Makan Tengahari Di Street Food Padang Besar

 Assalamualaikum dan hai semua 

Makan Tengahari Di Street Food Padang Besar Weekend kali ni tak ada aktiviti yang padat sangat, so kami pun ambil peluang jalan-jalan ke Padang Besar.. Pergi sana memang tak target nak shopping apa-apa pun. Tapi biasalah... bila dah sampai Padang Besar, mesti terbeli juga jajan-jajan yang dijual kat sana.. Sambil tu nak tengok juga perkembangan terbaru kawasan Padang Besar sekarang..

Street Food Padang Besar, Nasi daging bakar Dannok Padang Besar, Udang galah bakar Street Food Padang Besar, Pulut mangga Padang Besar, Food hunting

Dah puas berjalan, perut pun mula lapar..CCL singgah lunch dekat Street Food Padang Besar.. Mak dan ayah CCL order nasi goreng ikan masin. CCL sempat rasa sesudu... eh sedap juga! Tak kedekut bahan , rasa dan memang kena dengan selera..

Street Food Padang Besar, Nasi daging bakar Dannok Padang Besar, Udang galah bakar Street Food Padang Besar, Pulut mangga Padang Besar, Food hunting

Street Food Padang Besar, Nasi daging bakar Dannok Padang Besar, Udang galah bakar Street Food Padang Besar, Pulut mangga Padang Besar, Food hunting

CCL dengan adik pulak order nasi daging bakar Dannok. Untuk menu ni, bagi CCL rasanya biasa-biasa ja.. Perapan daging tu tak berapa meresap dan tak berapa juicy macam yang diharapkan. Tapi satu yang memang kena puji, sos daging bakar dia memang sedap. Cicah dengan daging tu memang menambah juga.

Street Food Padang Besar, Nasi daging bakar Dannok Padang Besar, Udang galah bakar Street Food Padang Besar, Pulut mangga Padang Besar, Food hunting

Lepas habis makan nasi, CCL order pulak set udang galah bakar. Yang ni memang approve !! .. Isi udang fresh dan rasa manis dan sedap. Lagi-lagi bila cicah dengan sos dia, memang tak cukup seekor rasanya.

Street Food Padang Besar, Nasi daging bakar Dannok Padang Besar, Udang galah bakar Street Food Padang Besar, Pulut mangga Padang Besar, Food hunting

Last menu, tak lengkap kalau tak ada dessert.. CCL order pulut mangga sebagai dessert Tengahari ni .. Yang ni pun memang sedap! Pulut dia lembut dan berlemak, makan pulak dengan mangga yang manis. Memang ngam dan puas hati.

Alhamdulillah... syukur atas rezeki hari ni. Dapat luangkan masa dengan family .. 

0 Comments

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan