Balik Kerja, Baru Nak Serang Juadah Raya

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Balik Kerja, Baru Nak Serang Juadah Raya Aidiladha Kerja tetap kerja, raya tetap raya . Duduk di office terbayang ketupa , lemang, sup daging dan kuih raya sebab pagi tadi memang tak bawa bekal apa-apa ke tempat kerja, setidaknya pagi raya bawa kuih raya. Boleh ka kunyah-kunyah . Ni disebabkan tak sempat, keluar rumah capai handbag sahaja .  


Balik kerja terus pergi rumah sepupu memandangkan rumah sepupu CCL ada buat korban . Terus pergi , sampai di destinasi terus ke meja menu yang disediakan  . Banyak menu yang terhidang, perut tengah laparkan memang tak kuasa lah nak tangkap semua gambar, kangg meleleh air liur pulak, Makan macam seminggu tak makan , nikmat dia lain macam bila perut tengah lapar ni kan. Tapi suapan masih lagi sopan walaupun lapar . Hargai setiap suapan tanpa pembaziran . Tak terburu-buru sambil bersembang dengan adik beradik lain .



Ini antara menu yang ditunggu-tunggu tiap kali Aidiladha . Gearbox !!  Gearbox berdiri tegak, asap naik melayang baru keluar dari periuk . Hiris-hiris supaya senang nak makan, letak perahan limau purut sikit  . Tabur daun sup ..hirup dengan kuah panas-panas, sedut sumsum  memangggg surrrr layang dengan cuaca petang pulak hujan renyai kan . 

Raya tak semestinya pagi raya sahaja. Bila kita ada berkumpul sama-sama , duduk sama-sama, makan beramai-ramai . Itu pun salah satu rezeki besar 


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Paling best raya kalau dpt berkumpul sambil bersembang2...

    BalasPadam
  2. waktu raya paling mahal bila berkumpul sesama keluarga

    BalasPadam
  3. paling best dpt berkumpul dgn adik brdik semuaaaa

    BalasPadam
  4. betul.....dpt berkumpul ramai tu dah raya sgt dah tu..alhamdulillah
    emm..menu nya sedap, sup tu..terbayang2 plak..

    BalasPadam
  5. Gearbox tu kan..... sedapnya

    BalasPadam
  6. Sedapnya Gearbox...akak blom makan lagi gearbox raya kali ni

    BalasPadam
  7. Sedap tu menikmati sup gearbox panas-panas. Isi daging pula lembut. Saya tak pandai nak sedut isinya tu. Makan daging dan hirup sup je lah. Menu ni lah yang dinantikan setiap kali hari raya korban kan.

    BalasPadam
  8. Sedapnya gearbox! Jarang2 dapat makan menu ni

    BalasPadam
  9. Sup gearbox tuh saya pun sukaaaaaa 😍😍😍😍. Sup ulang sumsum kalo di sini. Sumsum nya itu lagi, paling suka. Biasa disediakan straw utk sedot sumsum di dalam tulang ❤️

    BalasPadam
  10. Setuju sangat. Dapat meraikan dengan keluarga pun, sudah cukup happy. Lagi-lagi ada makanan sedap-sedap, bertambah happy.

    BalasPadam
  11. sedapnyaaaaa gearbox tu CCL!!!! Raya kali ni tak de rezeki merasa daging korban :(

    konsep raya potluck hari tu pun makan ayam saja...

    BalasPadam
  12. Hehe waktu raya haji ini banyak makan daging. Nikmat.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan