Outfit Raya Pertama Aidiladha

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Outfit Raya Pertama Aidiladha  Pagi raya , alarm jam pukul 5.30 pagi  dah berbunyi bukan hanya lagi raya sahaja , memang setiap hari CCL akan set alam 5.30 pagi . Bangun awal bukan untuk siapkan juadah raya, sebaliknya kena on duty pukul 7 pagi . Begitulah cerita CCL kena kerja pagi raya . Bukan tak biasa tapi sudah terbiasa . Bangun dengan semangat luar biasa . Baju dan tudung memang dah iron dari semalam lepas balik dari kerja . Risau kalau terbangun lewat, jadi kalut dengan persiapan semua . Pagi raya nak pakai cantik-cantik . Bukan cantik untuk dipandang oleh lelaki tapi pakai cantik-cantik untuk diri sendiri . 


Selalunya kalau raya Aidiladha ni masing-masing akan repeat untuk pakai baju raya puasa haritu . CCL baru teringat ada sepasang baju dari collection Jemels.co yang belum pakai . Masih lagi belum buka plastik , masih belum lagi buka tagging .  Baju kurung moden berwarna pastel ni CCL beli tahun lepas lagi . Time tu ada sales, so harga turun why not untuk beli kan . Material kain pun memang sangat selesa . 


Brand Jemels.co ni  juga antara salah satu brand yang selalu CCL pakai untuk setiap tahun . Design-design memang cantik  . Keluaran Jemels.co ni memang banyak keluarkan warna-warna pastel yang cantik . 

Dah bersiap cantik-cantik , dah sarung baju kurung moden dari Jemels.co ni dah tiba masanya untuk CCL lilit-lilit tudung . So far dah lama tau CCL tak pakai shawl , lebih suka pakai tudung bawal . Pagi raya ni CCL mengenakan tudung bawal dari LeeyanaRahman . Code pistachio . Material tudung sedikit lembut.  So awning tu memang susah sikit la nak on point macam biasa .. tudung tak nak bagi kerjasama . 

So ya .. tudung mungkin tak jadi, tapi senyum tetap jadi . Raya tetap raya . 


Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Cantiklah corak baju ni. Sesuai gabungan warna-warna pastel. Sepadan pula tu dengan warna tudung. Berseri-seri di pagi raya.

    BalasPadam
  2. Raya tetap raya.. Walaupun bekerja...selamat hati raya CCL

    BalasPadam
  3. cantik corak baju...ini kalau isteri Taufik tengok ni konpom kena Pau hihihi

    BalasPadam
  4. cantiks nya...sweet jer warna nya pun
    MA dulu pun .. memang biasa sgt bila kena kerja di hari cuti ni....sekarang je dah keja kerajaan dpt la cuti setiap kali cuti

    BalasPadam
  5. Cantik dan lembut warnanya..akak pun ada sepasang dari jenama Jemels ni..selesa kainnya...Salam Aidiladha CCL

    BalasPadam
  6. Nampak nice baju... sopan gituu

    BalasPadam
  7. Bagi penggemar warna pastel pasti sukaaaa nih. Lembut warnanya. Yg berkulit terang cocok memang. Saya kurang kalo pastel, sebab kulit saya tanned sikit 😄. Jadi kurang sesuai pakai warna pastel.

    BalasPadam
  8. Wah, baju baru di hari raya korban. Barulah semangat untuk bertugas. Lembut warnanya.

    BalasPadam
  9. cantiknyaaa warna dan corak bajunya. Kain pun nampak selesa betul.

    BalasPadam
  10. Cantik kombinasi warna baju kurung itu.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan