Back To Normal Setelah 5 Hari Bercuti

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Back To Normal Setelah 5 Hari Bercuti Hari ni secara rasminya CCL kembali ke rutin harian selepas seminggu bercuti. Bangun pagi tadi rasa macam “eh, dah habis cuti ? . Tapi hidup kena teruskan. Alarm pun dah kembali berjasa lepas seminggu dibiarkan sepi. Bila dah mula kerja balik ni, satu benda yang paling mencabar nak ‘catch up’ dengan mood kerja. Cuti seminggu tu bukan main cepat masa berlalu. Tapi bila kerja, sejam rasa macam tiga jam ..

Tadi CCL sempat pandang kalendar eh..dah masuk bulan baru rupanya. Cepatnya masa berjalan. Rasa macam baru je sambut awal tahun. Sekarang dah separuh tahun berlalu. Banyak lagi target belum tercapai. Tapi takpe… perlahan-lahan, asalkan tetap jalan.


Masuk ofis, meja pun masih macam minggu lepas tinggal. Nasib baik tak ada "kejutan" besar. Tapi inbox email memang tak beri muka lah ..  penuh! Sekarang masa untuk CCL kembali fokus. Mood kerja pun perlahan-lahan nak dipanaskan balik. Harap minggu ni berjalan lancar. Doakan semoga CCL semangat untuk kerja kembali menyala Cuma yang tak berapa best… bila nampak kerja yang tertangguh. Tapi tak apa, kita hadap satu-satu. Slow and steady. Yang penting, mindset kena positif.

Jujurnya, walau penat, seronok juga bila hidup kembali berjadual. Ada rutin, ada tujuan. Cuti memang seronok, tapi kerja pun penting. Duit tak masuk sendiri, kan? Kalau ada yang masih bercuti tu, enjoy lah ya. Yang dah kerja balik macam CCL ..Selamat Bekerja ..


Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Sudah cas bateri, mesti penuh tenaga untuk kembali bekerja ni.

    BalasPadam
  2. welcom back ccl 🎉🎉

    BalasPadam
  3. Selamat kembali dan selamat bekerja CCL...

    BalasPadam
  4. Lamanya cuti. Cie kalau naik cuti makin menimbun kerja. Time cuti datang tenang2, masuk je kerja kembali ribut. Hihi

    BalasPadam
  5. Tenaga sudah cas semula...konpom semangat lain macam

    BalasPadam
  6. Moga dipermudah kan semua urusan nya

    BalasPadam
  7. Selamat kembali ke rutin harian CCL.

    BalasPadam
  8. Teruskan bersemangat Lyana. Betul kata kak Amie, bateri dah cas penuh mesti bertenaga nak kembali bekerja. Slow and steady yang penting kerjanya siap.

    BalasPadam
  9. selamat kembali bekerja sis..

    BalasPadam
  10. Kita tak tambah cuti pun...senin dah Mula kerja

    BalasPadam
  11. Kembali dgn lebih bersemangat ye CCL :)

    BalasPadam
  12. Alah bisa tegal biasa. Rutin harian dilakukan hari² nanti siap lah tu. Dah settle kerja, dan rasa nak rehat, kembalilah bercuti... Ye tak? Selamat menjalani ibadah kerja dan jgn stress² ya. Chill and relax aje

    BalasPadam
  13. moga kembali bersemangat lps bercuti ehehe

    BalasPadam
  14. Alamak..MA pun start keja next week mesti bertingkek2 fail 😣

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan