cikcappuccinolatte
  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

 Assalamualaikum dan hai semua 

Bekal Hari Ni | Pajeri Nenas & Udang Masak Kunyit Hari ni bawa bekal lagi! Cuaca petang pun asyik hujan, nak order Grab pun rasa macam risau keselamatan abang Grab. Tambah pula hujung-hujung bulan ni, gaji pun belum masuk lagi. Hahaha! Jadi, bekal dari rumah lah yerr .. 


Pajeri nenas, udang goreng kunyit, ulam bendi, ulam terung bakar, sambal belacan, menu lauk kampung

Hari ni nak kata menu meriah, tak adalah meriah mana pun. Sekadar menu biasa-biasa, janji perut kenyang dan dapat makan dengan selera. Ada bawa pajeri nenas yang memang menjadi menu favourite CCL. Kalau ada pajeri nenas ni, memang bertambah selera makan.. Selain tu, CCL sempat juga buatkan udang masak kunyit. Tak lupa ikan kembung goreng sebagai lauk tambahan. Kalau dah ada lauk-pauk macam ni, memang cukup dah.. yang paling penting, sambal belacan tu wajib ada! Lagi-lagi kalau ada ulam-ulaman macam terung bakar dengan bendi. 

Alhamdulillah, rezeki hari ni.


 Assalamualaikum dan hai semua 

Astro Prima | Drama Menantu Tanpa Reda Kali ni CCL nak kongsi satu lagi drama Melayu yang menghiasi slot drama di Astro Prima. Drama yang dimaksudkan ialah Menantu Tanpa Reda, sebuah drama adaptasi daripada drama popular China berjudul Nursing Our Love.. Bila dengar tajuk Menantu Tanpa Reda, mesti ada yang tertanya-tanya kan, apakah kisah yang bakal dipaparkan dalam drama ni? Adakah berkisar tentang konflik antara menantu dengan keluarga mentua, atau ada kisah lain yang lebih menyentuh perasaan? 

Info Drama Menantu Tanpa Reda

Episod: 60
Tarikh Tayangan: 12 Oktober 2026
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 8:00 malam
Saluran: Astro Prima 105
Platform Penstriman: Astro GO, sooka
Pengarah: Uchee Fukada & Ejump Mohd
Produksi: MIG Production Sdn Bhd

Barisan Pelakon Drama Menantu Tanpa Reda
Sweet Qismina sebagai Suzila
Yana Samsudin sebagai Suhana
Amar Baharin sebagai Zariq
Areef Amran sebagai Zack
Aleza Shadan sebagai Salmiah
Jasper Supayah sebagai Melissa
Kazar Saisi sebagai Manap
Hanna Aqeela sebagai Orkid
Hafidzuddin Fadzil sebagai Zul
Fazren Rafi sebagai Hilman
Faa Zaini sebagai Mei


Drama viu, drama menantu tanpa reda, sinopsis drama menantu tanpa reda, tonton online drama menantu tanpa reda



Sinopsis Drama Menantu Tanpa Reda

Mengisahkan kehidupan sebuah keluarga, di mana Salmiah berdepan ujian apabila kedua-dua anaknya Zariq dan Zack memilih untuk berkahwin dengan pasangan yang tidak mendapat restunya.

Keadaan itu sekali gus mencetuskan pelbagai konflik dalam hubungan antara ibu, anak dan menantu, khususnya apabila pilihan hati bertembung dengan kehendak keluarga.

Persoalannya, mampukah hubungan kekeluargaan terus dipertahankan apabila perkahwinan yang dibina tidak mendapat reda seorang ibu?

Demi memburu kebahagiaan setelah gagal dalam rumah tangga, dua beradik Suhana dan Suzila terpaksa merentasi tembok penolakan keluarga, sementara Zariq dan Zack bergelut memperjuangkan cinta pilihan hati demi sebuah penerimaan dan reda yang sukar digapai. Mampukah cinta tanpa reda memberi sinar bahagia pada mereka?


 Assalamualaikum dan hai semua 

Viu | Drama Bayangan Dendam Hai semua! Korang tengah cari drama baru tak? Kali ni CCL nak kongsi sedikit tentang drama terbaharu terbitan Viu Original yang bertajuk Bayangan Dendam .. Drama yang mula ditayangkan pada 22 Oktober 2026 ni menampilkan barisan pelakon seperti Nadhir Nasar, Erysha Emyra dan Sophia Albarakbah. Kalau uguys  suka drama yang penuh dengan konflik percintaan, pengkhianatan dan misteri kematian, rasanya drama ni boleh masuk dalam senarai tontonan..

Info Drama Bayangan Dendam

  • Platform: Viu
  • Tarikh tayangan: 22 Oktober 2026
  • Jumlah episod: 12 episod
  • Waktu siaran: Setiap Khamis dan Jumaat, pukul 12 tengah hari
  • Pengarah: Helmi Yusof
  • Syarikat produksi: Global Film Station Sdn Bhd
  • Lagu tema (OST): Dendam Dalam Luka – Ernie Zakri

Barisan pelakon Drama Bayangan Dendam

 Nadhir Nasar sebagai Farhan, Erysha Emyra sebagai Ariana dan Sophia Albarakbah sebagai Melissa. Turut membintangi drama ini ialah Emelda Rosemila, Yusuf Bahrin, Mia Nasir, Faha Azhar dan Azlan Mokhtar.


Drama viu, drama bayangan dendam, sinopsis drama bayangan dendam, tonton online drama bayangan dendam, full episode drama bayangan dendam


Sinopsis Bayangan Dendam

Kisah bermula apabila Melissa meminta sahabat baiknya, Ariana, untuk memerhatikan teman lelakinya, Farhan, sepanjang Farhan melanjutkan pelajaran di luar negara. Kebetulan pula Ariana belajar di universiti yang sama, jadi dia bersetuju untuk membantu Melissa.. Tapi siapa sangka, daripada sekadar menjalankan tugas sebagai seorang sahabat, Ariana akhirnya jatuh cinta dengan Farhan. Aduh, lain yang dirancang, lain pula yang jadi! ..

Pengkhianatan dua insan yang dipercayainya membuatkan Melissa terpaksa menerima kenyataan pahit. Hubungan antara mereka bertiga semakin rumit, lebih-lebih lagi apabila Ariana mula mengesyaki Farhan dan Melissa masih mempunyai hubungan sulit. keadaan menjadi semakin misteri apabila Melissa ditemukan meninggal dunia dan kematiannya pada awalnya disyaki sebagai kes bunuh diri.

Jadi, apa sebenarnya yang berlaku kepada Melissa? Adakah kematiannya berpunca daripada kisah cinta tiga segi ini, atau ada rahsia lain yang masih tersembunyi? 

Mesti penonton tertanya-tanya siapa yang sebenarnya bersalah dan apa yang berlaku di sebalik kematian Melissa.


Assalamualaikum dan hai semua!

Bekal Hari Ni | Pasta Goreng , Ikan Masak Cuka & Kerabu Kembali lagi dengan entri bekal apa hari ni..Untuk bekal hari ni, CCL sediakan dua menu.. Satu untuk makan petang, satu lagi untuk makan malam. Maklumlah, kalau dah masuk kerja dan kena tunggu sampai malam, memang eloklah sediakan bekal siap-siap. Tak adalah nanti bila perut dah lapar baru tercari-cari nak makan apa. 


bekal apa hari ni, menu simple untuk bekal, ikan masak cuka, pasta goreng, kerabu taugeh pegaga, menu bekal ke tempat kerja, buah jambu

Untuk menu petang, CCL bawa pasta goreng sebagai alas perut..CCL sempat juga goreng beberapa batang crabstick. Makan pula dengan sos Thai.. Simple sahaja kudapan petang CCL kan .. Untuk makan malam pulak, CCL bawa nasi putih bersama ikan masak cuka dan kerabu taugeh campur pegaga.. Kalau bekal semalam semuanya hasil air tangan mak CCL, hari ni bertukar giliran pulak. Menu kali ni hasil air tangan CCL sendiri.. Dah selesai makan menu utama, CCL bawa buah jambu untuk pencuci mulut. Sekurang-kurangnya ada juga buah untuk dijadikan pelengkap bekal hari ni.

