Drama TV3 | Yes ! Captain Zul Aaryan

 Assalamualaikum dan hai semua 

Drama TV3 | Yes ! Captain Zul Aaryan Uguys peminat drama adaptasi novel, jangan lupa saksikan Drama terbaru 'Yes! Captain Zul Aaryan' yang akan mula disiarkan melalui slot Akasia TV3 bermula 10 Julai 2026.. Drama ini merupakan adaptasi daripada novel karya Wnfhanna dan menggabungkan gandingan pelakon Anna Jobling serta Jazmy Juma sebagai watak utama..Kalau uguys suka drama bertemakan enemies to lovers, kahwin paksa dan kisah cinta yang penuh dengan konflik, drama ni memang wajib masuk dalam senarai tontonan!

Drama Yes! Captain Zul Aaryan, Tonton online drama Yes Captain Zul Aaryan TV3, Sinopsis Yes Captain Zul Aaryan, Novel Yes Captain Zul Aaryan,

Drama Yes! Captain Zul Aaryan

Episod: 30

Tarikh Tayangan: 10 Julai 2026

Waktu Siaran: Isnin hingga Jumaat, 7.00 malam

Rangkaian: Akasia TV3 / iQIYI

Adaptasi Novel: Wnfhanna

Penulis Skrip: Rozie Rashid & PGR Team

Pengarah: Nizam Zakaria

Produksi: Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd.

Drama Yes! Captain Zul Aaryan, Tonton online drama Yes Captain Zul Aaryan TV3, Sinopsis Yes Captain Zul Aaryan, Novel Yes Captain Zul Aaryan,

Barisan Pelakon Drama Yes! Captain Aaryan

Anna Jobling sebagai Zara Andrea

Jazmy Juma sebagai Zul Aaryan

Nafiz Muaz sebagai Hazwan

Daniel Fong sebagai Bahri

Natasha Sass sebagai Rania

Adriana Ghafar sebagai Salwa

Esma Daniel sebagai Dato' Abraham

Fazlina Ahmad Daud sebagai Datin Melinda

Zulkifli Ismail sebagai Tan Sri Zul Azhar

Kuza Muzani sebagai Puan Sri Zulaikha

Balkisyh Semundur Khan

Yusuf Bahrin

Tony Eusoff


Lagu Tema (OST) Drama Yes! Captain Aaryan

Lumangad Oku Dika

Penyanyi: Ryenald Guntabid


Drama Yes! Captain Zul Aaryan, Tonton online drama Yes Captain Zul Aaryan TV3, Sinopsis Yes Captain Zul Aaryan, Novel Yes Captain Zul Aaryan,

Sinopsis Drama Yes! Captain Zul Aaryan

Segalanya bermula dengan satu salah faham di Lapangan Terbang Melbourne yang membuatkan Zul Aaryan dan Zara Andrea saling membenci. Takdir kemudian menemukan mereka sekali lagi apabila Andrea menaiki pesawat yang dipandu oleh Aaryan.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila Andrea mempunyai satu bukti yang mampu mengancam kerjaya Aaryan sebagai juruterbang. Demi melindungi reputasinya, Aaryan berusaha mendapatkan semula bukti tersebut sehingga mencetuskan lebih banyak perselisihan antara mereka.

Tanpa diduga, keluarga mengambil keputusan untuk menjodohkan mereka. Walaupun membantah, mereka akhirnya bersetuju berkahwin dengan satu syarat iaitu perkahwinan tersebut hanya berlangsung selama sebulan. Persoalannya, adakah perkahwinan kontrak itu benar-benar akan berakhir selepas sebulan, atau perasaan cinta mula hadir tanpa disedari?

Pada uguys yang dah baca novelnya, mesti tak sabar nak tengok macam mana jalan cerita ini disiarkan di TV. Sama-sama kita nantikan perkembangan kisah Zul Aaryan dan Zara Andrea sepanjang 30 episod nanti.


1 Comments

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan