Assalamualaikum dan hai semua
Declutter Kasut Selalunya CCL kongsikan cerita declutter baju.. Baju yang masih elok dan boleh pakai, CCL akan bagi kepada sesiapa yang memerlukan. Kali ni lain sikit… giliran kasut pulak..Petang tadi CCL luang masa sekejap duduk depan rak kasut. Konon nak susun sikit, sekali jadi healing sambil declutter kasut-kasut. Satu-satu CCL tengok, pilih dan asingkan..
Kasut yang masih boleh dipakai, CCL simpan semula dalam almari.. Yang dah tak boleh pakai pulak ada yang kulit dah mengelupas, ada yang tapak kasut dah lekang .. CCL terus buang.. Kalau letak gam pun, pakai tak lama nanti tapak tu akan lekang balik juga. Daripada simpan dan penuhkan ruang, baik buang ..
Hasilnya, penuh jugak satu beg plastik dengan kasut-kasut yang dah tak boleh pakai. Berpasang-pasang jugaklah jumlahnya. Selama ni tersimpan elok dalam almari, ada yang dalam kotak kasut.. rupa-rupanya dah lama ‘menunggu masa’ untuk dibuang..ni bukan kasut CCL seorang je tau, satu isi keluarga sekali jalan..
Rasa lega bila rak kasut nampak lebih kemas dan lapang. Boleh beli kasut baru pulak kan .. ehhh ..
Assalamualaikum dan hai semua
OOTD Kenduri Kelmarin berlangsung kenduri di rumah makngah CCL ..kenduri kesyukuran doa selamat sekali dengan kenduri sambut Ramadan. Sejujurnya, memang ada niat nak skip sebab seharian CCL sakit kepala tak lega-lega. Mungkin faktor cuaca yang terlampau panas..Pagi tu dipujuk juga oleh Mama Rania, akhirnya CCL gagahkan diri. Bangun, makan dan telan sekali lagi Panadol. Alhamdulillah, tengah hari tu .. kepala rasa lega sikit. Terus mandi dan siap-siap.
Pukul 1 petang kami gerak. Sampai di rumah makngah, syukur waktu tu orang tak berapa ramai sangat .. ada lagi ruang untuk makan dengan tenang. Disebabkan konsep potluck, setiap adik-beradik sponsor satu menu, jadi memang meriah dengan aneka juadah. Mak CCL pun tak ketinggalan bawa kuih talam suji dan bengkang roti sebagai pemanis mulut.
Antara juadah yang ada
- Kurma kambing
- Ayam masak merah
- Kari ayam hijau
- Asam pedas ikan pari
- Sayur manis bayam & betik
- Ulam & sambal belacan
- Sambal tempe, bilis & kacang
- Laksa
- Rojak buah
- Aneka pencuci mulut ( kek, mini burger, puding, agar-agar, sagu gula melaka, talam suji, bengkang roti, kuih ketayap, apam coklat, aiskrim malaysia)
- Air ribena , ais kacang
Nak snap gambar makanan memang tak sempat. Bukan apa, tengah pegang tangan si Rania nii..takut pula ralit tangkap gambar, sekali si Rania hilang. Satu kes besar nanti kena mencari ..
Lepas makan dan merasa segala jenis dessert, masing-masing pun kekenyangan. Rehat sekejap, barulah beransur pulang.. Lepas sejam balik rumah rasa sakit kepala lagi, suam-suam ja badan, terus mandi, solat .. makan panadol sekali lagi ..terus tidur .. semalam nak update blog pun tak ada mood dengan sakit kepala ni ..
Assalamualaikum dan hai semua
6 Januari 2026 | First Day Kerja untuk Tahun Ini Sebenarnya entri ni CCL publish kelmarin… tapi tak apa lah kan, lambat sehari je..Kelmarin merupakan first day CCL tumbprint masuk kerja bagi sesi tahun 2026..Untuk tahun ni, CCL ada satu azam kecil nak tumbprint masuk kerja awal 5 minit...Tahun lepas selalunya tumbprint sharp-sharp time, kadang-kadang awal dua tiga minit je. So okayyy… tahun ni kita upgrade sikit .. Kalau dapat awal 10 minit, lagi cun kan? Itu je azam kecil CCL untuk tahun ni. Setakat sekarang lahhh ..tapi afa lagii azam-azam lain untuk tahun ni ..
Macam biasa, first day kerja tu nak kata sibuk sangat pun tak juga. Lebih kepada settle kerja-kerja hujung bulan yang tertangguh. Maklumlah, cuti hujung tahun kan panjang… Ujung tahun 2025 CCL dah mula cuti, tambah pula dengan cuti sekolah, memang rasa lama juga tak masuk kerja.
Tengok-tengok kalender… eh, dah nak masuk seminggu kita semua berada dalam tahun baru. Rasa macam sekejap betul masa berlalu.Kalender yang CCL guna tahun ni pun pemberian daripada kawan. Jadi tak ada beli atau tempah kalender khas..Company pun tahun ni tak ada bagi kalender untuk staff, tak pasti la bajet ka, terlupa ka.. tapi memang tak ada lahh ..
Kat ofis pun ada satu stand kalender besar, itu pun dah cukup untuk rujukan harian..Oh ya, dalam kalender tu siap ada info bisnes kawan CCL. Jadi kalau uguys datang Perlis dan nak sewa kenderaan (kereta, van atau motosikal), boleh terus contact nombor telefon yang tertera dalam kalender tu..Hehe… sekali jalan promote bisnes kawan-kawan, tak salah kan..
Pagi tadi settle apa yang patut, balik kerja pun dah malam.Letih sikit, recharge badan kejap… dan time macam ni lah sempat jenguk-jenguk blog
Assalamualaikum dan hai semua
Supermoon Malam 3 Januari 2026 Semalam, masa nak keluar pergi rumah arwah tok dan arwah tokwan, CCL jalan kaki saja. Tak jauh pun, selang beberapa buah rumah dari rumah CCL. Kebetulan malam tu ada buat makan-makan kecil dengan adik-beradik sebelah ayah. Semua pun tengah cuti, jadi inilah masanya nak curi masa berkumpul sama-sama.
Sedang melangkah ke sana, CCL terpandang ke langit. MasyaAllah… langit malam semalam cerah luar biasa. Lengkap pula dengan supermoon yang bersinar terang. Bulan penuh bercahaya dengan lingkaran yang cukup cantik. Tenang melihatnya. Rasa macam Allah sedang berbicara tanpa kata. Allah hadiahkan keindahan ini sebagai pembuka awal Januari.
CCL terus capai telefon, buka kamera, snap beberapa keping gambar. Walaupun sekadar kamera telefon, tetap tak mampu menafikan kecantikan bulan malam tu. Cantik tak terkata, indah dipandang..
Malam ni pula, CCL keluar lagi menjenguk langit. Tapi supermoon dah tak kelihatan seperti malam semalam, supermoon ada tapi terlindung di sebalik awan. Tak pa lah sebab keindahan semalam sudah cukup tersimpan dalam memori dan juga dalam gambar.
Ada perkara yang indah cukup untuk dikenang, tak perlu berulang kali muncul di depan mata.Allah tunjukkan sesuatu yang cantik bukan untuk lama, tapi cukup untuk kita ingat dan bersyukur.
Assalamualaikum dan hai semua
Jom Lah Clear Almari Masuk je tahun 2026, terus rasa nak clear almari..Bila nampak poster infak pakaian ni lalu di Facebook, memang CCL terus bersemangat. Bukan sebab apa… sebab boleh buat ruang baru dalam almari . Happy sebab apa? Sebab boleh clearkan almari lagi! Lagipun dah masuk tahun 2026 kan. Bukannya saiz badan makin membesar yerrr. Selalunya kalau bulan puasa memang ada je tempat untuk infak pakaian. Tapi kali ni tak sempat tunggu puasa ,awal tahun dah ada program pembelian pakaian terpakai & infak pakaian terpakai. Memang tepat pada masanya!
So tunggu apa lagi… inilah masa untuk clear almari. Baju yang masih elok tapi dah tak nak pakai tu, bolehlah kita infakkan kepada golongan yang memerlukan. Ehh rasanya macam tiap-tiap tahun infak pakaian je CCL ni .
Baju yang masih elok tapi dah tak pakai tu sayang kalau disimpan lama-lama. Jadi kali ni CCL infakkan beberapa helai baju kurung, t-shirt, seluar jeans dan juga tudung bawal. Adik perempuan CCL pun join sekali ,ada baju yang dah tak padan, terus masuk beg infak.Tak apa lah, janji pakaian masih elok dipakai tak koyak, tak lusuh. Barulah si penerima rasa gembira dan selesa nak pakai.
Ni pulak bahagian tudung bawal… yang masih elok-elok belaka. Kesan kerongsang pun sikit sahaja. Orang perempuan dengan tudung memang susah nak berpisah kan ..Asyik nak beli yang baru je, jadi yang dah jarang pakai tu eloklah kita bagi pada yang lebih memerlukan.
Bagus juga program macam ni diadakan. Sekurang-kurangnya dapat galakkan orang ramai untuk sumbangkan pakaian terpakai daripada terus buang ke dalam tong sampah.Baju lama kita, mungkin rezeki baru untuk orang lain ..
Assalamualaikum dan hai semua
2026, Moga Versi Diri Yang Lebih Kuat Hello 2026. Alhamdulillah untuk setiap nafas yang masih diberi.. Masuk 2026 dengan satu perasaan syukur...ya..Syukur sebab masih ada keluarga, Syukur sebab masih ada kerja. Syukur sebab masih mampu tersenyum walaupun penat..Masuk tahun baru tanpa janji besar-besar. Cukup sekadar nak hidup dengan lebih sederhana dan hati yang lebih tenang.
Tahun lepas ada banyak perkara tentang sabar, tentang melepaskan, tentang menerima yang tak seperti dirancang. Rupanya tak semua benda perlu dipaksa, ada masanya kita hanya perlu percaya..2026 ni, CCL berharap , biarlah langkah kecil asalkan konsisten.Tak perlu laju, tak perlu sempurna.Asal terus berjalan.
Masuk tahun baru bukan bermaksud semuanya terus berubah... Tapi sekurang-kurangnya kita dah lebih kuat daripada tahun sebelumnya..Kalau dulu mudah terasa, sekarang belajar diam.Kalau dulu cepat penat, sekarang belajar rehat.Kalau tahun ni ada rezeki lebih, semoga tak lupa berkongsi.Kalau ada ujian, semoga hati tak cepat rebah.
Selamat datang 2026..Semoga kita terus belajar, bukan mengalah.