi CCL, tahun ni hadiah hari lahir yang paling istimewa dan paling bernilai yang pernah CCL berikan pada mak sepanjang hidup CCL untuk mak yang dah banyak berkorban untuk CCL sekeluarga.. 

Sebenarnya mak CCL dah pun berangkat ke Tanah Suci pada 2 Julai yang lalu. Insya-Allah, beberapa hari lagi mak akan berangkat  balik  ke Malaysia. Semoga segala ibadah mak diterima Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, dan pulang dengan membawa umrah yang mabrur.

Selamat Hari Lahir sekali lagi, Mak. Terima kasih atas segala kasih sayang, pengorbanan dan doa yang tak pernah putus buat anak-anak.Semoga Allah SWT panjangkan usia mak dalam keberkatan, mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, melimpahkan rezeki, serta sentiasa memelihara dan membahagiakan mak di dunia dan di akhirat...Semoga mak CCL pulang dengan selamat dan memperoleh umrah yang mabrur..

Selamat hari lahir buat mak!


 Assalamualaikum dan hai semua 

Jadi Top Komen Jun Blog Faa 

Bulan lepas dah la kurang update entri blog, tak sempat nak singgah dan godam komen tau ..Masa pun agak terhad, jadi banyak blog yang CCL tak sempat singgah.

Menang top komen , cara untuk menang top komen dalam blog, juara komen blog, juara komen, cara letak widget top komen, sidebar top komen

Tupp tuppp ada rezeki .. CCL terpilih top komen bulan jun melalui Blog Faa .. memang tak jangka langsung .. tapi itulah bila rezeki datang .. kalau dah namanya rezeki, memang tak pernah salah alamat.

Dua tiga hari lepas, parcel daripada Faa pun selamat sampai ke tangan CCL. Terima kasih banyak-banyak Faa atas hadiah yang Faa kirimkan ..  Nak tahu apa hadiah yang CCL dapat? Stay tune ya, nanti CCL kongsi dalam entri seterusnya.

Oh ya, hadiah Top Komen beberapa bulan lepas daripada Akak SA dan Blog Etuza pun dah selamat sampai juga.. Cuma buat masa ini CCL masih belum berkesempatan untuk update entri mengenainya. Insya-Allah nanti CCL kongsikan satu persatu.



 Assalamualaikum dan hai semua 

Juara Ruang Komen Jun 2026 | Blogger NA


carta top komentator di blog, top komen blog, cara mudah menang top komen dalam blog, juara bulanan komen dalam blog

Alhamdulillah, untuk Juara Ruang Komen bulan Jun telah dimenangi oleh Blogger NA dengan 39 komen!

Walaupun sepanjang bulan lepas CCL hanya sempat publish 9 entri sahaja, Blogger NA tetap gigih "menggodam" entri-entri lama dan tinggalkan komen - komen. Terima kasih banyak kerana sudi singgah, membaca serta memeriahkan ruangan komen di blog CCL. . Seperti biasa, mohon emailkan  butiran  untuk proses pengeposan hadiah do email virgoyana61@yahoo.com

Tahniah juga diucapkan kepada Top 10 Pengomen yang berjaya tersenarai dalam carta bulan Jun. Terima kasih kerana sentiasa setia singgah dan meninggalkan komen di setiap entri. Semoga kita terus saling menyokong dunia blog dan bertemu lagi dalam carta bulan hadapan!

Bulan Julai pulak siapakah yang bakal menempah gelaran juara ruangan komen blog CCL .. 

 Assalamualaikum dan hai semua 

Blog Archive June 2026 | 78K Pageview & 9 Journalist

blog archive Jun 2026, blog performance 2026, Pageview blog, statistik blog, cara kekal konsisten menulis blog, kenapa Pageview  blog menurun

blog archive Jun 2026, blog performance 2026, Pageview blog, statistik blog, cara kekal konsisten menulis blog, kenapa Pageview  blog menurun

Alhamdulillah, masuk bulan baru dah. Bulan Mei yang lepas blog ni sempat cecah 88K pageviews,untuk bulan Jun ni pulak lagi turun ya Pageview sebanyak 78.7 . Kurang update. .

blog archive Jun 2026, blog performance 2026, Pageview blog, statistik blog, cara kekal konsisten menulis blog, kenapa Pageview  blog menurun


Bulan Jun dapat keluarkan 9 Journalist . Paling sikit antara bulan- bulan ya .. 

Tak kisahlah berapa angka sekalipun, yang paling best bila masih ada yang setia singgah baca entri lama dan entri baru. Terima kasih banyak-banyak buat semua yang tak pernah jemu support blog CCL ..Semoga rezeki blog ni terus murah dan terus berkembang. 

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

QOUTES

New year ni bukan pasal 'new people' . It's about new standard . Kalau tahun lepas kau over-give, over - tolerate, over-explain . Tahun ni stop !! .tak semua orang layak dapat access yang sama . 2026 bukan untuk ulang silap sama dengan muka orang yang berbeza .

ABOUT ME

Collabration I Events I Review I Sponsership kindly contact me : virgoyana61@yahoo.com
Based in Perlis Indera Kayangan

FOLLOWERS

JOURNALIST

  • ▼  2026 (141)
    • ▼  Julai (11)
      • 18 Julai 2024 - 18 Julai 2026 | Genap Dua Tahun
      • Drama TV3 | Yes ! Captain Zul Aaryan
      • Wordless Wednesday : Cabaran 30 Minit Kualiti Kopi
      • 7 Julai 2026 | Hai Baby Rayfaa Aqeela
      • Selesai 50 Episod Drama Dendam Seorang Mentua
      • 5 Julai 2026 | Rania Dah Jadi Kakak
      • Briskwalk 4 Julai | Pace 7KM
      • Birthday Mak Tahun Ini Dapat Hadiahkan Umrah
      • Jadi Top Komen Jun Blog Faa
      • Juara Ruang Komen Jun 2026 | Blogger NA
      • Blog Archive June 2026 | 78K Pageview & 9 Journalist
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (11)
    • ►  April (23)
    • ►  Mac (33)
    • ►  Februari (36)
    • ►  Januari (18)
  • ►  2025 (183)
    • ►  Disember (12)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (14)
    • ►  Ogos (17)
    • ►  Julai (17)
    • ►  Jun (18)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (15)
    • ►  Mac (27)
    • ►  Februari (22)
    • ►  Januari (14)
  • ►  2024 (336)
    • ►  Disember (19)
    • ►  November (16)
    • ►  Oktober (19)
    • ►  September (34)
    • ►  Ogos (23)
    • ►  Julai (40)
    • ►  Jun (27)
    • ►  Mei (23)
    • ►  April (36)
    • ►  Mac (47)
    • ►  Februari (36)
    • ►  Januari (16)
  • ►  2023 (47)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (12)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (11)
  • ►  2022 (139)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (19)
    • ►  Julai (12)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (50)
    • ►  Mac (12)
    • ►  Februari (9)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2021 (248)
    • ►  Disember (11)
    • ►  November (8)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (19)
    • ►  Ogos (33)
    • ►  Julai (26)
    • ►  Jun (37)
    • ►  Mei (48)
    • ►  April (32)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Februari (19)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (106)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (31)
    • ►  Mac (31)
  • ►  2019 (91)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (40)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (5)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2018 (118)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (15)
    • ►  September (12)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (13)
    • ►  Mac (12)
    • ►  Februari (11)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2017 (231)
    • ►  Disember (23)
    • ►  November (24)
    • ►  Oktober (27)
    • ►  September (24)
    • ►  Ogos (24)
    • ►  Julai (20)
    • ►  Jun (19)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (17)
    • ►  Mac (25)
    • ►  Februari (9)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2016 (21)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (5)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (68)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (13)
    • ►  September (11)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (9)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2014 (62)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (5)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Februari (8)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2013 (472)
    • ►  Disember (16)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (14)
    • ►  Julai (61)
    • ►  Jun (64)
    • ►  Mei (103)
    • ►  April (181)
    • ►  Mac (7)
  • ►  2012 (2)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Mei (1)

PAGEVIEWS BLOG

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

JUARA RUANG KOMEN JAN-DIS 2026

  • SURIA AMANDA
    Journal Food Intake SA Day 3
  • Blog Roziah Muhammad Nor
    Kursus Kesedaran Halal Hospital Negeri Pahang
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    18 Julai 2026: Majlis Tahlil Dan Kenduri Aqiqah Mak Lang Lina
  • SAJE SUKA-SUKA
    Bangga dengan kawan sekolah
  • D'Cat Queen
    KULINER BANDUNG: MENIKMATI SAJIAN KHAS SUNDA BERTEMA ALAM DI KAMPUNG DAUN
  • Sii Nurul
    Cadangan Homestay di Melaka?
  • Drawing the Words
    Hadiah Untuk Malaikat Kecil

BLOGLIST

  • Bola Katok
    Merasa lah makan roti Gardenia Matcha Midori.
  • Blog Begins At Forty
    July 23, 2026
  • Blog Sihatimerahjambu
    Beli Baju Kurung Kalthum Merona Bambina
  • Mulan
    ADA APA DENGAN CINTA
  • Coffee Break With Me
    Boleh Jalan...
  • Blog Roziah Muhammad Nor
    Kursus Kesedaran Halal Hospital Negeri Pahang
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: EAST PALACE :.
  • Hidup Itu Indah
    Melepaskan
  • SURIA AMANDA
    Program Pelepasan Anak Anak Penyu Karah Sempena Sambutan 80 Tahun Melaka FM2026
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    Tiffin...today & yesterday
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Dinner mamak Nasi Kandar Ayesha
  • KakmimDotCom
    Crush dan Lagu: Soundtrack Perasaan Yang Sukar Dilupakan
  • cikcappuccinolatte
    18 Julai 2024 - 18 Julai 2026 | Genap Dua Tahun
  • Sii Nurul
    Cadangan Homestay di Melaka?
  • Drawing the Words
    Hadiah Untuk Malaikat Kecil
  • Ciktom
    Pengalaman Haji 1447H / 2026
  • Nieyl's Life Story
    Menu Berbuka Puasa Day 26-30
Tunjuk 10 Tunjukkan Semua

SUBSCRIBE & FOLLOW

MOST VIEWED POST

  • CARA BALUTAN KETUPAT
  • 18 Julai 2024 - 18 Julai 2026 | Genap Dua Tahun
  • Drama TV3 | Yes ! Captain Zul Aaryan
  • PENANGAN TARIKH 18 JANUARI 2014 ? APA YANG TERJADI ?
  • COST PER CLICK (CPC) NUFFNANG BULAN MEI BLACKMORES VITAL SINE UNTUK PENJAGAAN RAMBUT
  • Wordless Wednesday : Cabaran 30 Minit Kualiti Kopi
  • RESEPI : KASTARD TIRAMISU SEJUK
  • REZEKI BULAN JUN : KEYCHAIN FELT
  • PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) 2018
  • 7 Julai 2026 | Hai Baby Rayfaa Aqeela

JULY 2026

DISCLAIMER

SEGALA PERKONGSIAN DALAM BLOG INI ADALAH HAKMILIK PENULIS. TIADA KAITAN DENGAN INDIVIDU LAIN. SEBARANG KOMEN DALAM BLOG INI JUGA ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. PEMILIK BLOG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KOMEN. DILARANG MENGELUARKAN KOMEN YANG BOLEH MENGUNDANG KEMARAHAN MANA-MANA PIHAK

Designed by cikcappuccinolatte | Distributed By cikcappuccinolatte