Beli Anak Pokok Sandpaper Dalam Shopee

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Beli Anak Pokok Sandpaper Dalam Shopee Minggu lepas pergi kenduri kesyukuran adik beradik CCL, alhamdulillah majlis meriah. Cuaca pun elok, makanan pun sedap lengkap semuanya. Tapi yang paling mencuri perhatian CCL sebelah rumah jiran adik beradik CCL tu adalah  pokok bunga dekat halaman rumah!

Pokok sandpaper , pokok sandpaper bunga ungu, anak pokok sandpaper, benih pokok sandpaper

Ya, serius. Pokok sandpaper tu berdiri megah di tepi pagar, berbunga ungu kebiruan yang sungguh memikat. Daun dia kasar sikit bila pegang  . CCL baru tahu itu sebab digelar sandpaper vine. Bunganya berjuntai cantik, ala-ala bunga lavender versi tropika. Memang sesuai sangat dijadikan pokok hiasan tepi pagar atau pergola. Macam pokok ni pun, dia panjat elok atas pagar besi. Cantik betul!


Pokok sandpaper , pokok sandpaper bunga ungu, anak pokok sandpaper, benih pokok sandpaper

Rasa macam pergi kenduri tapi balik dengan semangat berkebun. Terus Google nama pokok, harga, dan kat mana nak beli.. memang tak boleh tahan rasa nak tanam sendiri. Info yang sepupu bagitahu benih pokok sandpaper ni ada pada bunganya . Selepas bunga bertukar keperangan , dalam kelopak bunga akan ada biji benih pokok dan boleh disemai . Terus pasang niat nak tanam satu di rumah tapi tak nak anak benih . Nak cari anak pokok , sebab apa tak nak biji benih? Sebab CCL ni jenis kurang sabar tunggu pokok naik. Kalau boleh, beli terus yang dah ada daun, ada batang. Lagi cepat naik, lagi cepat berbunga, lagi cepat puas hati ..

Jadi CCL pun memulakan operasi mencari anak pokok Sandpaper dalam Shopee. taip "anak pokok sandpaper", keluar banyak juga. Harga sekitar RM10  hingga RM30, bergantung saiz dan seller. Sebelum nak beli pastikan baca review dan pilih yang hantar guna bubble wrap atau pos laju pokok, bukan lipat masuk parcel . 


Pokok sandpaper , pokok sandpaper bunga ungu, anak pokok sandpaper, benih pokok sandpaper

Lepas scroll Shopee, akhirnya jumpa seller yang jual anak pokok, siap ramai bagi review bagus. Terus tekan 'Add to cart', Seller tu dari Kedah . So bila difikirkan kalau nak buat penghantaran tidaklah mengambil tempoh masa yang lama dari Kedah ke Perlis  . Anak pokok yang CCL pilih adalah saiz S yang berharga sepasu RM10 . Sempat juga laa add to cart dan checkout dua pasu anak pokok sandpaper . Bila tengok rating dari customer yang pernah beli sebelum ni semuanya rating bagus-bagus . Tunggu je lahhh parcel tu sampai . 



Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. pokok tu nampak unik bila tengok pada gambar memang menarik minat orang nak tengok

    BalasPadam
  2. kakmieja pon admire sungguh dengan bunga ni...pernah tanam tak berjaya lagi. cantik sungguh bila musim berbunga.

    BalasPadam
  3. Pernah naik di FYP saya, cantik betul pokoknya kalau rimbun. Ini yang rasa macam nak beli juga. Cantikkan kalau letak di halaman rumah.

    BalasPadam
  4. Cantiknya bunga warna ungu

    BalasPadam
  5. waaahhhhh cantiknyaaaa pokok sandpaper ni rupanya bila berbunga camtu!

    BalasPadam
  6. Oh baru tahu namanya sandpaper vine. Memang lawa bunga ni... Akk pun berkenan. Ada nampak pokok ni di rumah jiran setaman

    BalasPadam
  7. Pernah nampak kat rumah kampung. Warna pink. Tak pasti pokok jenis sama atau tak.

    BalasPadam
  8. Akak nyer project rose jepun kena hijack dengan Mommy si Brown...dah nak mati semua 5 pasu pokok...tapi x putus asa akak nak cuba lagi sekali...kali ni nak cacakkan lidi banyak- banyak kat pasu...x sabar nak tunggu progress pokok CCL ni...nanti jangan lupa share tau

    BalasPadam
  9. Cantik bunga nya. Lately banyak keluar kawasan, sedih tengok pokok tak bersiram. Kena hold dulu nak beli pokok baru.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan