Assalamualaikum dan hai semua
Ooobun | Roti Serunding Ayam Bersalut Telur
Sebelum sebelum ni CCL pernah cuba roti keluaran Ooobun, tapi kali ni nampak macam roti biasa, tapi bila nampak perkataan Serunding Ayam Berperisa Mala Pedas, terus rasa macam menarik pulak nak mencuba..
Baru-baru ni CCL cuba Roti Ooobun serunding ayam bersalut telur Dalam satu bungkusan ni ada roti yang disalut dengan telur dan diisi dengan serunding ayam. Yang buatkan roti ni nampak lain sikit ialah serunding ayamnya yang mempunyai rasa Mala Pedas.
Baru buka bungkusan roti ni ada satu aroma wangian dalam roti tersebut, mungkin aroma pati vanila pada salutan telur untuk hilangkan bau hanyir ..Rasa macam mana? Untuk CCL, kombinasi roti , serunding ayam , salutan telur ni memang agak unik. Roti dia lembut, serunding ayam pulak macam terlebih rasa manis ..pedas tu tak ada la pedas sangat , just rasa ujung-ujung jerr..
Nak repeat lagi ?? mungkin tidak sebab tidak melepasi citarasa CCL ..bau aroma wangian pati vanila yang kuat & roti rasa sedikit manis ..
Ada siapa-siapa dah pernah cuba roti OOOBUN ni? Kalau pernah, uguys rasa sedap tak?
Assalamualaikum dan hai semua
Lunch | Nasi Putih & Sambal Udang
Tengahari ni bekal dari kafe, tapau dan letak dalam bekas tupperware ni sebelum naik makan dalam office.. Untuk menu hari ni CCL ambil sambal udang sahaja. Memandangkan bekas compartment tupperware ni ada dua ruang je, memang ngam sangat laaa sebelah untuk nasi, sebelah lagi untuk lauk. Cukuplah macam tu, tak perlu ambil banyak-banyak. Nanti kalau tak habis, membazir pula kan.. Tambah sikit timun dengan tomato atas tu.. Simple je lunch hari ni, tapi alhamdulillah kenyang perut.
Uguys lunch apa tengahari ni?
Assalamualaikum dan hai semua
Kuih Karas & Cucur Peneram Dua tiga hari lepas, CCL dapat kuih karas dan cucur peneram daripada regular customer.. Memang setiap kali dia turun ke Perlis, dia akan maklumkan dekat CCL. Tak cukup dengan tu, mesti ada buah tangan yang dibawa untuk CCL. Alhamdulillah… dapat customer yang baik macam ni pun salah satu rezeki juga kan..
Kali ni dapat pula kuih tradisional, kuih karas dan cucur peneram. Dua-dua memang sedap! Uguys pernah makan tak dua kuih ni? Kuih karas tu rangup-rangup manakala cucur peneram pula ada rasa manis gula merah yang tersendiri ..tapi tak ada la terlampau manis .. Tapi kalau nak pilih antara dua ni, cucur peneram tetap jadi favourite CCL! Kalau tiba-tiba teringin nak makan, CCL selalu beli dekat pasar tadi. Lagi best kalau dapat makan masa masih panas-panas… memang crunchy!
Terima kasih banyak-banyak buat regular customer CCL yang tak pernah lupa bawa buah tangan setiap kali datang ke Perlis.
Assalamualaikum dan hai semua
Jus Avokado Niat asal CCL pergi ke C-Mart hari tu nak beli buah laici. Tapi biasalah kan… bila dah teringin nak beli, pergi tengok atas rak sekali out of stock pula.. Haihh Bila tak beli, bukan main banyak lagi laici atas rak. Bila dah teringin, hilang entah ke mana.. Jadi, tukar planlah. CCL nampak buah avokado pula atas rak. Sebenarnya CCL tak pernah rasa buah avokado ni. Selama ni cuma dengar orang cakap buah avokado ni rasanya lemak-lemak..
Disebabkan rasa nak cuba, CCL beli dua biji dulu. Sebiji pun dah RM5 tau! Jadi beli dua biji cukuplah untuk rasa-rasa dulu..Balik rumah, terus CCL jadikan buah avokado ni jus avokado. Belah buah tu, sekali nampak bijinya… besar betul! ..Biji avokado ni kalau semai, boleh hidup tak?.. Ada uguys pernah cuba semai biji avokado?
Untuk buat jus, CCL guna isi buah avokado .. CCL guna sebiji dulu, susu cair, sedikit air dan susu pekat. Lepas tu masa blend, CCL masukkan sikit ais kiub. Jadi lebih kurang ala-ala smoothie gitu.. Satu biji avokado rupanya boleh juga buat lebih kurang tiga cawan. Dapatlah CCL bagi mak dan adik CCL sorang satu cawan.
Dan rasanya? Memang sedap.. Rasa lemak-lemak avokado tu memang ada, tambah pula dengan susu dan sedikit manis daripada susu pekat. Bila minum sejuk-sejuk, memang ngam!
Assalamualaikum dan hai semua
Mesra Bites | Kek Strawberry Swiss Roll
Lepas cuba Kek Marble Butter dan Kek Pandan Swiss Roll, kali ni CCL cuba pula Kek Strawberry Swiss Roll daripada Mesra Bites.. Seperti biasa… sedap!! ..Kek gulung yang lembut dengan jem strawberi di dalam tu memang ngam! Rasa manisnya pun tak terlalu kuat, jadi memang sesuai sangat kalau nak makan sambil cicah dengan kopi.
Harga pun murah je, RM1.70 sepotong. Berbaloi kan? CCL suka konsep jual kek secara slice macam ni sebab kita boleh cuba dulu setiap flavour. Kalau sedap, boleh repeat lagi. Kalau kurang kena dengan tekak, tak adalah rasa rugi sangat kan..betul tak ??
Tapi setakat ni, ketiga-tiga flavour yang CCL dah cuba semuanya CCL approve!..
Untuk uguys yang nak cuba, bolehlah cari Mesra Bites di stesen minyak Petronas berdekatan. Mana tahu ada flavour lain yang menarik untuk dicuba juga..
Uguys, dah pernah cuba Kek Strawberry Swiss Roll ni?
Assalamualaikum dan hai semua
Mesra Bites | Kek Pandan Swiss Roll Minggu lepas CCL dah cuba Kek butter marble daripada Mesra Bites.. Kalau dah jumpa satu yang sedap, mestilah rasa nak cuba flavour lain pula kan? ..Jadi semalam, CCL singgah lagi dekat Mesra Petronas dan kali ni mata terpandang pula Kek Pandan Swiss Roll. Apa lagi, terus ambil satu flavour lain untuk cuba..
Buka-buka jer plastik, memang terus semerbak bau pandan. Wangi betul! Aroma pandan tu bercampur pula dengan bau vanilla, memang tak sabar laa makan cicah kopi panas..Bila dah rasa kek pandan swiss roll ni, bukan bau saja yang sedap. Keknya memang terasa pandan, teksturnya lembut dan rasanya pun ngam dengan tekak CCL. Tak terlalu berat dan sesuai sangatlah kalau nak makan sambil minum kopi atau teh panas ..Harga pun RM1.70 untuk sepotong. Bagi CCL, memang okaylah untuk sekadar nak mencuba.
Sekarang dah dua flavour CCL cuba daripada Mesra Bites..Marble Butter Cake dan Pandan Swiss Roll. Dua-dua boleh tahan sedap..Nampaknya ada beberapa flavour kek slices lain lagi yang belum dicuba. Nanti kalau singgah Mesra Petronas lagi, kita cuba flavour lain pula. Takkan nak tengok saja kan?
Uguys dah pernah cuba Mesra Bites? Kalau pernah, flavour mana yang uguys paling suka?