Begitulah menu bekal CCL untuk hari ni..


 Assalamualaikum dan hai semua 

Bekal Hari Ni | Daging Berlado & Sambal Terung Lama dah rasanya CCL tak update entri pasal bekal makanan yang dibawa ke tempat kerja. Bukannya tak ada bekal, tapi kadang-kadang tu mood nak ambil gambar memang tak mai.. Bila tak ada gambar, rasa macam tak lengkap la nak buat entri kan? Walaupun sekadar cerita menu bekal makan ..


Daging berlado, daging masak kunyit, daging masak berlado, sambal terung, terung masak sambal, sambal terung dan bilis , bekal hari ini,


Hari ni teringat pula nak snap gambar bekal sebelum makan.. Bekal hari ni ada daging berlado dan sambal terung. Kedua-duanya air tangan mak CCL. Menu simple jerr .. Tak perlu lauk yang mahal-mahal pun, asalkan kena dengan selera, memang nikmat makan.

Daging berlado tue makan dengan nasi putih panas. Sambal terung pulak jadi menu kedua .. pencuci mulut, CCL bawa beberapa hirisan buah epal..

Okaylah, itu sahaja cerita bekal CCL untuk hari ni. Nanti kalau rajin ambil gambar lagi, adalah sambungan entri Bekal Hari Ni  lepas ni. Kalau mood rajin datang, kita update. Kalau mood ke laut, faham-faham sajalah ya! Hahaha...

 Assalamualaikum dan hai semua 

Sambal Nyet Bilis Khairul Aming Dah Sampai! Awal 5 Oktober yang lepas, CCL ada share cerita berjaya battle combo Sambal Nyet Bilis Khairul Aming. Tapi biasalah, combo yang CCL dapat tu pre-order tau!. Faham sangat dengan lambakan order yang masuk, mestilah team KA perlukan sedikit masa untuk uruskan semua pesanan sebelum boleh dipos kepada pelanggan. Jadi, CCL pun kenalah bersabar menunggu parcel sampai ke rumah.


Sambal nyet bilis khairul aming, harga sambal nyet bilis khairul aming, sambal nyet bilis, review sambal nyet bilis, rasa sambal nyet bilis,

Alhamdulillah, dua hari lepas akhirnya Sambal Nyet Bilis yang ditunggu-tunggu dah selamat sampai.. Yeayyy! Sekali berjaya battle, terus dapat combo 4 botol Sambal Nyet Bilis.. Paling best, harga masa battle tu CCL dapat 4 botol dengan harga RM43 sahaja! Berbaloi jugalah sebab dapat harga combo macam ni.. Dalam parcel tu, ada terselit sekali sekeping postcard daripada Khairul Aming. Bolehlah simpan buat kenangan..


Sambal nyet bilis khairul aming, harga sambal nyet bilis khairul aming, sambal nyet bilis, review sambal nyet bilis, rasa sambal nyet bilis,

Setiap botol Sambal Nyet Bilis ni berat bersih 180g.. Mujurlah sepanjang proses penghantaran, tak berlaku sebarang kejadian botol pecah atau sambal bocor.. Dari segi pembungkusan pulak ,team KA balut setiap botol dengan bubble wrap yang agak tebal. Walaupun parcel CCL tak diletakkan dalam kotak, balutan bubble wrap tu membantu melindungi produk sepanjang perjalanan..Lega hati CCL bila buka parcel dan tengok semuanya selamat..


Sambal nyet bilis khairul aming, harga sambal nyet bilis khairul aming, sambal nyet bilis, review sambal nyet bilis, rasa sambal nyet bilis,

Macam produk makanan yang lain, Sambal Nyet Bilis ni pun ada label yang memaparkan maklumat produk, termasuk senarai ramuan dan cara penyimpanan.Bagi CCL, maklumat macam ni memang penting supaya kita tahu apa yang terkandung dalam produk yang dibeli. Cara penyimpanan pun kena ambil perhatian supaya sambal boleh disimpan dengan betul selepas dibuka.


Sambal nyet bilis khairul aming, harga sambal nyet bilis khairul aming, sambal nyet bilis, review sambal nyet bilis, rasa sambal nyet bilis,

Kalau tengok pada label balang, ada penerangan ringkas tentang Sambal Nyet Bilis yang diinspirasikan daripada cita rasa orang lama. Gabungan beberapa bahan utama ini dikatakan menghasilkan aroma harum dan rasa yang membangkitkan nostalgia.. Sedikit cerita tentang penghasilan Sambal Nyet Bilis yang menggabungkan cili hijau segar, ikan bilis, tomato dan belacan. Menarik juga bila produk makanan bukan sekadar ada nama dan ramuan, tetapi turut berkongsi inspirasi di sebalik rasanya.

Sekarang ni tinggal satu perkara saja yang belum selesai, iaitu nak buka botol dan rasa sendiri macam mana Sambal Nyet Bilis Khairul Aming ni..Macam mana pulak rasanya? Pedas menyengat ke, cukup rasa bilisnya atau ada keistimewaan tersendiri?InsyaAllah, dalam entri seterusnya CCL akan kongsi feedback selepas makan Sambal Nyet Bilis Khairul Aming. Baru boleh cerita pengalaman sendiri, kan?

Uguys yang dah pernah cuba Sambal Nyet Bilis ni, apa pendapat uguys? Sedap ke tak? Jomlah kongsi pengalaman masing-masing di ruangan komen. CCL nak baca juga! 


 Assalamualaikum dan hai semua 

Ooobun | Roti Serunding Ayam Bersalut Telur

Sebelum sebelum ni CCL pernah cuba roti keluaran Ooobun, tapi kali ni nampak macam roti biasa, tapi bila nampak perkataan Serunding Ayam Berperisa Mala Pedas, terus rasa macam menarik pulak nak mencuba.. 

Baru-baru ni CCL cuba Roti Ooobun serunding ayam bersalut telur Dalam satu bungkusan ni ada roti yang disalut dengan telur dan diisi dengan serunding ayam. Yang buatkan roti ni nampak lain sikit ialah serunding ayamnya yang mempunyai rasa Mala Pedas.

Roti ooobun, roti ooobun serunding ayam, ooobun serunding ayam, review roti ooobun, review roti ooobun serunding ayam

Baru buka bungkusan roti ni ada satu aroma wangian dalam roti tersebut, mungkin aroma pati vanila pada salutan telur untuk hilangkan bau hanyir ..Rasa macam mana? Untuk CCL, kombinasi roti , serunding ayam , salutan telur ni memang agak unik. Roti dia lembut, serunding ayam pulak macam terlebih rasa manis ..pedas tu tak ada la pedas sangat , just rasa ujung-ujung jerr..

Nak repeat lagi ?? mungkin tidak sebab tidak melepasi citarasa CCL ..bau aroma wangian pati vanila yang kuat & roti rasa sedikit manis .. 

Ada siapa-siapa dah pernah cuba roti OOOBUN ni? Kalau pernah, uguys rasa sedap tak? 


 Assalamualaikum dan hai semua 

Dapat Battle Sambal Bilis Nyet Khairul Aming (KA)

Lama duk tunggu bila Khairul Aming (KA) nak restock sambal bilik nyet .. battle pertama di platform Tiktok masa tu memang tak beli, just tengok diorang battle sahaja kebetulan masa KA launch produk sambal bilis nyet CCL pulak tengah on duty ..

Second launch sambal bilis nyet di platform Shoppe, CCL join tapi gagal untuk paymet ..entah sistem glitch atau camner.. memang dah terpantas tapi masih ada lagi yang pantas.


sambal bilis nyet, sambal bilis khairul aming, sambal bilis KA, produk Khairul Aming, cara mudah battle sambal bilis nyet, resepi sambal bilis nyet,

2 Oktober CCL restock semula sambal bilis nyet di platform Shopee CCL berjaya battle walaupun lambat .. KA restock pukul 8malam .. CCL terlambat 15 minit ..tapi alhamdulillah kali ni berjaya juga battle ..


sambal bilis nyet, sambal bilis khairul aming, sambal bilis KA, produk Khairul Aming, cara mudah battle sambal bilis nyet, resepi sambal bilis nyet,

KA buka combo 4 sambal bilis nyet harga asal RM64 .. lepas berjaya CCL checkout dan tolak coins dan voucher dari Shopee dapat laa CCL checkout dengan harga RM43.49


sambal bilis nyet, sambal bilis khairul aming, sambal bilis KA, produk Khairul Aming, cara mudah battle sambal bilis nyet, resepi sambal bilis nyet,

Masa live tu, KA umumkan ada 3 pembeli terpantas yang berpeluang dapat tiket ke F1 dan juga cash RM1,000.. Lepas tu, untuk pembelian ke-3,000 hingga ke-20,000 pula, setiap pembelian yang berada pada angka ke-1,000 layak menerima wang tunai RM1,000..Haaa… mana tahu kan, kot-kot ada rezeki CCL kali ni. Moga-moga ada rezeki CCL menang RM1,000 tu. Aminnn..Tapi kalau tak menang pun sekurangnya CCL dah berjaya battle Sambal Bilis Nyet ..

Ohh haa, sambal bilis nyet ni pre-order tauu ..so CCL terpaksa tunggu parcel dari KA ..Nanti bila dah sampai, kita tengok pula macam mana rasa Sambal Bilis Nyet ni.




 Assalamualaikum dan hai semua 

Juara Ruang Komen September 2026 | Blogger Notie

Tibalah masa yang ditunggu-tunggu… Anugerah Ruang Komen CCL bagi bulan September 2026!.. Setiap bulan CCL suka tengok siapa yang rajin singgah dan tinggalkan komen dekat entri-entri yang CCL tulis, tak kisah lahh entri baru ataupun entri yang lepas-lepas .. Bukan apa, seronok bila tengok komen, ada je yang sudi menyembang, bagi pendapat ..

top commentators, cara masukkan widget top commentators dalam blog, juara ruang komen julai 2026, widget top commentators

Juara Ruang Komen September 2026 dengan 12 komen , Blogger Akak Notie berjaya mengungguli carta bulan September. Terima kasih banyak-banyak Kak Notie sebab rajin singgah blog CCL dan tinggalkan komen.

Macam biasa, juara takkan dibiarkan  dengan tangan kosong..CCL ada sedikit hadiah penghargaan untuk Kak Notie sebagai tanda terima kasih sebab sudi singgah dan meriahkan ruang komen CCL, boleh emailkan detail ke virgoyana61@yahoo.com . 

Terima kasih juga kepada semua yang singgah dan tinggalkan komen, CCL hargai semuanya.. Blogger-blogger yang tak tersenarai pun jangan risau… mungkin bulan depan rezeki uguys pulak.. Kena rajin-rajin singgah CCL ya! 

Sekali lagi, tahniah buat Kak Notie selaku Juara Ruang Komen September 2026! ..Jumpa pula kita dalam Carta Ruang Komen Oktober 2026 nanti. Siapa agaknya bakal rampas takhta Notie? 

 Assalamualaikum dan hai semua 

Blog Archive September 2026 | 70K Pageview & 6 Journalist

Hi Oktober, seperti biasa entri pertama dalam setiap awal bulan ni adalah CCL nak share journey blog archive untuk setiap bulan walaupun archive setiap bulan tak adalah banyak mana kan .. at least tahu naik turun pageview blog .. kalau bulan lepas blog archive dapat capai 96K Pageview manakala enrti yang CCL kongsikan sebanyak 11 entri ..ehhh banyakkk nauuu .hahaha .. 

Blog archive, Pageview blog, archivement blog, pencapaian blog, cara dapat Pageview blog, prestasi bulanan blog

Blog archive, Pageview blog, archivement blog, pencapaian blog, cara dapat Pageview blog, prestasi bulanan blog

Okey untuk blog archive September ni lagi menurun ... Pageview sebanyak 70K sahaja !!

Blog archive, Pageview blog, archivement blog, pencapaian blog, cara dapat Pageview blog, prestasi bulanan blog

Part journalist, CCL hanya sempat keluarkan 6 entri jer .. haihhh punya laa ada 30 hari dalam sebulan .. sempat 6 entri jerrr ??? 

Anyway terima kasih banyak-banyak untuk rakan blogger yang tak jemu-jemu singgah ke blog CCL .. maaf buat sementara waktu ni CCL tak berkesempatan nak blogwalking blog rakan blogger lain .. InsyaAllah CCL akan cari satu masa untuk ziarah uguys semua ya .. 




Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

QOUTES

New year ni bukan pasal 'new people' . It's about new standard . Kalau tahun lepas kau over-give, over - tolerate, over-explain . Tahun ni stop !! .tak semua orang layak dapat access yang sama . 2026 bukan untuk ulang silap sama dengan muka orang yang berbeza .

ABOUT ME

Collabration I Events I Review I Sponsership kindly contact me : virgoyana61@yahoo.com
Based in Perlis Indera Kayangan

FOLLOWERS

JOURNALIST

  • ▼  2026 (182)
    • ►  November (11)
    • ▼  Oktober (10)
      • Bekal Hari Ni | Pajeri Nenas & Udang Masak Kunyit
      • Astro Prima | Drama Menantu Tanpa Reda
      • Viu | Drama Bayangan Dendam
      • Bekal Hari Ni | Pasta Goreng , Ikan Masak Cuka & K...
      • Bekal Hari Ni | Daging Berlado & Sambal Terung
      • Sambal Nyet Bilis Khairul Aming Dah Sampai!
      • Ooobun | Roti Serunding Ayam Bersalut Telur
      • Dapat Battle Sambal Bilis Nyet Khairul Aming (KA)
      • Juara Ruang Komen September 2026 | Blogger Notie
      • Blog Archive September 2026 | 70K Pageview & 6 Jou...
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (14)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (11)
    • ►  April (23)
    • ►  Mac (33)
    • ►  Februari (36)
    • ►  Januari (18)
  • ►  2025 (183)
    • ►  Disember (12)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (14)
    • ►  Ogos (17)
    • ►  Julai (17)
    • ►  Jun (18)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (15)
    • ►  Mac (27)
    • ►  Februari (22)
    • ►  Januari (14)
  • ►  2024 (336)
    • ►  Disember (19)
    • ►  November (16)
    • ►  Oktober (19)
    • ►  September (34)
    • ►  Ogos (23)
    • ►  Julai (40)
    • ►  Jun (27)
    • ►  Mei (23)
    • ►  April (36)
    • ►  Mac (47)
    • ►  Februari (36)
    • ►  Januari (16)
  • ►  2023 (47)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (12)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (11)
  • ►  2022 (139)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (19)
    • ►  Julai (12)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (50)
    • ►  Mac (12)
    • ►  Februari (9)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2021 (248)
    • ►  Disember (11)
    • ►  November (8)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (19)
    • ►  Ogos (33)
    • ►  Julai (26)
    • ►  Jun (37)
    • ►  Mei (48)
    • ►  April (32)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Februari (19)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (106)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (31)
    • ►  Mac (31)
  • ►  2019 (91)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (40)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (5)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2018 (118)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (15)
    • ►  September (12)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (13)
    • ►  Mac (12)
    • ►  Februari (11)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2017 (231)
    • ►  Disember (23)
    • ►  November (24)
    • ►  Oktober (27)
    • ►  September (24)
    • ►  Ogos (24)
    • ►  Julai (20)
    • ►  Jun (19)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (17)
    • ►  Mac (25)
    • ►  Februari (9)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2016 (21)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (5)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (68)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (13)
    • ►  September (11)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (9)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2014 (62)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (5)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Februari (8)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2013 (472)
    • ►  Disember (16)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (14)
    • ►  Julai (61)
    • ►  Jun (64)
    • ►  Mei (103)
    • ►  April (181)
    • ►  Mac (7)
  • ►  2012 (2)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Mei (1)

PAGEVIEWS BLOG

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

JUARA RUANG KOMEN JAN-DIS 2026

  • SURIA AMANDA
    Nasi Goreng Kampung Pulak..
  • Blog Roziah Muhammad Nor
    Sarapan Pagi Nasi Dagang
  • SAJE SUKA-SUKA
    Perth - Hari ke 3 - Pinnacle Desert
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Buat Kerana Allah
  • D'Cat Queen
    KULINER LANGSA: PONDOK GADO-GADO SENJA INDAH
  • Sii Nurul
    Pengalaman Mengambil Lesen Memandu Kereta Kelas DA di Kudat
  • Drawing the Words
    Stylista Is In The House
  • My Name Is Faa
    #43 Terima Kasih Cik Cappucino Latte (CCL) !

BLOGLIST

  • Blog Begins At Forty
    November 15, 2026
  • Mulan
    PIRIFORMIS @ SCIATICA DAN PPUM
  • Hidup Itu Indah
    Majlis Anugerah Cemerlang
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    . : GIVE AWAY : ANNIVERSARY YANG KE 17 TAHUN :.
  • SURIA AMANDA
    Nasi Goreng Kampung Pulak..
  • Blog Roziah Muhammad Nor
    Sarapan Pagi Nasi Dagang
  • KakmimDotCom
    Misi Cari Baju Retro Awan di VivaCity
  • cikcappuccinolatte
    Giveaway Anniversary 17 Tahun Blog Saje Suke-Suke
  • Nieyl's Life Story
    Jualan dekat Lobi Tamarind Square
  • Coffee Break With Me
    Resipi Aglio Olio Pasta (Modified Version)
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    Tiffin & bekal for today
  • Sii Nurul
    Pengalaman Mengambil Lesen Memandu Kereta Kelas DA di Kudat
  • Drawing the Words
    Stylista Is In The House
  • Blog Sihatimerahjambu
    Makan Malam di Gastrohub Nilai
  • Ciktom
    CITRAWARNA SPEED FESTIVAL 2026 BRINGS THE ROAR OF 100 LAMBORGHINIS FROM PUTRAJAYA TO SEPANG
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Maggi goreng, sandwich telur dan rumusan Ogos
  • Bola Katok
    Singgah ZUS lagi beli air ube.
  • Manis Strawberi
Tunjuk 10 Tunjukkan Semua

SUBSCRIBE & FOLLOW

MOST VIEWED POST

  • Bekal Hari Ni | Pasta Carbonara & Sosej Ayam
  • Selesai Pos Hadiah Untuk Juara Ruang Komen Bulan Ogos, September & Oktober
  • Giveaway Anniversary 17 Tahun Blog Saje Suke-Suke
  • Giveaway SR! Saya Nak TNG eWallet!
  • Astro Ria | Drama Suamiku Anak Mak
  • TIPS FESYEN : SESUAIKAN WARNA BLAZER MENGIKUT KEADAAN
  • Giveaway Pertama Tot's Blog
  • Drama TV3 | Drama Reset Jalan Kedua
  • Keratan Anak Pokok Rose Jepun Dah Sampai
  • November Ini

COMING SOON

DISCLAIMER

SEGALA PERKONGSIAN DALAM BLOG INI ADALAH HAKMILIK PENULIS. TIADA KAITAN DENGAN INDIVIDU LAIN. SEBARANG KOMEN DALAM BLOG INI JUGA ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. PEMILIK BLOG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KOMEN. DILARANG MENGELUARKAN KOMEN YANG BOLEH MENGUNDANG KEMARAHAN MANA-MANA PIHAK

Designed by cikcappuccinolatte | Distributed By cikcappuccinolatte