Assalamualaikum dan hai semua
Agar-Agar Soya Cincau Petang kelmarin CCL beli sebungkus air soya . Biasalah kalau beli bungkus besar memang susah nak habis sekali minum ..Nak simpan lama-lama dalam peti ais pun risau cepat rosak . Sayang pula nak buang kan … so terus terfikir nak buat agar-agar soya cincau .
Cara dia senang sangat . Tuang je air soya dalam periuk , masuk serbuk agar-agar dan masak sampai larut . Lepas tu CCL letak cincau sikit buat deko-deko bagi nampak cantik sikit , konon nak lawa sikit . sekali cincau tu berkumpul setempat macam ada reunion pulak hahaha .
Tapi okay lah . Walaupun rupa dia tak berapa nak ada ..yang penting sedap dan tak membazir . Sejuk-sejuk makan waktu petang memang layan ..
Assalamualaikum dan hai semua
Bubur Cha Cha Bersagu Semalam masa kemas-kemas dapur sambil check barang apa yang dah nak habis, CCL ternampak stok cha-cha dengan santan berkotak masih ada lagi. Terus terlintas dalam kepala nak buat bubur cha-cha campur sagu. Alang-alang bahan semua dah cukup, apa lagi terus masuk dapur lah jawabnya ..
First time CCL buat bubur cha-cha bersagu ni. Alhamdulillah menjadi juga walaupun dalam hati cuak-cuak takut sagu terlebih lembik ka apa .. Juri rasa masakan mestilah mak CCL sebab dia paling pakar bab merasa ni hehe. Rupanya bila campur cha-cha dengan sagu memang ngam. Ada kenyal-kenyal sagu, lemak santan dan manis-manis cha-cha tu… memang sedap makan panas-panas..
Assalamualaikum dan hai semua
Dinner | Pulut Harumanis Menu makan malam CCL malam ni simple je, pulut harumanis . Kat Perlis memang tengah musim harumanis sekarang ni, tapi dah nak sampai penghujung musim . Kejap je rasa musim dia kan . Nasib baik dekat rumah CCL ada beberapa pokok harumanis, tahun ni alhamdulillah menjadi elok dan buah pun banyak . Mungkin sebab cuaca panas sekarang ni kot, tu yang buah lebat semacam , dapat la kongsi sikit dengan adik beradik, jiran-jiran..
Malam ni mak CCL buatkan pulut lemak . Pulut yang dimasak sekali dengan santan memang lain macam sedap dia .. Bila makan pulak dengan harumanis yang manis berlemak tu, memang ngam sangat . CCL sebenarnya bukan selalu makan harumanis dengan pulut . Selalunya makan macam tu je terus . Tapi kalau tiba-tiba teringin, memang cari jugak pulut nak makan sekali . Lagi-lagi bila buah tengah masak banyak dekat rumah . Rasa rugi pulak kalau tak menikmati musim harumanis ni puas-puas .
Sekarang ni memang tiap hari boleh merasa harumanis . Pagi makan harumanis, malam pun harumanis lagi . Nasib baik sedap, kalau tak jemu dah agaknya ..
Assalamualaikum dan hai semua
Sarapan Pagi | Apam Coklat & Cekodok Pisang Jarang-jarang nak update entri tentang sarapan pagi ni . Alang-alang dah sempat snap gambar pagi tadi, terus merajinkan diri untuk buat entri..
Pagi ni CCL sarapan apam coklat dan cekodok pisang . Apam coklat tu mak CCL buat untuk tempahan . Bila ada lebih beberapa ketul, terus CCL tapau masuk tupperware bawa ke office , pastu teringat CCL ada simpan resepi apam coklat yang akak SA pernah share dalam blog beliau, tapi sampai sekarang belum cuba buat lagi . Haishhh entah bila la nak rajin mencuba tu..
Untuk cekodok pisang pula, adunan CCL dah siap bancuh dari semalam . Pagi ni hanya keluarkan dari peti sejuk, biarkan sekejap lepas tu terus goreng panas-panas .Sambil goreng tu sempat juga la makan beberapa ketul cekodok walaupun masih panas ..
Apam coklat, cekodok pisang dan kopi panas untuk alas perut pagi-pagi macam ni .
Uguys pula sarapan apa pagi ni ?
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Cucur Udang Kuah Kacang Gambar dan cerita ni sebenarnya dari minggu lepas, sebelum CCL bercuti jalan-jalan ke Ipoh. Macam biasalah… entri peram lagi . hahaha ..Hilang sekejap dari radar sebab sibuk dengan kerja, ambil masa rehatkan diri, dan luangkan masa dengan family. Sekali sekala “healing tu memang perlu juga kan..
Petang tu, lepas siap urus makan tengah hari, teringat ada lebihan udang dalam peti. Sayang pula kalau tak guna. Terus CCL terlintas idea nak buat cucur udang .. Lagi best bila teringat kuah kacang yang mak CCL buat masa makan nasi impit hari tu masih ada lagi. Rezeki jangan dibazirkan ..
Kuah kacang hasil air tangan mak CCL, memang pekat dan cukup rasa..lemak, manis, pedas semua balance. Kuah kacang pula, walaupun lebihan beberapa hari lepas, rasa dia lagi “naik”.Bila panaskan balik, tambah sikit air, kacau sampai pekat semula
Cucur udang pulak hasil air tangan CCL, . Bila makan panas-panas, cicah pula dengan kuah kacang tu… memang ngam habis!
Hasilnya… petang tu jadi dapat lah makan cucur udang kuah kacang..
Assalamualaikum dan hai semua
Biskut Raya 2026 | Dari Biskut Buah Pinggang Jadi Hati
Entri dua hari lelas ..terlupa nak publish ..Ni lah biskut raya terakhir untuk tahun ni… cukup sudah enam jenis biskut raya.. Yang keenam ni asalnya nak buat biskut buah pinggang, projek khas mak dengan adik CCL. CCL pula bahagian pasang langsir malam ni..Tapi kan… ada plot twist sikit.. Resepi semua dah on point dah, memang ikut style biskut buah pinggang. Tapi bila sampai part nak terap… ehhh acuan pula hilang ! Entah tersorok kat mana, tak jumpa langsung. Last-last terpaksa redha guna apa yang ada .. acuan bentuk hati .
Gambar selepas siap dibakar
Gambar sebelum di bakar
Maka dengan rasminya… biskut buah pinggang bertukar jadi biskut hati .. Pinggang ke hati… janji rasa tetap sama, tapi hasilnya lagi comel pulak kan.