Assalamualaikum dan salam sejahtera
Nasi Tomato Ayam Masak Merah & Ketupat Rendang Cerita ni kelmarin, Raya ketiga baru CCL offday . Orang lain pagi raya dah beraya sakan dengan keluarga dan sanak-saudara . CCL raya ketiga baru nak feel-feel raya .. tak kisahlah lambat sikit yang penting raya !! Cuma lately ni cuaca kejap-kejap hujan . Kawasan uguys hujan tak ?
Tengahari kelmarin hujan turun renyai-,renyai .. seharian memang tak pergi mana . Disebabkan raya pertama dan raya kedua masing- masing keluar beraya . So raya ketiga lah baru nak masak hidangan juadah raya untuk tetamu yang datang . Open house kecil-kecil .
Hidangan utama adalah nasi tomato bersama ayam masak merah . 100% air tangan mak CCL , CCL hanya tolong sediakan bahan-bahan sahaja . Ok lah kan at least tolong juga di bahagian dapur . Nasi tomato bersama ayam masak merah ni request dari adik CCL . Cuma acar timun yang dimakan bersama nasi tomato itu sahaja 100% air tangan CCL . Menu simple sahaja, tapi bila masa makan tenang-tenang , air tangan mak ni terus rasa macam hidangan hotel lima bintang gitu . Hujan renyai di luar rumah , wangi nasi di dalam rumah , nikmat apa lagi nak didustakan .
Side menu lain yang terlupa nak snap gambar , nasi putih , sup daging bersama air asam perut . Sup daging memang mak CCL dah siap rebus malam raya kedua tu , so keesokkan pagi cuma letak bahan-bahan sup sahaja . So tak perlulah tunggu daging dan tulang tu terlalu lama untuk empuk .
Raya Aidiladha ni ketupat 100% air tangan dari mak . CCL hanya tolog bukakan daun palas sahaja . Raya puasa haritu ada juga beli ketupat frozen untuk tambahan . Raya Aidiladha kali ni mak dah buat banyak . So elakkan pembaziran . Makan ketupat cicah rendang, serunding daging .
Lain-lain side menu ada pencuci mulut , CCL sempat juga buat sedikit puding karamel . Ada kek coklat lembab dan kek marble tempah dengan kawan . Ada la sikit-sikit kuih raya . Ini pun lupa nak snap gambar .. kesibukkan apakah itu .haha .
Alhamdulillah , walaupun hidangan tak adalah nak istimewa sangat, tak ada menu banyak-banyak tapi alhamdulillah dapat mengenyangkan perut tetamu yang datang kelmarin .
9 Ulasan
Salam aidiladha
BalasPadamSelamat menjamu selera
Terliur pulak tengok ketupat tu. Sedapnya.
BalasPadamTengok pun sudah tahu menyelerakan .... Mantappp.
BalasPadamSaya pun tak raya kemana -mana pun. Sedapnya nasi tomato air tangan mak kita kan. Kita tolong mana yang patut. Ketupat palas tu pun sedap. Tambah lagi sedap bila buat sendiri.
BalasPadamana pun takde ke mana sgt. sedara dtg rmh je hehe
BalasPadamBaru2 ni hujan dan ribut sampai pokok patah
BalasPadamAlhamdulillah...sedapnya...kat rumah pun ada ketupat palas MIL bekalkan, ahad nanti lah masak rendang daging, nak gu kan dengan ketupat...
BalasPadamMemang kalo dah buatan mama, terpaling sedaap lah. Beruntung sangat orang2 yang masih tinggal dengan mama nya. Tiap saat masih bisa merasakan masakan mama tersayang.
BalasPadamSaya nanti nak puas2 makan masakan mama saat ke Medan akhir bulan ini 😄. Dah lama juga tak merasa.
Sedapnya menu raya CCL...
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan