cikcappuccinolatte
  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

 Assalamualaikum dan hai semua 

Mesra Bites | Kek Strawberry Swiss Roll 

Mesra bite, kek slices mesra bite, kek strawberry swiss roll, strawberry swiss roll, kek strawberi gulung, produk makanan mesra petronas

Lepas cuba Kek Marble Butter dan Kek Pandan Swiss Roll, kali ni CCL cuba pula Kek Strawberry Swiss Roll daripada Mesra Bites.. Seperti biasa… sedap!! ..Kek gulung yang lembut dengan jem strawberi di dalam tu memang ngam! Rasa manisnya pun tak terlalu kuat, jadi memang sesuai sangat kalau nak makan sambil cicah dengan kopi. 

Harga pun murah je, RM1.70 sepotong. Berbaloi kan? CCL suka konsep jual kek secara slice macam ni sebab kita boleh cuba dulu setiap flavour. Kalau sedap, boleh repeat lagi. Kalau kurang kena dengan tekak, tak adalah rasa rugi sangat kan..betul tak ??

Tapi setakat ni, ketiga-tiga flavour yang CCL dah cuba semuanya CCL approve!..

Untuk uguys yang nak cuba, bolehlah cari Mesra Bites di stesen minyak Petronas berdekatan. Mana tahu ada flavour lain yang menarik untuk dicuba juga..

Uguys, dah pernah cuba Kek Strawberry Swiss Roll ni?


 Assalamualaikum dan hai semua 

Mesra Bites | Kek Pandan Swiss Roll Minggu lepas CCL dah cuba Kek butter marble daripada Mesra Bites.. Kalau dah jumpa satu yang sedap, mestilah rasa nak cuba flavour lain pula kan? ..Jadi semalam, CCL singgah lagi dekat Mesra Petronas dan kali ni mata terpandang pula Kek Pandan Swiss Roll. Apa lagi, terus ambil satu flavour lain untuk cuba..

pandan swiss roll, mesra bites, kek mesra bites, mesra petronas, kek pandan gulung, kek pandan, kek pandan swiss roll, kek potong, slices kek pandan,

Buka-buka jer plastik, memang terus semerbak bau pandan. Wangi betul! Aroma pandan tu bercampur pula dengan bau vanilla, memang tak sabar laa makan cicah kopi panas..Bila dah rasa kek pandan swiss roll ni, bukan bau saja yang sedap. Keknya memang terasa pandan, teksturnya lembut dan rasanya pun ngam dengan tekak CCL. Tak terlalu berat dan sesuai sangatlah kalau nak makan  sambil minum kopi atau teh panas ..Harga pun RM1.70 untuk sepotong. Bagi CCL, memang okaylah untuk sekadar nak mencuba.

Sekarang dah dua flavour CCL cuba daripada Mesra Bites..Marble Butter Cake dan Pandan Swiss Roll. Dua-dua boleh tahan sedap..Nampaknya ada beberapa flavour kek slices lain lagi yang belum dicuba. Nanti kalau singgah Mesra Petronas lagi, kita cuba flavour lain pula. Takkan nak tengok saja kan?

Uguys dah pernah cuba Mesra Bites? Kalau pernah, flavour mana yang uguys paling suka?

 Assalamualaikum dan hai semua 

Mesra Bites | Marble Butter Cake Cerita minggu lepas, pagi sebelum nak tumbprint masuk kerja, CCL singgah isi minyak dekat Petronas. Sementara dah masuk dalam tu, sempatlah CCL jalan-jalan tengok rak makanan yang ada.. Kononnya nak ambil beberapa roti saja, tapi mata ni ternampak pula kek potong Marble Butter Cake. Tengok dalam plastik tu macam sedap je… terus rasa nak cuba...

Akhirnya CCL beli 5 kek potong. Bukan nak makan sorang tau! .. Empat lagi tu CCL bagi kawan-kawan untuk sama-sama rasa. Walaupun kek ni bukan hasil air tangan CCL sendiri, tetap boleh berkongsi rezeki kan. Hehehe.

Mesra bites, marble butter cake, kek mentega, kek slices petronas, kek keluaran petronas, kek slices murah, kek mentega marble, kek marble,butter cake

Marble Butter Cake..Uguys jangan pulak cakap CCL makan kek yang dah expired tau! ..Dekat packaging memang tertera tarikh luput 5 Ogos 2026.. Cerita ni cerita minggu lepas, masa tu masih belum expired lagi. Dah clarify awal-awal ni. Hah! ..

Harga pun sangatlah mesra poket.. RM1.50 sahaja untuk satu slice..Jadi… sedap tak?Yessss! Bagi CCL sedap! ..Slice kek ni boleh tahan tebal juga.. Tekstur kek pulak lembut, bila tekan macam span dan tidak mudah berderai masa makan. Bila buka plastik pembungkus, terus bau aroma butter yang wangi. Memang bau butter tue naik dulu..Dari segi rasa pula, bagi CCL memang ngam. Ada rasa butter yang cukup terasa dan ada sedikit rasa masin-masin butter yang buatkan kek ni tak terlalu muak.

Untuk harga RM1.50, CCL rasa memang berbaloi kalau nak alas perut atau nak kudap-kudap waktu minum kopi..

Uguys pernah cuba Mesra Bites Marble Butter Cake ni tak? Kalau pernah, sedap tak bagi korang? 

 Assalamualaikum dan hai semua 

Drama TV3 | Akad Tak Dipinta

Akad Tak Dipinta merupakan drama Melayu terbaharu yang diadaptasi daripada novel popular karya Aalin Amily. Drama ini menggabungkan elemen romantik, konflik rumah tangga, dendam keluarga, rahsia masa lalu dan drama korporat yang penuh emosi.

Dibintangi oleh Redza Rosli dan Nasuha Sulaiman sebagai pasangan utama, drama 20 episod ini mengikuti kisah Seri, seorang wanita yang cuba membina semula hidup selepas kehilangan cinta pertamanya. Namun, pertemuannya dengan Seth membawa Seri ke dalam sebuah perkahwinan yang penuh rahsia, penderitaan dan dendam.

Drama arahan Amor Rizan ini diterbitkan oleh MIG Production Sdn Bhd dan bakal menemui penonton menerusi slot Samarinda TV3 serta platform penstriman tonton.

Pelakon utama drama ini ialah Redza Rosli sebagai Seth Aliman dan Nasuha Sulaiman sebagai Seri Lidyani.

Sinopsis Drama Akad Tak Dipinta

akad tak dipinta, drama akad tak dipinta, sinopsis drama akad tak dipinta, novel akad tak dipinta, tonton online drama akad tak dipinta

Akad Tak Dipinta mengisahkan Seri Lidyani, lakonan Nasuha Sulaiman, seorang akauntan yang cuba meneruskan hidup selepas kehilangan cinta pertamanya, Saif. Kematian Saif dalam sebuah kemalangan tragis meninggalkan luka yang mendalam dalam hati Seri.

Dalam usaha mencari permulaan baharu, Seri bertemu dengan Seth Aliman lakonan Redza Rosli. Seth merupakan majikannya yang terkenal dengan sikap dingin, misteri dan sukar dijangka. Pertemuan mereka pada awalnya tidak kelihatan seperti sebuah kisah cinta biasa.

Seri kemudian menerima lamaran Seth kerana mahu melepaskan diri daripada sebuah perkahwinan yang membelenggunya. Namun, keputusan itu membawa Seri ke dalam sebuah hubungan yang jauh lebih rumit daripada yang pernah dibayangkannya.

Selepas mereka berkahwin, Seri mendapat tahu bahawa Seth sebenarnya ialah adik kandung kepada arwah Saif. Lebih mengejutkan, Seth tidak mengahwini Seri kerana cinta. Dia menyimpan dendam lama dan melihat perkahwinan tersebut sebagai peluang untuk membalas kehancuran keluarganya.

Kini, Seri terpaksa hidup bersama seorang lelaki yang menghukumnya atas kesalahan yang tidak pernah dilakukannya. Ketika perasaan, dendam dan rahsia mula bertembung, kehadiran Harlyn lakonan Faa Zaini menjadikan keadaan semakin tegang.

Harlyn tidak sanggup melihat Seth bersama Seri. Dengan pelbagai muslihat, dia cuba merampas Seth dan menghancurkan kehidupan wanita yang dianggap sebagai penghalang.

Di sebalik konflik rumah tangga dan dunia korporat, satu demi satu rahsia lama mula terbongkar. Kebenaran tentang kematian Saif, persengketaan keluarga dan dendam Seth akhirnya membawa persoalan besar: adakah cinta mampu menyembuhkan luka lama, atau perkahwinan tanpa cinta ini akan berakhir dengan kehancuran?

Akad Tak Dipinta mempunyai sebanyak 20 episod..Drama ini mula ditayangkan pada 30 Julai 2026 dan bersiaran dari Isnin hingga Khamis pada jam 10:00 malam menerusi Samarinda TV3.. Penonton juga boleh mengikuti drama ini melalui platform penstriman tonton.

 Assalamualaikum dan hai semua 

Juara Ruang Komen Julai 2026 | Blogger SN Faaezahh !

Macam biasa, bila masuk je minggu pertama setiap bulan, rutin wajib CCL mestilah check Juara Ruang Komen.. Cara ni jerr yang dapat CCL hargai rakan-rakan blogger yang sentiasa rajin singgah, baca entri dan tinggalkan komen dekat blog CCL.

Terima kasih sangat-sangat buat semua yang sudi support blog CCL.. Tak kisahlah komen sekali atau berkali-kali, CCL tetap hargai setiap satu. Uguys ni lah yang buat CCL rasa bersemangat nak terus update blog walaupun ada masa tak dak idea nak menulis..

top commentators, cara masukkan widget top commentators dalam blog, juara ruang komen julai 2026, widget top commentators

Tahniah juga buat Top 10 Pengomen bulan Julai 2026. Terima kasih sebab sentiasa memeriahkan ruang komen blog CCL.

Dan... tibalah masa yang ditunggu-tunggu.. Juara Ruang Komen bagi bulan Julai 2026 jatuh kepada Blogger SN Faaezahh Tahniah Faa! ..

Teringat pulak, bulan lepas CCL yang jadi juara top komen dekat blog Faa. Bulan ni giliran Faa pula merangkul gelaran juara dekat blog CCL. Alhamdulillah... orang kata rezeki dikongsi bersama. Semoga persahabatan dan sokongan sesama blogger ni terus berkekalan sampai bila-bila.

Faa, jangan lupa emailkan nama penuh, alamat dan nombor telefon ke virgoyana61@yahoo.com ya. CCL nak kirim sikit hadiah yang tak seberapa sebagai tanda terima kasih kerana sentiasa setia memberi sokongan pada blog CCL.

Buat yang belum berjaya kali ni, jangan risau. Masih ada peluang untuk bulan-bulan seterusnya. Teruskan singgah dan tinggalkan komen. Mana tau bulan depan nama blogger lain  pulak yang naik sebagai Juara Ruang Komen. 

Sekali lagi, terima kasih buat semua yang sentiasa ada..Semoga ada rezeki untuk bertemu lagi dalam Juara Ruang Komen Ogos 2026 nanti..

 Assalamualaikum dan hai semua 

Blog Archive July 2026 | 109 Pageview & 14 Journalist

Hari pertama dalam bulan Ogos.. CCL, Semoga bulan baru ni bawa semangat baru, rezeki yang lebih baik dan dipermudahkan segala urusan buat kita semua...Sebenarnya tak dak idea sangat nak menulis hari ni..malas nak bebel panjang, so daripada biarkan blog sunyi sepi, meh laa CCL kongsi sedikit pencapaian blog sepanjang bulan Julai 2026..

Blog archive, Pageview blog, archivement blog, pencapaian blog, cara dapat Pageview blog, prestasi bulanan blog

Blog archive, Pageview blog, archivement blog, pencapaian blog, cara dapat Pageview blog, prestasi bulanan blog

Alhamdulillah, sepanjang bulan Julai lepas blog CCL berjaya mencatat 109K pageviews. Ada peningkatan sikit berbanding bulan Jun. Walaupun tak banyak, tapi tetap rasa bersyukur sebab setiap bulan masih ada peningkatan. Semoga bulan Ogos ni dapat buat yang lebih baik lagi.

Blog archive, Pageview blog, archivement blog, pencapaian blog, cara dapat Pageview blog, prestasi bulanan blog

Untuk bahagian "journalist" pula, bulan Julai CCL sempat hasilkan 14 entri. Hihi... masih lagi merangkak nak capai target satu hari satu entri. Mood malas tu kadang-kadang datang tanpa diundang..Tapi tak apa, pelan-pelan kayuh..

Apa-apa pun tetap bangga dengan pencapaian blog sendiri . Walaupun kurang keluarkan journalist setiap hari tetapi tetap ada rakan blogger yang sudi singgah dan tinggalkan komen sebagai support CCL untuk terus berblogging..


Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

QOUTES

New year ni bukan pasal 'new people' . It's about new standard . Kalau tahun lepas kau over-give, over - tolerate, over-explain . Tahun ni stop !! .tak semua orang layak dapat access yang sama . 2026 bukan untuk ulang silap sama dengan muka orang yang berbeza .

ABOUT ME

Collabration I Events I Review I Sponsership kindly contact me : virgoyana61@yahoo.com
Based in Perlis Indera Kayangan

FOLLOWERS

JOURNALIST

  • ▼  2026 (150)
    • ▼  Ogos (6)
      • Mesra Bites | Kek Strawberry Swiss Roll
      • Mesra Bites | Kek Pandan Swiss Roll
      • Mesra Bites | Marble Butter Cake
      • Drama TV3 | Akad Tak Dipinta
      • Juara Ruang Komen Julai 2026 | Blogger SN Faaezahh !
      • Blog Archive July 2026 | 109 Pageview & 14 Journalist
    • ►  Julai (14)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (11)
    • ►  April (23)
    • ►  Mac (33)
    • ►  Februari (36)
    • ►  Januari (18)
  • ►  2025 (183)
    • ►  Disember (12)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (14)
    • ►  Ogos (17)
    • ►  Julai (17)
    • ►  Jun (18)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (15)
    • ►  Mac (27)
    • ►  Februari (22)
    • ►  Januari (14)
  • ►  2024 (336)
    • ►  Disember (19)
    • ►  November (16)
    • ►  Oktober (19)
    • ►  September (34)
    • ►  Ogos (23)
    • ►  Julai (40)
    • ►  Jun (27)
    • ►  Mei (23)
    • ►  April (36)
    • ►  Mac (47)
    • ►  Februari (36)
    • ►  Januari (16)
  • ►  2023 (47)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (12)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (11)
  • ►  2022 (139)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (19)
    • ►  Julai (12)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (50)
    • ►  Mac (12)
    • ►  Februari (9)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2021 (248)
    • ►  Disember (11)
    • ►  November (8)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (19)
    • ►  Ogos (33)
    • ►  Julai (26)
    • ►  Jun (37)
    • ►  Mei (48)
    • ►  April (32)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Februari (19)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (106)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (31)
    • ►  Mac (31)
  • ►  2019 (91)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (40)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (5)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2018 (118)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (15)
    • ►  September (12)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (13)
    • ►  Mac (12)
    • ►  Februari (11)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2017 (231)
    • ►  Disember (23)
    • ►  November (24)
    • ►  Oktober (27)
    • ►  September (24)
    • ►  Ogos (24)
    • ►  Julai (20)
    • ►  Jun (19)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (17)
    • ►  Mac (25)
    • ►  Februari (9)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2016 (21)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (5)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (68)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (13)
    • ►  September (11)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (9)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2014 (62)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (5)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Februari (8)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2013 (472)
    • ►  Disember (16)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (14)
    • ►  Julai (61)
    • ►  Jun (64)
    • ►  Mei (103)
    • ►  April (181)
    • ►  Mac (7)
  • ►  2012 (2)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Mei (1)

PAGEVIEWS BLOG

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

JUARA RUANG KOMEN JAN-DIS 2026

  • Blog Roziah Muhammad Nor
    Menu Dinner 10 Ogos - 15 Ogos 2026
  • D'Cat Queen
    AC HOTEL BY MARRIOTT, PENGINAPAN NYAMAN DI TENGAH KOTA IPOH
  • SURIA AMANDA
    Medical Follow Up Di KPJ Seremban
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Terjebak Juga
  • My Name Is Faa
    #40 Playing Tourist : Day Two - Natural Bridge, Mt Tamborine, Glow Worms Cave & Rainforest Sky Walk (Part 3)
  • SAJE SUKA-SUKA
    Trivia Merdeka - Kenali Jata Negara
  • Drawing the Words
    Apa Mungkin Terkenal Kita?
  • Sii Nurul
    Cadangan Homestay di Melaka?

BLOGLIST

  • Blog Begins At Forty
    August 21, 2026
  • cikcappuccinolatte
    Mesra Bites | Kek Strawberry Swiss Roll
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    My princess
  • Blog Roziah Muhammad Nor
    Menu Dinner 10 Ogos - 15 Ogos 2026
  • SURIA AMANDA
    Lunch Di Tony Romas Mahkota Parade
  • Blog Sihatimerahjambu
    OTR 2 Espresso Shots Add on Espresso Crème Crown
  • Nieyl's Life Story
    Mee Kolok Daging..
  • KakmimDotCom
    Google For Education Recertification Exam
  • Hidup Itu Indah
    Omelette
  • Coffee Break With Me
    What Are You Thankful For Today?
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: THROWBACK THURSDAY :.
  • Bola Katok
    Singgah KFC beli jajan Mister Potato.
  • Mulan
    HOME SWEET HOME
  • Ciktom
    HUAWEI MATEPAD AIR RETURNS AS AN ULTRA-THIN PC-LIKE AI TABLET BUILT FOR EVERYDAY PRODUCTIVITY
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Bunga raya putih
  • Drawing the Words
    Apa Mungkin Terkenal Kita?
  • Sii Nurul
    Cadangan Homestay di Melaka?
Tunjuk 10 Tunjukkan Semua

SUBSCRIBE & FOLLOW

MOST VIEWED POST

  • Mesra Bites | Kek Pandan Swiss Roll
  • Mesra Bites | Marble Butter Cake
  • PERHATIAN ! JANGAN KUMPUL EARNINGS SAYS/8SHARE SEHINGGA MENCECAH RM100
  • Mesra Bites | Kek Strawberry Swiss Roll
  • HOMEMADE GARLIC BUTTER SPREAD SUPER DUPER EASY JIMAT MASA DAN TENAGA
  • TIPS MEMOHON VISA KE AUSTRALIA, CHINA , US , INDIA DAN CANADA
  • Lirik Lagu Jiwa Yang Mengalah | Bellestrelle ft Harry AI Team
  • PUCUK PAKU GORENG BELACAN
  • CENDOL SEMPOI DI WARUNG ABANG MAT CURUT
  • PENJELASAN HUZAIRIE YAHYA MENGENAI VIDEO PUTERI AWANI

AUG 2026

DISCLAIMER

SEGALA PERKONGSIAN DALAM BLOG INI ADALAH HAKMILIK PENULIS. TIADA KAITAN DENGAN INDIVIDU LAIN. SEBARANG KOMEN DALAM BLOG INI JUGA ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. PEMILIK BLOG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KOMEN. DILARANG MENGELUARKAN KOMEN YANG BOLEH MENGUNDANG KEMARAHAN MANA-MANA PIHAK

Designed by cikcappuccinolatte | Distributed By cikcappuccinolatte