Berkelah Sempena Birthday Rania

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Berkelah Sempena Birthday Rania Dua hari lepas, 30 June 2025 genap 2 tahun umur Rania . Tahun ni sambutan hari jadi Nia kami buat lain sikit , memandangkan Rania baru balik bercuti dari Pulau , Abah & mama Rania dah bawa pergi healing .. so birthday kali ni tema berkelah santai. Bukan kenduri besar, bukan majlis meriah… tapi cukup dengan keluarga terdekat, suasana damai, angin sepoi-sepoi, dan gelak tawa anak-anak bermain. 


Bila ditanya nak sambut birthday Nia kat mana, kami sepakat jom ke pi tempat yang boleh mandi manda tapi bukan waterpark tau .. tempat yang boleh healing-healing sambil dengar kicauan burung, derasan air yang mengalir .  



Bukan saja tempatnya cantik, tenang dan redup, tapi sesuai sangat untuk anak kecil main air cetek dan hirup udara segar. Kali ni, kami raikan Nia secara sederhana tapi penuh dengan kasih sayang dan alam semula jadi Cuaca pun cantik sangat hari tu. Langit biru, angin sejuk, bunyi air mengalir dari air terjun kecil... memang tenang. Bawa tikar bentang tepi sungai,



Suasana Damai di sini Sampai je awal pagi, kami cari port bawah pokok besar, dekat-dekat dengan kawasan aliran air. Tikar dibentang, makanan disusun.



Antara menu berkelah yang dibawa tadi

  • Nasi putih
  • Ayam goreng berempah
  • Masak lemak pucuk ubi & labu
  • Sambal belacan
  • Ulam bunga betik & terung
  • Udang goreng kunyit
  • Ikan goreng
  • Somtam
  • Cekodok pisang


Lepas makan nasi, Nia nampak je air mengalir, terus senyum lebar. Tangan kecik dia sibuk tunjuk-tunjuk, tak sabar nak turun main air. Kasut pun dia buka sendiri. 




Kadang-kadang, tak perlu sambutan besar pun. Cukup dengan mereka yang kita sayang, makanan yang kita suka, dan suasana tenang. Syukur Allah izinkan kami raikan hari lahir Nia dengan cara sederhana tapi bermakna

Selamat hari lahir Nia, semoga kamu terus membesar dalam rahmat Allah, jadi anak yang solehah dan menyenangkan semua yang mengenalmu.

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. happy birthday Nia.

    best berkelah tempat macam tu. tenang je

    BalasPadam
  2. Happy bday dear... #doneterliur tengok semua menu =D

    BalasPadam
  3. Oo sama birthday dengan husband saya. Happy Birthday Rania. Semoga membesar menjadi anak yang solehah, berjaya dunia akhirat. Aamiin..Cantik tempatnya mesra pengunjung tak perlu nak panjat dan jalan jauh. Tempat pun bersih. Sesuai sangat berkelah dan sambut birthday kat sini. Betul tu, sambutan begini pun dah cukup simpan kenangan yang indah untuk di ingati dan spend masa bersama.

    BalasPadam
  4. happy birthday Rania.... semoga menjadi anak yang baik....seronok berkelah sekali sekala..

    BalasPadam
  5. cantiknyaaaa tikarrrrrr tuuu CCL!

    BalasPadam
  6. Wah..seronok nya..bday picnic!

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan