cikcappuccinolatte
  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

 Assalamualaikum dan hai semua 

Tonton | Drama Dear Farris

Kalau sebut Dear Farris, ini bukan kisah cinta biasa. Drama di Tonton ini bawa cerita tentang dua hati yang disatukan bukan kerana pilihan, tetapi kerana aturan keluarga dan dari situ, semuanya jadi rumit.. Saksikan drama Dear Farris diadaptasi daripada novel Bella Irdina Temptation karya Roses Orkeds bakal ditayangkan secara eksklusif di Tonton bermula 18 April 2026 setiap Sabtu dan Ahad. 

Drama Dear Farris
Episod: 13
Tarikh Tayangan: 18 April 2026
Waktu Siaran: Sabtu & Ahad
Platform Penstriman: Tonton
Penulis Skrip: Shida Zali, Eja Lorena, Amin Shakib, Raja Azidah
Pengarah: Azhar Khalid (Apache?
Produksi: Million Pictures

Watak Pelakon Drama Dear Farris
Siti Hariesa sebagai Bella Irdina
Noki K-Clique sebagai Syed Farris
Ruhainies sebagai Hanna
Nabil Aqil sebagai Asyraf
Noniswara sebagai Datin Afifah 
Faizul Syaharin sebagai Datuk Arshad
Puteri Lofea sebagai Armell
Zarrin sebagai Irham
Carissa  Azhar sebagai Emily
 
Lagu Tema (OST) Drama Dear Farris
Tajuk: Janjiku Padamu
Penyanyi: Zahra
Komposer & Lirik: Amsyar Sabri & Emeer Bakri

tonton drama dear Farris, drama dear Farris di tonton, full episod drama dear farris, sinopsis drama dear farris

Sinopsis Drama Dear Farris

Syed Farris lakonan Noki K-Clique ialah lelaki yang sudah serik dengan cinta dan memilih untuk menutup hati. Berbeza dengan Bella Irdina yang dibawakan oleh Siti Hariesa, seorang wanita yang masih percaya cinta mampu mengubah segalanya. Pertemuan mereka akhirnya membawa kepada perkahwinan yang diatur, namun Farris tetap dingin dan enggan membuka hati.

Dalam diam, Bella cuba memenangi hati suaminya walaupun berdepan pelbagai cabaran emosi. Di sinilah konflik utama bermula antara harapan seorang isteri dan luka lama seorang suami yang belum sembuh.

Drama arahan Azhar Khalid ini diadaptasi daripada novel karya Bella Irdina, dengan barisan pelakon seperti Nabil Aqil, Ruhainies dan Noniswara yang menambahkan lagi kekuatan emosi cerita ini.

Akhirnya, Dear Farris bukan sekadar kisah cinta, tetapi tentang peluang kedua dan persoalan sama ada hati yang pernah terluka masih mampu untuk percaya semula


Assalamualaikum dan hai semua 

Lirik Lagu Risk It All | Bruno Mars

lirik lagu risk it all bruno mars, risk it all bruno mars, lagu bruno mars, lagu risk it all, music video risk it all , MV risk it all bruno mars,

Directed by Bruno Mars & Daniel Ramos


For just the chance to win your heart
You could set the bar beyond the stars
I'll do anything, anything you ask me to

Say you want the moon
Watch me learn to fly
Ain't no mountain you could point to
I wouldn't climb

It's crazy, but it's true
There's nothing I won't do
I'd risk it all for you

To hold your hand and call you mine
I'm tryna be your man 'til the end of time
Oh, I'll do anything, anything you ask me to

I would run through a fire
Just to be by your side
If your heart's on the line
You could take mine

It's crazy, but it's true
There's nothing I won't do
I'd risk it all for you

I would swim across the sea just to show you
Sacrifice my life just to hold you
I could go on and on
To prove that you belong here in my arms

Say you want the moon
Watch me learn to fly
Ain't no mountain you could point to
I wouldn't climb

It's crazy, but it's true
There's nothing I won't do
I'd risk it all for you
It's crazy, but it's true
There's nothing I won't do
I'd risk it all for you

 Assalamualaikum dan hai semua 

Viu | Drama Aku Pilih Pelangi Satu lagi drama tempatan yang bakal mencuri perhatian penonton! Aku Pilih Pelangi akan mula ditayangkan di platform Viu bermula 16 April 2026. Drama ini merupakan terbitan Global Station Sdn Bhd dan diarahkan oleh Riza Baharudin. Menampilkan gandingan mantap Zahiril Adzim, Mira Filzah dan Noki K-Clique sebagai pelakon utama,

Apa yang buat cerita ni menarik? Ia bukan sekadar love story manis, tapi lebih kepada “apa jadi bila hidup tiba-tiba berubah 180 darjah?”


Info Drama Aku Pilih Pelangi

Tarikh Tayangan: 16 April 2026

Waktu Siaran: Khamis & Jumaat, 12 tengah hari

Platform: Viu

Idea Asal: Eenaz Mokhtar

Penulis Skrip: Eenaz Mokhtar & Suzana Ahmad

Pengarah: Riza Baharudin


Drama aku pilih pelangi, sinopsis drama aku pilih pelangi, tonton drama aku pilih pelangi, full episod aku pilih pelangi

Barisan Pelakon Drama Aku Pilih Pelangi 

Zahiril Adzim sebagai Firdaus

Mira Filzah sebagai Nayla

Noki K-Clique sebagai Iskandar

Qaiszerr Eshan sebagai Wafi

Auni Yusri sebagai Aina

Shah Rezza sebagai Pak Deris

Adam Malek sebagai Jad

Nik Rifaie sebagai Jamal

Manan Sulaiman sebagai Mustafa

Rosnah Johari sebagai Rosnah

Adib Hazmata sebagai Adib

Adam Omar sebagai Daud


Lagu Tema (OST) Drama Aku Pilih Pelangi 

Tajuk: 1000 Kali Sakit

Artis: Mohsein Kush & Mimpi

Komposer & Lirik: Mohsein Kush, Ezra Kong


Drama aku pilih pelangi, sinopsis drama aku pilih pelangi, tonton drama aku pilih pelangi, full episod aku pilih pelangi


Sinopsis Drama Aku Pilih Pelangi

Cerita ini mengikuti kehidupan Firdaus, seorang arkitek berjaya yang tiba-tiba hilang penglihatan akibat penyakit jarang berlaku. Perubahan drastik ini bukan saja menggoncang hidup dia, tapi juga isterinya, Nayla. Dari seorang pasangan biasa, Nayla terpaksa ambil alih peranan sebagai ketua keluarga sesuatu yang bukan mudah, walaupun nampak kuat di luar.


Dalam usaha membantu suaminya, Nayla pasang sistem tali panduan merah dalam rumah. Simbolik, praktikal… tapi dalam masa sama, ia juga jadi metafora kepada hubungan mereka masih “terhubung”, tapi makin tegang.


Bila emosi mula tak stabil, masuk pula watak Iskandar, kawan lama Nayla yang muncul kembali dalam hidup mereka. Pada awalnya sekadar tempat bergantung, tapi lama-kelamaan hubungan ini mula melangkaui batas.Di sinilah konflik sebenar bermula. Boleh ke cinta kekal setia bila hati dah penat?

Menariknya, Aku Pilih Pelangi bukan cerita yang cuba jadi sempurna. Ia lebih kepada refleksi realiti, tentang tanggungjawab, keletihan emosi, dan pilihan yang kadang-kadang tak hitam putih.


Gandingan Mira Filzah dan Zahiril Adzim memang nampak “hidup”, dengan emosi yang terasa dekat. Noki K-Clique pula bawa warna berbeza sebagai watak yang jadi “gangguan” dalam hubungan ini dalam cara yang subtle tapi impactful.


Aku Pilih Pelangi” bukan sekadar cerita cinta, tapi tentang pilihan dan harga yang perlu dibayar untuk setiap keputusan.

 Assalamualaikum dan hai semua 

Sampul Duit Raya Comel dari ZUS Coffee  Bulan Ramadan yang lepas, CCL sempat juga “terjebak” beli tumbler edisi Raya dari ZUS Coffee. Niat asal tu saja nak tambah koleksi tumbler… sekali sampai je parcel, ehhh lain pula ceritanya ..

Tumbler tu memang dah selamat sampai, tapi macam biasalah… belum sempat nak snap gambar cantik-cantik untuk buat entri khas. Draft blog pun makin bertambah, gambar dalam galeri pun makin penuh  semuanya menunggu masa untuk dipublish… hehe.. begitulah seorang CCL .. kadang dah ada gambar cantik-cantik tapi tak da idea nak mengarang . Kadang dah draft elok-elok , gambar pulak tak ada . complicated tak .? Hahaha 

Tapi yang paling best !! bila buka kotak tu…CCL dapat freegift sampul duit raya! ..Serious tak sangka langsung.

sampul duit raya, koleksi sampul duit raya, sampul duit raya dari zus, sampul raya, sampul raya percuma, sampul ,

Design sampul raya dari ZUS Coffee kali ni memang lain daripada yang lain. Konsep “meow-meow” yang super comel.. jenis yang sekali pandang terus rasa sayang nak guna. 

sampul duit raya, koleksi sampul duit raya, sampul duit raya dari zus, sampul raya, sampul raya percuma, sampul ,

Ada 3 design berbeza, dan setiap design dapat 2 keping, jadi keseluruhan ada 6 keping sampul raya. Dari segi material pula, memang puas hati. Sampul dia agak tebal dan berkualiti, bukan jenis nipis yang mudah renyuk. Pegang pun rasa premium sikit ..

Raya hari tu, CCL dah guna 3 keping. Selebihnya?..Confirm laa CCL simpan! Buat koleksi. Sayang nak habiskan semua, design comel macam ni bukan selalu kita dapat.



 Assalamualaikum dan hai semua 

Memang Top Komen Mac 2026 di Blog Suria Amanda Pagi tadi sempat join sesi terjah boom komen di blog Bola Katok. Lepas tu sebelah petang, CCL singgah pula ke blog akak Suria Amanda (SA)..Awal bulan hari tu, CCL ada terima email dari SA… dan Alhamdulillah, CCL terpilih sebagai Top Komen untuk bulan Mac di blog beliau, boleh baca entri SA di Pengumuman Pemenang Top Komentator March 2026.. Tak sangka juga sebenarnya, sebab jumlah komen yang CCL drop dalam blog SA mencecah 208 komen. Banyak tu weh! ..

Menang top komen , cara untuk menang top komen dalam blog, juara komen blog, juara komen, cara letak widget top komen, sidebar top komen

Tapi kalau fikir balik, memang CCL tengah “boom komen” dua bulan berturut-turut sebab lama tak sempat blogwalking. Bila dah mula, memang all out la jawabnya. Mujur tak ada limit komen, kalau tak… memang kena tahan diri sikit  kan ..

Hadiah dari SA pun dah selamat sampai. Apa yang CCL dapat? Haa… yang tu CCL simpan dulu ..Nanti CCL share dalam entri seterusnya ya. Sabar sikit uguys!

Untuk yang belum pernah singgah ke blog akak SA, memang sangat rugi kalau tak ziarah. Setiap hari ada je cerita menarik yang SA kongsi kan , daripada rutin harian, bekal ke tempat kerja, kisah di tempat kerja, cerita tentang Dania, cerita  karenah PZ ..sampai ke telatah si Brown si kucing comel tu..Kadang tu CCL rasa kalau tertinggal satu entri, macam ada something yang tak lengkap tau 

So, kepada uguys yang belum kenal blog SA jemputlah singgah..Kalau rajin, drop la komen banyak-banyak… mana tahu rezeki bulan depan, nama uguys pula jadi Top Komen

 Assalamualaikum dan hai semua 

Menang Top Komen Mac 2026 di Blog Bola Katok | Wall Of Frame Selama Sebulan Lepas raya ni… mood nak boom blogwalking tu masih lagi sendu tau ..Entri kat blog CCL pun sama naik ..sat ada, sat hilang. Tapi biasalah, bila mood datang… memang habis satu “kampung” blog CCL serbu, uguys jangan terkejut kalau tiba-tiba nampak nama CCL merata ya ..

Menang top komen , cara untuk menang top komen dalam blog, juara komen blog, juara komen, cara letak widget top komen, sidebar top komen

Pagi tadi, memandangkan ada masa terluang sikit… CCL pun mulakan misi blogwalking. Untuk sesi pagi ni, CCL pilih nak ziarah ke blog Bola Katok (BK). Sambil baca satu per satu entri, tiba-tiba ternampak pengumuman Top Komen Bulan Mac 2026 Blog Bola Katok… eh ehhh, sekali nama CCL pula terpampang sebagai juara!..

Menang top komen , cara untuk menang top komen dalam blog, juara komen blog, juara komen, cara letak widget top komen, sidebar top komen

Serius cakap, rasa happy tu memang lain macam. Blog sendu macam CCL ni pun boleh tersenarai… siap dapat Wall of Fame lagi! Blog CCL akan terpampang di sidebar blog BK selama sebulan. Eh, of course laa seronok… bukan senang nak “menumpang popular” kat blog orang lain kan ..

Teringat pula, bulan Ogos tahun lepas pun pernah juga masuk Wall of Fame. Boleh baca entri Blog CCL di Wall of Fame Blogger Bola Katok..Tahun ni, bulan April dapat lagi..

Untuk uguys yang belum singgah blog BK, memang rugi tau! Blog dia penuh dengan koleksi menarik, sampul raya, sticker, macam-macam lagi. Memang sesuai sangat untuk cuci mata..cepat-cepatlah terjah yaaaa ..

 Assalamualaikum dan hai semua 

Sampul Raya 2026 Tahun ni sempat juga CCL beli sampul duit raya cantik , walaupun last minute sikit .. Seperti biasa, tempat pilihan mestilah Shopee.. mudah, cepat dan murah!.. CCL jumpa sampul raya murah ni dengan harga yang sangat berbaloi, 5 keping tak sampai RM3 pun, memang berbaloi sangat dengan kualiti yang dapat.

sampul raya, design sampul raya, sampul raya bajet, sampul raya cantik, sampul raya minimalist, sampul raya bawah RM3, sampul duit raya cantik ,

Boleh beli di link ini  . Kalau nak cerita pasal material, memang puas hati..Kertas jenis glossy, tapi tak ada lah nampak tebal ,dan bukan jenis yang mudah renyuk tu .. tak nampak murah walaupun harga bajet.. Design pula memang kena dengan taste CCL tahun ni.. CCL pilih corak bunga-bunga comel dengan latar warna soft yellow.

sampul raya, design sampul raya, sampul raya bajet, sampul raya cantik, sampul raya minimalist, sampul raya bawah RM3, sampul duit raya cantik ,

Bahagian belakang sampul pun tak kurang menarik,terselit pantun 4 kerat yang simple vibes-vibes raya 

Ada mata pandanglah keindahan,

Ada mulut berbudi lah pertuturan,

Ada hati berilah kesayangan,

Ada salah dan silap sudilah maafkan.

Memang kena sangat dengan vibes Aidilfitri ..bulan untuk bermaafan dan eratkan silaturrahim.

sampul raya, design sampul raya, sampul raya bajet, sampul raya cantik, sampul raya minimalist, sampul raya bawah RM3, sampul duit raya cantik ,

Tahun ni pula CCL tak sempat nak tukar duit raya..Jadi guna je lebihan duit raya tahun lepas.Malam raya baru kalut isi sampul standard lah tu kan..

Tak kisah lah sampul mahal ke murah, berapa kuantiti duit raya .. asalkan cantik dan ikhlas untuk memberi .


 Assalamualaikum dan hai semua 

Potret Raya Aidilfitri 2026 Baru sekarang ada ruang dan masa nak publish entri… biasalah, bila raya ni cerita memang tak pernah habis .. Raya Aidilfitri tahun ni agak menarik bila bab tema warna jadi “perbincangan hangat” dalam family..

potret raya aidilfitri, gambar keluarga hari raya, raya aidilfitri, potret raya, gambar potret raya, tema baju raya 2026, outfit raya family ,

Family sebelah mak CCL, memilih tema dark brown vs purple. Family CCL pula secara tak sengaja tersama tema dengan Rania terus jadi team sedondon tanpa plan awal. Haishh, lain macam jugak bila tengok gambar ramai-ramai, nampak tersusun cantik warna tu ..

Family Pak Ngah pula all out dengan warna purple. Memang meriah bila bergabung semua, walaupun masing-masing ada tone tersendiri. Tapi itulah, kadang benda tak plan lagi menjadi kan?

potret raya aidilfitri, gambar keluarga hari raya, raya aidilfitri, potret raya, gambar potret raya, tema baju raya 2026, outfit raya family ,

Bab bergambar pulak… biasalah, bila semua dah berkumpul memang masing-masing sibuk cari port cantik. Ada yang jenis suka candid, ada yang wajib pose dulu baru gerak..Tapi tahun ni rasa macam kurang sikit koleksi gambar. Mungkin sebab semua pun rushing, tak sempat nak tunggu semua lengkap..

Sebelah ayah pun tak kurang meriahnya. Tema pink purple jadi pilihan. Cuma sayangnya tahun ni CCL tak sempat nak bergambar lengkap dengan semua. Masa memang mencemburui… kejar sana sini, sebab CCL kejar masa untuk masuk kerja pulak .. raya pun kerja .. 

Sepatutnya tahun ni giliran CCL bercuti raya, tapi entah kenapa mood raya kali ni macam “ke laut sikit”. Jadi CCL buat keputusan untuk on duty macam biasa .. tapi tetap bersyukur sebab pagi raya masih sempat luangkan masa beraya dengan family kecil CCL.. lepas habis kerja, malam sambung pula beraya dengan family sebelah ayah. Malam tu ada buat makan-makan sedikit .. 

Apa pun, raya tahun ni mungkin tak se-perfect yang dirancang, 

 Assalamualaikum dan hai semua 

11 April 2026 | Hari Parkinson Sedunia Setiap kali tiba 11 April, ramai antara kita mungkin tak sedar bahawa dunia sedang menyambut Hari Parkinson Sedunia. Bukan hari besar yang meriah dengan perayaan, tetapi cukup bermakna untuk kita berhenti sejenak dan ambil tahu tentang satu penyakit yang memberi kesan besar kepada kehidupan ramai orang.

Parkinson bukan sekadar “tangan menggeletar” seperti yang selalu kita dengar. Ia sebenarnya sejenis penyakit degeneratif yang melibatkan sistem saraf, di mana pengeluaran dopamin dalam otak semakin berkurang. Dopamin ni penting tau , dialah yang bantu kita kawal pergerakan badan dengan lancar. Bila ia berkurang, pergerakan jadi perlahan, kaku, dan kadang-kadang sukar dikawal.

Hari parkinson sedunia, penyakit parkinson, info mengenai parkinson, kesedaran penyakit parkinson, simpton parkinson, punca penyakit parkinson

Selalunya Parkinson dikaitkan dengan golongan warga emas, tapi hakikatnya sesiapa saja boleh terkesan. Apa yang lebih penting, penyakit ni bukan saja beri kesan fizikal, tapi juga emosi dan mental.. bukan mudah untuk pesakit melalui hari-hari mereka.

Kadang-kadang kita tak perasan pun, orang sekeliling kita mungkin sedang berjuang dengan Parkinson. Jadi, sedikit empati, sokongan, dan kefahaman daripada kita sebenarnya sangat bermakna untuk mereka.

Sempena Hari Parkinson Sedunia ni, jom kita sama-sama sebarkan kesedaran,  dengan berkongsi info, memahami keadaan mereka, dan tidak memandang ringan penyakit ini. Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan jika ada dalam kalangan kita yang diuji dengan Parkinson, semoga terus kuat dan dikelilingi sokongan yang baik ..

Selamat Menyambut Hari Parkinson Sedunia! 


 Assalamualaikum dan hai semua 

Lirik Lagu Bincang Raya | Amira Othman & Irfan Haris Lagu ni sebenarnya simple je konsep dia kan .. bincang tentang pasangan bila nak sambut raya.. nih antara “isu besar” setiap tahun ..Raya rumah siapa dulu? Balik kampung belah mana? Nak bahagi masa macam mana? Benda nampak kecil… tapi boleh jadi topik panjang kan .. so jom layan lagu raya untuk tahun 2026 ni .

Lirik lagu raya 2026, lagu bincang raya by amira othman dan irfan haris, music video bincang raya, lagu bincang raya

Penyanyi: Amira Othman ft Irfan Haris
Komposer: Haiqal Iskandar, Irfan Haris, Shazriq Azeman & Omar K. 
Lirik: Irfan Haris, Shazriq Azeman & Omar K. 
Studio: Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd & Emiera Othman Ventures



Lekas-lekas bangun, sayang
Sudah tiba pagi raya
Masa untuk kita pulang
Raikan bersama tersayang

Cepat-cepat bersiaplah
Nanti sesak jalan raya
Ayuh sayang segeralah
Solek saja dalam kereta


Sampin songkok, teluk belanga
Sudahkah semua dibawa?
Eh, eh kita lupa pula
Kita nak ke mana?

[Chorus]
Yang, 
Raya mana dulu? Rumah siapa dulu?
Saya pun tak tahu. Lupa nak bincang
Belah saya dulu. Bolehkah begitu?
Ramai yang dah rindu. Bolehlah sayang..
Raya mana dulu? Rumah siapa dulu?
Saya pun tak tahu. Lupa nak bincang
Belah saya dulu . Bolehkah begitu?
Ramai yang dah rindu. Bolehlah sayang..

Pantas-pantas kemas rumah
Sebelum tetamu tiba
Nanti datang orang tua
Habislah ditarik telinga


Langsir jaga, alas meja
Sudahkah semua tersedia?
Eh, eh kita lupa pula
Kita raya mana?

[Chorus]
Yang,
Raya mana dulu? Rumah siapa dulu?
Saya pun tak tahu. Lupa nak bincang
Belah saya dulu. Bolehkah begitu?
Ramai yang dah rindu. Bolehlah sayang..
Raya mana dulu? Rumah siapa dulu?
Saya pun tak tahu. Lupa nak bincang

 Bolehlah sayang
Bolehlah sayang

Tak bolehlah sayang....

 Assalamualaikum dan hai semua 

Sup Ikan Merah | Khairul Aming

sup ikan merah Khairul Aming, sup ikan merah, resepi Khairul Aming, ikan merah, sup ikan ,

Bahan untuk sup ikan merah 

  • Ikan merah
  • 1 sudu lada hitam (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 akar ketumbar (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang merah (dihiris)
  • 1 batang serai (dipotong memanjang)
  • Sup bunjut ikan
  • Gula & garam
  • 6 tangkai cili padi
  • 1 biji tomato
  • 2 sudu sos ikan 
  • 5 biji bawang rose (dihiris)
  • 5 tangkai cili kering 
  • Daun sup
  • Perahan limau nipis 


Cara penyediaan sup ikan merah Khairul Aming 

sup ikan merah Khairul Aming, sup ikan merah, resepi Khairul Aming, ikan merah, sup ikan ,
- tumbukkan lada hitam bersama tiga ulas bawang putih dan akar ketumbar

- tumiskan bahan yang ditumbuk tadi, masukkan bawang merah dan serai. Lalu tambahkan air


sup ikan merah Khairul Aming, sup ikan merah, resepi Khairul Aming, ikan merah, sup ikan ,

-Masukkan sup bunjut ikan, tambahkan cili padi dan sos ikan ..masak sehingga sedikit mendidih boleh masukkan ikan merah dan hirisan tomato


sup ikan merah Khairul Aming, sup ikan merah, resepi Khairul Aming, ikan merah, sup ikan ,

- tumiskan bawang ros dan cili kering.. goreng sehingga layu.. lalu masukkan tumisan ini ke dalam sup ikan tambahkan hirisan daun sup dan perahan limau nipis 


Sedia dihidangkan 



Assalamualaikum dan hai semua 

Lirik Lagu Jodoh Lebaran | Aisha Retno

Hai semua! Tengah scroll entri santai hari ni, CCL nak kongsi sikit mengenai lagu raya yang tengah main-main kat playlist raya tahun 2026 ni, iaitu “Jodoh Lebaran”.

lirik lagu jodoh lebaran, jodoh lebaran by aisha retno, lagu aisha retno, lagu jodoh lebaran, lagu raya 2026, jodoh lebaran

LIRIK LAGU JODOH LEBARAN
Penyanyi: Aisha Retno
Komposer: Aisha Retno
Lirik: Aisha Retno
Studio: AISHA RETNO Entertainment



Le: Lelah lelah di fajar hari
Ba: Baru bangun tak gosok gigi
Ra: Ragu-ragu ingin berbaju raya
Aduh sayang harini lebaran ya????


Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama dengan si kucing belang
Dua tiga baju raya dah dibeli
Jodoh di hari raya dah dapat ke sayang?


Hey! ucapkan selamat hari raya dulu
Kemudian nanti datanglah jodoh tu
Bersalaman bermaafan pada dunia
Ikhlas jodoh lebaran kan datang jua


Jodoh lebaran (lalalala)
Jodoh lebaran (lalalala)
Jodoh lebaran (lalalala)
Jodoh lebaran


Beragam jamuan selera
Tersedia buat si dia
Mungkin hadir mungkin tak tunjuk muka
Lupa sayang jodoh belum ada lah!


Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama dengan si kucing belang
Dua tiga baju raya dah dibeli
Jodoh di hari raya dah dapat ke sayang?


Hey! ucapkan selamat hari raya dulu
Kemudian nanti datanglah jodoh tu
Bersalaman bermaafan pada dunia
Ikhlas jodoh lebaran kan datang..


Hati hati balik raya (Hati hati balik raya)
Kumbang bunga jaga-jaga (Kumbang bunga jaga jaga)
Lebaran dengan si dia (lebaran dengan si dia)
Kalau jodoh tak ke mana… :)


Hey! ucapkan selamat hari raya dulu
Kemudian nanti datanglah jodoh tu
Bersalaman bermaafan pada dunia
Ikhlas jodoh lebaran kan datang jua
lalalalalalalalalalala
Lalalalalalalalalalala


Jodoh lebaran kan datang juaa
Jodoh lebaran kan datang jua
Jodoh lebaran
lalalalalalalalalalala hey ha!
(dah ada jodoh ke??


 Assalamualaikum dan hai semua 

Tema Warna Baju Raya Aidilfitri 2026 | Dark Brown Persiapan kuih raya CCL dah cerita next CCL nak cerita persiapan baju raya .. Sepatutnya entri ni  dipublish dua tiga hari sebelum raya, tapi hari ni baru sempat nak menulis. Ala, tak salah kan throwback sebagai kenangan walaupun lewat seminggu… acewahhhh.. Raya tahun ni ramai yang cakap warna teal blue antara pilihan popular. Memang warna awam lah, so CCL decide tak terjebak dengan warna awam tu.

Teringat pula raya dua tahun lepas, Raya 2024… masa tu warna tengah hot ialah brick orange . Lepas solat raya, nak keluar dari masjid, wahh majoriti kaum lelaki dan perempuan pakai warna sama je… brick orange !! Mak oii, bukan sikit tauuu, tapi ramaiii. Sedondon haaa.. mujurlah CCL tema hitam.


persiapan baju raya, beli baju raya melalui shopee, baju raya jlabella atelier, baju raya dari leayna.co, baju kurta, raya tema dark brown ,


Tahun ni CCL pilih tema warna dark brown . Alih-alih, ehh rupanya dark brown termasuk dalam senarai warna hot untuk raya 2026 juga. Syawal pertama, rata-rata warna teal blue dan dark brown ni ramai yang pakai jugak.

Busana Raya 2026 macam biasa setiap tahun beli dalam Shopee.. mudah tak perlu nak bersesak dengan orang ramai, yang penting ukur saiz baju betul-betul..


persiapan baju raya, beli baju raya melalui shopee, baju raya jlabella atelier, baju raya dari leayna.co, baju kurta, raya tema dark brown ,

Baju CCL, Tahun ni dari Jlabella Atelier . Memang setiap tahun CCL beli dari sini. Walaupun harga agak pricey ikut design, tapi selesa nak pakai. Warna baju CCL dark mahogany , brown to redbrown gitu.


persiapan baju raya, beli baju raya melalui shopee, baju raya jlabella atelier, baju raya dari leayna.co, baju kurta, raya tema dark brown ,

persiapan baju raya, beli baju raya melalui shopee, baju raya jlabella atelier, baju raya dari leayna.co, baju kurta, raya tema dark brown ,

Baju adik CCL tahun ni pilih dari Leayna.Co, warna dark brown jugak. Ada sulaman di hujung lengan dan bawah baju. Cuma kain satin tebal , jadi agak panas sikit.. dapat freegift shawl.


persiapan baju raya, beli baju raya melalui shopee, baju raya jlabella atelier, baju raya dari leayna.co, baju kurta, raya tema dark brown ,

Baju mak beli dalam Shopee, sepasang kurung pahang warna dark brown dengan kain bercorak batik.


persiapan baju raya, beli baju raya melalui shopee, baju raya jlabella atelier, baju raya dari leayna.co, baju kurta, raya tema dark brown ,

Baju ayah & adik lelaki  pulak kedua-dua pilih kurta. Harga murah je, tak sampai RM50, janji selesa.

Alhamdulillah, Allah bagi rezeki lagi tahun ni untuk CCL sediakan pakaian untuk family. 

Uguys, tema warna apa raya tahun ni?


Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

QOUTES

New year ni bukan pasal 'new people' . It's about new standard . Kalau tahun lepas kau over-give, over - tolerate, over-explain . Tahun ni stop !! .tak semua orang layak dapat access yang sama . 2026 bukan untuk ulang silap sama dengan muka orang yang berbeza .

ABOUT ME

Collabration I Events I Review I Sponsership kindly contact me : virgoyana61@yahoo.com
Based in Perlis Indera Kayangan

FOLLOWERS

JOURNALIST

  • ▼  2026 (105)
    • ▼  April (18)
      • Tonton | Drama Dear Farris
      • Lirik Lagu Risk It All | Bruno Mars
      • Viu | Drama Aku Pilih Pelangi
      • Sampul Duit Raya Comel dari ZUS Coffee
      • Memang Top Komen Mac 2026 di Blog Suria Amanda
      • Menang Top Komen Mac 2026 di Blog Bola Katok | Wal...
      • Sampul Raya 2026
      • Potret Raya Aidilfitri 2026
      • 11 April 2026 | Hari Parkinson Sedunia
      • Lirik Lagu Bincang Raya | Amira Othman & Irfan Haris
      • Sup Ikan Merah | Khairul Aming
      • Lirik Lagu Jodoh Lebaran | Aisha Retno
      • Tema Warna Baju Raya Aidilfitri 2026 | Dark Brown
      • 2 April: Hari Kesedaran Autisme Sedunia
      • Blog Archive Mac 2026 | Pageview & Entri Blog
      • Juara Ruang Komen Mac 2026 | Blogger Kak Notie
      • Wordless Wednesday | ' When I Said I Busy '
      • April 2026
    • ►  Mac (33)
    • ►  Februari (36)
    • ►  Januari (18)
  • ►  2025 (183)
    • ►  Disember (12)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (14)
    • ►  Ogos (17)
    • ►  Julai (17)
    • ►  Jun (18)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (15)
    • ►  Mac (27)
    • ►  Februari (22)
    • ►  Januari (14)
  • ►  2024 (336)
    • ►  Disember (19)
    • ►  November (16)
    • ►  Oktober (19)
    • ►  September (34)
    • ►  Ogos (23)
    • ►  Julai (40)
    • ►  Jun (27)
    • ►  Mei (23)
    • ►  April (36)
    • ►  Mac (47)
    • ►  Februari (36)
    • ►  Januari (16)
  • ►  2023 (47)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (12)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (11)
  • ►  2022 (139)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (19)
    • ►  Julai (12)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (50)
    • ►  Mac (12)
    • ►  Februari (9)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2021 (248)
    • ►  Disember (11)
    • ►  November (8)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (19)
    • ►  Ogos (33)
    • ►  Julai (26)
    • ►  Jun (37)
    • ►  Mei (48)
    • ►  April (32)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Februari (19)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (106)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (31)
    • ►  Mac (31)
  • ►  2019 (91)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (40)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (5)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2018 (118)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (15)
    • ►  September (12)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (13)
    • ►  Mac (12)
    • ►  Februari (11)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2017 (231)
    • ►  Disember (23)
    • ►  November (24)
    • ►  Oktober (27)
    • ►  September (24)
    • ►  Ogos (24)
    • ►  Julai (20)
    • ►  Jun (19)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (17)
    • ►  Mac (25)
    • ►  Februari (9)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2016 (21)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (5)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (68)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (13)
    • ►  September (11)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (9)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2014 (62)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (5)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Februari (8)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2013 (472)
    • ►  Disember (16)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (14)
    • ►  Julai (61)
    • ►  Jun (64)
    • ►  Mei (103)
    • ►  April (181)
    • ►  Mac (7)
  • ►  2012 (2)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Mei (1)

PAGEVIEWS BLOG

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

BLOGLIST

  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    Zus Chubee ... Lucky Pink
  • SURIA AMANDA
    Lepak Pantai Dan Bergambar Di Beserah
  • Blog Roziah Muhammad Nor
    Kejohanan Sukan Tahunan 2026 Yang Ke 58 Tahun
  • Hidup Itu Indah
    Strawberry Pasar Malam- Sedap Manis Strawberry Egypt
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: BLIND BOX MAMEE :.
  • Coffee Break With Me
    Jemputan Rumah Terbuka Kak Retna
  • Drawing the Words
    Kumpul Coins Di Shopee
  • Bola Katok
    Sampul duit raya Kewpie 2026.
  • Blog Begins At Forty
    April 20, 2026
  • KakmimDotCom
    Latihan Untuk Pertandingan Water Rocket
  • cikcappuccinolatte
    Tonton | Drama Dear Farris
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Cerita Isnin
  • Sii Nurul
    Rezeki dari Laut Dapat Ikan Yu Berat 300Kg
  • Mulan
    DIARI YANG TERTANGGUH
  • Nieyl's Life Story
    Menu Berbuka Puasa Day 26-30
  • Ciktom
    Rakam Kenangan Raya Anda di The Empire Studio – Studio Baru di Pulai Perdana
Tunjuk 10 Tunjukkan Semua

SUBSCRIBE & FOLLOW

MOST VIEWED POST

  • Sampul Duit Raya Comel dari ZUS Coffee
  • Memang Top Komen Mac 2026 di Blog Suria Amanda
  • Sampul Raya 2026
  • Menang Top Komen Mac 2026 di Blog Bola Katok | Wall of Frame Selama Sebulan
  • Viu | Drama Aku Pilih Pelangi
  • Potret Raya Aidilfitri 2026
  • Lirik Lagu Risk It All | Bruno Mars
  • Tonton | Drama Dear Farris
  • 11 April 2026 | Hari Parkinson Sedunia
  • Berkelah Sempena Birthday Rania

APRIL 2026

DISCLAIMER

SEGALA PERKONGSIAN DALAM BLOG INI ADALAH HAKMILIK PENULIS. TIADA KAITAN DENGAN INDIVIDU LAIN. SEBARANG KOMEN DALAM BLOG INI JUGA ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. PEMILIK BLOG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KOMEN. DILARANG MENGELUARKAN KOMEN YANG BOLEH MENGUNDANG KEMARAHAN MANA-MANA PIHAK

Designed by cikcappuccinolatte | Distributed By cikcappuccinolatte