Assalamualaikum dan hai semua
Sambal Nyet Bilis Khairul Aming Dah Sampai! Awal 5 Oktober yang lepas, CCL ada share cerita berjaya battle combo Sambal Nyet Bilis Khairul Aming. Tapi biasalah, combo yang CCL dapat tu pre-order tau!. Faham sangat dengan lambakan order yang masuk, mestilah team KA perlukan sedikit masa untuk uruskan semua pesanan sebelum boleh dipos kepada pelanggan. Jadi, CCL pun kenalah bersabar menunggu parcel sampai ke rumah.
Alhamdulillah, dua hari lepas akhirnya Sambal Nyet Bilis yang ditunggu-tunggu dah selamat sampai.. Yeayyy! Sekali berjaya battle, terus dapat combo 4 botol Sambal Nyet Bilis.. Paling best, harga masa battle tu CCL dapat 4 botol dengan harga RM43 sahaja! Berbaloi jugalah sebab dapat harga combo macam ni.. Dalam parcel tu, ada terselit sekali sekeping postcard daripada Khairul Aming. Bolehlah simpan buat kenangan..
Setiap botol Sambal Nyet Bilis ni berat bersih 180g.. Mujurlah sepanjang proses penghantaran, tak berlaku sebarang kejadian botol pecah atau sambal bocor.. Dari segi pembungkusan pulak ,team KA balut setiap botol dengan bubble wrap yang agak tebal. Walaupun parcel CCL tak diletakkan dalam kotak, balutan bubble wrap tu membantu melindungi produk sepanjang perjalanan..Lega hati CCL bila buka parcel dan tengok semuanya selamat..
Macam produk makanan yang lain, Sambal Nyet Bilis ni pun ada label yang memaparkan maklumat produk, termasuk senarai ramuan dan cara penyimpanan.Bagi CCL, maklumat macam ni memang penting supaya kita tahu apa yang terkandung dalam produk yang dibeli. Cara penyimpanan pun kena ambil perhatian supaya sambal boleh disimpan dengan betul selepas dibuka.
Kalau tengok pada label balang, ada penerangan ringkas tentang Sambal Nyet Bilis yang diinspirasikan daripada cita rasa orang lama. Gabungan beberapa bahan utama ini dikatakan menghasilkan aroma harum dan rasa yang membangkitkan nostalgia.. Sedikit cerita tentang penghasilan Sambal Nyet Bilis yang menggabungkan cili hijau segar, ikan bilis, tomato dan belacan. Menarik juga bila produk makanan bukan sekadar ada nama dan ramuan, tetapi turut berkongsi inspirasi di sebalik rasanya.
Sekarang ni tinggal satu perkara saja yang belum selesai, iaitu nak buka botol dan rasa sendiri macam mana Sambal Nyet Bilis Khairul Aming ni..Macam mana pulak rasanya? Pedas menyengat ke, cukup rasa bilisnya atau ada keistimewaan tersendiri?InsyaAllah, dalam entri seterusnya CCL akan kongsi feedback selepas makan Sambal Nyet Bilis Khairul Aming. Baru boleh cerita pengalaman sendiri, kan?
Uguys yang dah pernah cuba Sambal Nyet Bilis ni, apa pendapat uguys? Sedap ke tak? Jomlah kongsi pengalaman masing-masing di ruangan komen. CCL nak baca juga!





0 Comments
tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan