Assalamualaikum dan hai semua
Giveaway Anniversary 17 Tahun Blog Saje Suke-Suke
Apa yang best bila masuk blog kak Notie
Bila masuk blog Kak Notie, apa yang best mestilah rasa seronok baca setiap perkongsian yang kak Notie kongsikan .. Setiap entri ada cerita dan pengalaman tersendiri.. Kadang-kadang perkongsian santai, kadang-kadang ada info menarik yang boleh kita jadikan pengetahuan.. Paling best bila singgah blog Kak Notie mestilah membaca perkongsian pengalaman Kak Notie melancong ke luar negara... Seronok dapat tengok tempat-tempat menarik yang Kak Notie pergi, walaupun CCL belum berpeluang sampai ke sana, sekurang-kurangnya dapat jugak merasa pengalaman melalui cerita dan gambar yang kak Notie dikongsikan..
Bagaimana boleh terjebak masuk dalam blog kak notie
Kalau tak silap, mula-mula terjumpa blog Kak Notie masa CCL tengah blogwalking dari satu blog ke satu blog. Singgah baca entri, tertarik pula dengan perkongsian yang ada.
Karaktor kak Notie bila bercerita
Bagi pandangan CCL, cara Kak Notie berkongsi pengalaman terasa santai, mesra dan mudah difahami, lebih-lebih lagi kan bila kak Notie bercerita tentang pengalaman travel, terasa keterujaan Kak Notie menyampaikan setiap pengalaman. .
Penambahbaikkan dalam blog kak Notie
Rasanya tak banyak yang perlu diperbaiki. Teruskan berkongsi cerita dan pengalaman menarik seperti sekarang. Nak tinggalkan komen dalam entri pun sangat mudah tak ada terganggu dengan apa-apa iklan ..
Teruskan berkarya dan berkongsi apa sahaja cerita menarik macam selalu..






























