Assalamualaikum dan hai semua
Makan Tengahari Di Street Food Padang Besar Weekend kali ni tak ada aktiviti yang padat sangat, so kami pun ambil peluang jalan-jalan ke Padang Besar.. Pergi sana memang tak target nak shopping apa-apa pun. Tapi biasalah... bila dah sampai Padang Besar, mesti terbeli juga jajan-jajan yang dijual kat sana.. Sambil tu nak tengok juga perkembangan terbaru kawasan Padang Besar sekarang..
Dah puas berjalan, perut pun mula lapar..CCL singgah lunch dekat Street Food Padang Besar.. Mak dan ayah CCL order nasi goreng ikan masin. CCL sempat rasa sesudu... eh sedap juga! Tak kedekut bahan , rasa dan memang kena dengan selera..
CCL dengan adik pulak order nasi daging bakar Dannok. Untuk menu ni, bagi CCL rasanya biasa-biasa ja.. Perapan daging tu tak berapa meresap dan tak berapa juicy macam yang diharapkan. Tapi satu yang memang kena puji, sos daging bakar dia memang sedap. Cicah dengan daging tu memang menambah juga.
Lepas habis makan nasi, CCL order pulak set udang galah bakar. Yang ni memang approve !! .. Isi udang fresh dan rasa manis dan sedap. Lagi-lagi bila cicah dengan sos dia, memang tak cukup seekor rasanya.
Last menu, tak lengkap kalau tak ada dessert.. CCL order pulut mangga sebagai dessert Tengahari ni .. Yang ni pun memang sedap! Pulut dia lembut dan berlemak, makan pulak dengan mangga yang manis. Memang ngam dan puas hati.
Alhamdulillah... syukur atas rezeki hari ni. Dapat luangkan masa dengan family ..






12 Comments
Maaakkkkk....udang galah bakar dengan pulut mangga buat terus terliur!
BalasPadamTahun ni barulah akak berkesempatan ke Padang Besar Street.
BalasPadamSetakat ni dah dua kali makan di sana, cuba kedai berbeza. Ada yang kena selera, ada yang tak kena selera. Biasalah tu kan.
Eh jap, Street Food Padang Besar ni di Padang Besar Street atau bukan? 😄
sy trliur tgk last 2 photo tu...=q
BalasPadamHarapnya balik kampung nanti dapat la pi Padang Besaq ni. Lama dah tak pi. Sekarang org pergi sana bukan utk shopping saja kanz utk JJCM juga.
BalasPadamAlhamdulillah dapat menyantuni mak ayah besar nikmatnya.
alhamdulillah...nikmat yang kita nampak kecil, tapi besar sebenarnya
BalasPadamTeringin nak ke Padang Besar. Bila entah ada rezeki nak ke sana. Sedap pulak nampak daging & udang tu.
BalasPadamKurang perapan tu yang tak syok tu kan. Sos sedap kira boleh cover kekurangan daging bakar tu. Jarang juga nampak udang galah bakar. Memang tak lengkap kalau tak order pulut mangga.
BalasPadamArghh dapnyaa menu semua.. kalau makan street food ni ada yang okkayy ada yang kureng.. tapi kalau rating pembaca tinggi, Sis pun singgah makan .. belum pernah ke Perlis lagi ni
BalasPadamWajib tutup dengan dessert. Sangat kena pilihan pulut mangga tu. 👍
BalasPadamSedapnya udang galah, teringat makan mi bandung udang galah muo hehe
BalasPadamSalam kenal ye CCL, saya datang dari blog Bola Katok
Aghhhhhhhh, sedaaaap niiih kaak 😍😍😍.kalau udang, saya sanggub lah habiskan banyak, asal ingat kolesterol lepas tuh 🤣🤣🤣.
BalasPadamSticky mango rice juga fav saya. Apalagi kalau mangganya betul2 manis
dah nak setahun last pergi Padang Besar. Dok bershopping sikit jajan kat sana, tapi makan dekat Mat Rock Der.
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan