cikcappuccinolatte
  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us


Jika anda dah cuba macam-macam jenis ubat jerawat tapi masalah jerawat tak hilang-hilang juga. Anda kena baca info ini sampai habis, mungkin ubat jerawat yang anda gunakan tidak sesuai dengan jenis jerawat dan masalah kulit muka anda.
Mungkin ada ubat jerawat jenis lain yang dapat atasi masalah jerawat anda.
Ada beberapa jenis ubat jerawat yang berada di pasaran. Ada jenis ubat yang anda boleh dapatkan daripada kedai runcit biasa, ada yang anda boleh dapatkan hanya daripada Farmasi dan ada yang anda perlu dapatkan daripada Doktor.



1. DALACIN-T 1%


Dalacin T merupakan ubat jerawat yang paling popular digunakan untuk atasi masalah jerawat. Ubat ini adalah jenis Topikal Antibitiok dan anda hanya boleh dapatkannya secara sah daripada Ahli Farmasi.
Dalacin T ni mengandungi antibiotik jenis Clindamycin Phosphate yang diuji secara klinikal dapat menghalang pertumbuhan bakteria Propionibacterium acnes yang banyak menyebabkan jerawat.
Bagaimana cara yang betul nak pakai Dalacin-T ni?
#1. Sebelum sapu Dalacin T ni, cuci muka terlebih dahulu dengan air suam dan pencuci muka.
#2. Buka penutup botol dan pasangkan 'Applicator' pada botol (Anda juga boleh minta bantuan Ahli Farmasi untuk pasangkan Applicator ini pada botol Dalacin-T)
#3. Sapu Dalacin-T menggunakan Applicator pada jerawat dan kawasan sekeliling jerawat.
Anda boleh sapukan Dalacin T ini dua kali sehari.

BERAPA LAMA UBAT INI BERKESAN?
Biasanya ubat ini berkesan selepas 6 - 8 minggu menggunakannya. Jika selepas 8 minggu jerawat anda masih belum baik, anda perlu berjumpa doktor semual.
Jangan gunakan ubat Dalacin T ni untuk jangka masa yang lama (> 12 minggu) dikhuatiri nanti bakteria jerawat anda bermutasi dan menjadi kebal kepada antibiotik ini ataupun disebut Antibiotic Resistance.


ADA KESAN SAMPINGAN X UBAT NI?

Antara kesan sampingan yang sering dilaporkan selepas menggunakan ubat ini termasuklah kulit jadi kering/gatal, cirit-birit (diarrhea), dan sakit perut atau perut rasa tidak selesa.

ADAKAH SEMUA ORG BOLEH PAKAI DALACIN-T?
Ubat ini tidak boleh diambil oleh pesakit yang mempunyai masalah usus (inflammatory bowel disease, enteritis, ulcerative colitis) dan pesakit yang mempunyai sejarah penyakit usus berkaitan antibiotik.
Larutan Dalacin-T ni MUDAH TERBAKAR. Jadi pastikan tiada api berdekatan anda semasa menggunakannya nanti terbakar pula kulit muka anda. Lain pula jadi ceritanya nanti.



2. ADAPALENE

Ubat ADAPALENE merupakan jenis Vitamin A ataupun Topikal Retinoid generasi yang ketiga yang digunakan untuk merawat jerawat yang tidak terlalu teruk (mild to moderate acne).
Adapalene ini sangat efektif terutamanya dalam merawat jerawat yang mempunyai komedone.
Hasil kajian mendapati, penggunaan Adapalene bersama Dalacin T dapat meningkatkan keberkesanan Dalacin T tetapi turut meningkatkan kesan sampingannya.
Sapukan Adapalene Gel 3 - 5 minit sebelum sapu Dalacin-T untuk meningkatkan penyerapan dan keberkesanan Dalacin-T berbanding hanya gunakan Dalacin-T sahaja.
Ubat Adapalene ini bertindak dengan menghalang pembentukan Komedone Jerawat selain mempunyai kesan anti-radang.

Bagaimana cara gunakannya?
Anda boleh sapu pada bahagian jerawat 2 kali sehari terutamanya selepas cuci muka pada sebelah petang dan juga sebelum tidur.


DI MANA NAK DAPATKAN UBAT ADAPALENE NI?

Ubat Adapalene ini termasuk dibawah kategori ubat yang hanya boleh diberikan oleh AHLI FARMASI.
Jika anda mempunyai masalah jerawat yang susah nak hilang walaupun dah cuba macam-macam ubat, disarankan anda cuba kombinasi Ubat Dalacin-T dan Adapalene Gel ini. 



3. BENZOYL PEROXIDE 10%


BENZOYL PEROXIDE merupakan kandungan dalam ubat jerawat yang paling banyak di pasaran. Ubat jerawat jenis ini anda boleh beli daripada kedai-kedai runcit biasa juga boleh didapati di Farmasi-Farmasi dan kedai kesihatan lain.
Benzyol Peroxide bertindak merawat jerawat dengan membunuh bakteria penyebab jerawat dan juga mengeringkan, menghakis dan mempercepatkan prose pengelupasan kulit

Ada kesan sampingan tak Benzoyl Peroxide ni?
Kesan sampingan yang biasa dilaporkan adalah kulit jadi gatal dan kemerah-merahan.
Disebabkan Benzoyl Peroxide ni jenis bahan peluntur dan menghakis, jika ia terkena pada baju boleh menyebab warna baju luntur. Selian untuk rawatan jerawat, Benzoyl Peroxide ni juga banyak digunakan sebagai peluntur untuk memutihkan tepung dan juga sebagai peluntur warna rambut.




4. HERBA SALIX ALBA 


Herba Salix Alba atau juga dikenali sebagai "White Willow Bark" antara herba terbaik yang digunakan untuk menghasilkan produk penjagaan kulit terutamanya untuk merawat jerawat dan parut bekas jerawat.
Bahan aktif utama dalam herba Salix Alba ini adalah 'Salicin' iaitu sumber semulajadi untuk hasilkan salicylic asid.
Ahli Farmasi Itali adalah orang pertama yang mengenalpasti dan mengasingkan Salicin dari herba Salix Alba. Salicin ini ditukarkan menjadi asid salicylic di dalam badan yang bertindak mengurangkan keradangan dan mengurangkan sakit.
✔ Kegunaan Salix Alba untuk penjagaan kulit dan rawatan Jerawat.
Banyak produk-produk jerawat yang dijual menggunakan Asid Salicylic yang dihasilkan secara sintetik. Tapi kenapa tidak gunakan asid salicylic dari sumber semulajadi?

Sumber semulajadi asid salicylic dalam Salix Alba iaitu salicin bertindak dengan lebih lembut, tiada rasa terbakar "burning", tidak mengelupas (peeling) dan kurang alahan seperti yang biasanya terjadi bila gunakan asid salicylic sintetik.
Ekstrak Salix Alba ini mengelupas kulit secara semulajadi dan membersihkan liang-liang pori untuk mencegah timbulnya jerawat seterusnya hasilkan kulit yang lebih cerah dan sihat.
Herba Salix Alba ini juga mempunyai sifat antibakteria yang membantu membersihkan bakteria pada kulit yang menyebabkan jerawat. Ujian makmal juga mendapati Salix Alba berkesan untuk membunuh bakteria penyebab jerawat, menjadikannya bahan pilihan dalam menghasilkan pembersih muka, toner dan ubat jerawat.
Ekstrak Salix Alba inilah bahan aktif yang digunakan di dalam produk #REFINITYACNE HYDROGEL yang menjadikannya ubat jerawat yang berkesan dan bertindak sepantas 24 jam.
Jerawat yang baru timbul akan lebih cepat kecut dan mengecil, dan jerawat-jerawat baru semakin kurang timbul selepas menyapu #REFINITY ACNE HYDROGEL ni dua kali sehari.


Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

QOUTES

New year ni bukan pasal 'new people' . It's about new standard . Kalau tahun lepas kau over-give, over - tolerate, over-explain . Tahun ni stop !! .tak semua orang layak dapat access yang sama . 2026 bukan untuk ulang silap sama dengan muka orang yang berbeza .

ABOUT ME

Collabration I Events I Review I Sponsership kindly contact me : virgoyana61@yahoo.com
Based in Perlis Indera Kayangan

FOLLOWERS

JOURNALIST

  • ►  2026 (124)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (11)
    • ►  April (23)
    • ►  Mac (33)
    • ►  Februari (36)
    • ►  Januari (18)
  • ►  2025 (183)
    • ►  Disember (12)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (14)
    • ►  Ogos (17)
    • ►  Julai (17)
    • ►  Jun (18)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (15)
    • ►  Mac (27)
    • ►  Februari (22)
    • ►  Januari (14)
  • ►  2024 (336)
    • ►  Disember (19)
    • ►  November (16)
    • ►  Oktober (19)
    • ►  September (34)
    • ►  Ogos (23)
    • ►  Julai (40)
    • ►  Jun (27)
    • ►  Mei (23)
    • ►  April (36)
    • ►  Mac (47)
    • ►  Februari (36)
    • ►  Januari (16)
  • ►  2023 (47)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (12)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (11)
  • ►  2022 (139)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (19)
    • ►  Julai (12)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (50)
    • ►  Mac (12)
    • ►  Februari (9)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2021 (248)
    • ►  Disember (11)
    • ►  November (8)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (19)
    • ►  Ogos (33)
    • ►  Julai (26)
    • ►  Jun (37)
    • ►  Mei (48)
    • ►  April (32)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Februari (19)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (106)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (31)
    • ►  Mac (31)
  • ►  2019 (91)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (40)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (5)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2018 (118)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (15)
    • ►  September (12)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (13)
    • ►  Mac (12)
    • ►  Februari (11)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2017 (231)
    • ►  Disember (23)
    • ►  November (24)
    • ►  Oktober (27)
    • ►  September (24)
    • ►  Ogos (24)
    • ►  Julai (20)
    • ►  Jun (19)
    • ►  Mei (15)
    • ►  April (17)
    • ►  Mac (25)
    • ►  Februari (9)
    • ►  Januari (4)
  • ▼  2016 (21)
    • ►  Disember (1)
    • ▼  November (1)
      • 4 JENIS UBAT JERAWAT
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (5)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (68)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (13)
    • ►  September (11)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (9)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (4)
  • ►  2014 (62)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (5)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Februari (8)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2013 (472)
    • ►  Disember (16)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (14)
    • ►  Julai (61)
    • ►  Jun (64)
    • ►  Mei (103)
    • ►  April (181)
    • ►  Mac (7)
  • ►  2012 (2)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Mei (1)

PAGEVIEWS BLOG

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

JUARA RUANG KOMEN JAN-DIS 2026

  • SURIA AMANDA
    Jual Minyak Terpakai Dapat Wang Tunai.
  • Blog Roziah Muhammad Nor
    Sarapan Nasi Lemak, Rendang Daging Dan Ketupat Palas
  • SAJE SUKA-SUKA
    JUN : Bulan Kesedaran AFASIA
  • D'Cat Queen
    KEDAI ROSLEE, MENIKMATI PONTIANAK DI JAKARTA
  • Drawing the Words
    Bonus Shopee Minggu ni. Dah Tiga Kali!
  • Sii Nurul
    Kenapa Ramai Peminat Anime Kecewa Bila Website Shutdown?

BLOGLIST

  • Blog Begins At Forty
    June 7, 2026
  • Mulan
    DAY 2 - GAYAT DI LEMBANG, BANDUNG.
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: BLACK CARAVAN, SERI ISKANDAR, PERAK :.
  • SURIA AMANDA
    Jual Minyak Terpakai Dapat Wang Tunai.
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Pokok buah naga
  • Blog Roziah Muhammad Nor
    Sarapan Nasi Lemak, Rendang Daging Dan Ketupat Palas
  • Bola Katok
    Mister Potato versi cili kering.
  • Coffee Break With Me
    Girls' Trip: Jakarta-Bandung (Bahagian 1)
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    Zus Buddy Work in Progress
  • Hidup Itu Indah
    Jauhi Orang Narsisistik Demi Kesihatan Mental
  • cikcappuccinolatte
    Blog Archive May 2026 | 88K Pageview & 11 Journalist
  • KakmimDotCom
    Cuti Panjang di Sarawak!
  • Drawing the Words
    Bonus Shopee Minggu ni. Dah Tiga Kali!
  • Sii Nurul
    Kenapa Ramai Peminat Anime Kecewa Bila Website Shutdown?
  • Nieyl's Life Story
    Menu Berbuka Puasa Day 26-30
  • Ciktom
    Rakam Kenangan Raya Anda di The Empire Studio – Studio Baru di Pulai Perdana
Tunjuk 10 Tunjukkan Semua

SUBSCRIBE & FOLLOW

MOST VIEWED POST

  • Wordless Wednesday |Time & Schedule Fifa World Cup 2026 Waktu Malaysia
  • Blog Archive May 2026 | 88K Pageview & 11 Journalist
  • Juara Ruang Komen Mei 2026 | Blogger Suria Amanda
  • Agar-Agar Soya Cincau
  • BALM BAYI TASNEEM NATUREL ANAK SELESA IBU GEMBIRA
  • GUBAH SENDIRI SHAWL MENJADI BOUQUET
  • SUPRISE GIFT UNTUK ORANG TERSAYANG MELALUI PERKHIDMATAN PRINTIOCUS
  • Wordless Wednesday | Pameran Seni Visual Terbuka Pelukis Negeri Perlis 30 April - 30 Mei 2026
  • Keratan Anak Pokok Rose Jepun Dah Sampai
  • Ohana Kitchen, Gerai MPK corner | Nasi Goreng Tomyam

JUNE 2026

DISCLAIMER

SEGALA PERKONGSIAN DALAM BLOG INI ADALAH HAKMILIK PENULIS. TIADA KAITAN DENGAN INDIVIDU LAIN. SEBARANG KOMEN DALAM BLOG INI JUGA ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. PEMILIK BLOG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KOMEN. DILARANG MENGELUARKAN KOMEN YANG BOLEH MENGUNDANG KEMARAHAN MANA-MANA PIHAK

Designed by cikcappuccinolatte | Distributed By cikcappuccinolatte