Kenangan Takkan Pernah Hilang, 4 Tahun Tanpa Arwah Tokwan

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Kenangan Takkan Pernah Hilang, 4 Tahun Tanpa Arwah Tokwan Setiap kali bulan Jun datang, hati CCL jadi sedikit sayu. Bukan sebab apa, tapi sebab dalam bulan inilah arwah Tokwan CCL tinggalkan kami empat tahun yang lalu. Walaupun masa dah berlalu, rindu tu tetap tak pernah surut. Masa berlalu, tapi rindu masih di situ. 


Diam tak diam, dah empat tahun Tokwan pergi. Tapi dalam banyak hal, arwah Tokwan tetap ‘ada’. Dalam ingatan, dalam mimpi, dalam setiap cerita yang kami ulang-ulang bila berkumpul.

Kadang bila balik kampung, bila duduk sorang-sorang, terbayang Tokwan tengah duduk depan rumah, pakai kain pelikat dengan singlet putih, genggam rokok daun. Senyum je bila cucu balik kampung . Ada masanya bila hujan renyai-renyai turun petang-petang, teringat Tokwan suka duduk termenung di anjung rumah, hirup kopi panas, tengok langit.

Pemergian Tokwan ajar CCL erti sakitnya kehilangan. Tapi dalam kehilangan tu, kami jumpa banyak kenangan yang jadi penawar rindu. Terima kasih Tokwan, kerana tinggalkan memori yang penuh kasih.


Selamanya dalam hati.

Al-Fatihah.

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. al fatihah buat arwah tokwan

    BalasPadam
  2. Sekejap saja rasanya kan .. Abg dan mak Akk pun dah 5 tahun pergi... Tapi rasanya takde sehari pun tak ingat esp dekat arwah Mak tu 🥹

    BalasPadam
  3. AL-Fatihah buat arwah Tok Wan, kehilangan yg buat kita akan tercari-cari hingga bila-bila

    BalasPadam
  4. Kenangan dan ingatan tu tak kan pernah hilang. Bila mengenangkan kenangan manis tu, tersenyum sendiri. Kalau sedih, auto air mata laju je mengalir.

    BalasPadam
  5. kenangan yang baik pasti akan diingati

    BalasPadam
  6. Moga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman

    BalasPadam
  7. alfatihah buat arwah tokwan

    BalasPadam
  8. Kehilangan yg paling sakit ialah kematian insan tersayang 😢
    Al fatihah buat arwah Tok Wan

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan