Assalamualaikum dan hai semua
Doorgift Kenduri: Dapat Kek Coklat Moist Dua hari berturut-turut attend kenduri… alhamdulillah rezeki kan.. Terima kasih tuan rumah kerana sudi menjemput CCL sekeluarga, Seperti biasa, lepas balik kenduri memang tak sah kalau tak share doorgift apa yang dapat hari ni..Hari ni dapat yang manis-manis..
Untuk majlis walimatulurus Fatin & Aiman yang berlangsung pada 31 Disember 2025, pasangan pengantin memilih kek coklat moist sebagai doorgift kepada tetamu yang hadir .. Kek coklat ini dibungkus dalam bekas berbentuk hati yang comel, siap dengan sudu kecil. Di sebelahnya pula disertakan kad ucapan bercorak klasik yang memaparkan nama pengantin serta tarikh majlis, menjadikan doorgift ini nampak lebih kemas, eksklusif dan bermakna.
Simple, doorgift yang bajet tapi nampak eksklusif tauu!! .. memang sesuai sebagai buah tangan untuk tetamu. Semoga Fatin & Aiman berbahagia hingga ke syurga ..
Assalamualaikum dan hai semua
Doorgift Kenduri : Dapat Mini Biskut Ada kenduri, mesti ada doorgift..Untuk kenduri kali ni memang tak perlu tanda tanya dapat apa, tak perlu terburu-buru nak buka pun… sebab dari luar dah boleh nampak isi dia tauu..
Doorgift diisi dalam bekas kertas ziplock warna coklat, simple tapi nampak kemas. Dalam tu ada mini biskut, kudapan ringan yang semua orang boleh makan tak kira peringkat umur kan ... kanak-kanak boleh, apatah lagi orang dewasa. Senang nak makan, senang nak bawa balik.
Part yang CCL paling suka, tag kecil bertulis “Thank You, Each Day Is A Gift”..Auchhh… simple je tapi ayat tu penuh makna. .
Tak perlu doorgift mahal-mahal..yang penting tetamu rasa dihargai dan balik dengan senyuman.. biskut kecil ni jadi peneman minum petang bila balik dari kenduri tadi.. Makan sambil rehat-rehat .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Doorgift Kenduri : Dapat Maggie Kari Cuti sekolah ni memang tak sah kalau tak ada kenduri, betul tak? ..Asal ada jemputan, kalau tak ada aral melintang memang CCL akan usaha nak pergi. InsyaAllah sampai. Lagi-lagi bila cuti sekolah ni, kenduri pun macam cendawan tumbuh lepas hujan..Bab makanan pula, usah ditanya… memang sedap-sedap belaka. Dari lauk utama sampai pencuci mulut, semuanya menggoda iman dan perut..
Macam biasa, balik dari kenduri memang takkan tangan kosong. Tuan rumah baik hati, siap bagi doorgift seorang satu beg. Tapi biasalah kan, pantang dapat doorgift, tangan ni gatal nak buka cepat-cepat. Sabar jap… masuk kereta dulu baru boleh belek isi dalam tu ..
Bila dah buka dalam kereta, eh… rupanya dapat sebungkus maggie kari!..Terus senyum sendiri. Rare tauu doorgift maggie kari ni. First time dapat. Selalunya doorgift kenduri ni dapat beras, kopi, kicap atau gula. Kali ni lain sikit..Maggie kari pun ok apa. Boleh simpan, boleh masak-masak bila lapar. Simple tapi berguna.
Terima kasih tuan rumah, rezeki cuti sekolah..Kenduri dapat, perut kenyang, doorgift pun dapat. Alhamdulillah
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Doorgift Kenduri | Dapat Numee Gardenia Zaman sekarang ni kan pelbagai jenis doorgift kenduri yang ada . Kalau dulu doorgift wajib setiap kali berkunjung ke rumah kenduri dapat bunga telur, coklat tak pun sapu tangan . Sekarang ni dah pelbagai jenis doorgift yang ada . Kreatif kan ..
4 hari lepas sempat juga la CCL pergi kenduri kawan CCL . Dapat doorgift apa ? Seperti yang uguys tengok dalam gambar CCL dapat doorgift mee kuning keluaran Numee Gardenia . Siap packaging dalam kotak kertas yang cantik ni lagi . Mudah doorgift macam ni kan ..
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Doorgift dari rumah kenduri kali ni dapat pinggan plastik . Cantik juga pinggan plastik ni siap design bunga lagi . Kualiti pinggan plastik ni nak cakap tebal pun tak ada la tebal mana, tapi masih boleh letak hidangan makanan dalam pinggan ni .
Pandai tuan rumah ni cari Doorgift, pinggan plastik ni siap paperbeg khas untuk pinggan ni lagi tau . Lagi memudahkan
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Doorgift Kenduri : Tisu Muka Dah mula cuti sekolah , tak lepas juga laa ramai yang akan adakan majlis perkahwinan .. tengahari tadi sempat attend kenduri kawan CCL . Alhamdulillah kedua-dua belah pihak lelaki dan pihak perempuan sudah selesai. .
Apa yang CCL dapat dari doorgift kenduri kawan CCL ni ..
Taraaa .. cantik .. comelkan ..aaa love sangat laa doorgift kenduri kali nii , first time juga laa CCL pergi kenduri dapat doorgift tisu muka .. packaging beg doorgift pun cantik. Paper bag kertas yang bercorakkan ala-ala batik. Cantik bukan . Dalam paper bag tersebut terdapat dua box tisu muka ni ..
Wahh hadiah ni sangat-sangat function . Boleh la guna untuk lap-lap kotoran mekap di muka dan sebagainya ..