Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kawan Racun Beli ANAS Lipmatte Masa Sale !! CCL ni asalnya tak plan pun nak any lipmatte, sebab lipmatte yang sedia ada masih lagi banyak . Niat tue nak habiskan satu persatu dulu barulah nak topup lipmatte baru. Lipmatte yang kawan CCL bagi sempena hadiah birthday tu pun belum pakai lagi , tapi itulah… kawan punya pasal. Dia share link kat WhatsApp, siap tulis
“Weh, ANAS lipmatte tengah SALES! RM6.60 je. Aku dah borong 5 warna!.
Dalam hati, "Eh murahnya…memang setiap kali jumpa CCL dia akan bersembang topik skincare , topik barang-barang makeup . Lepas tu dia hantar gambar swatch lipmatte kat tangan. Aduh, bila tengok setiap swatches lipmatte tu terus cair! . Memang taktikal dia menjadi. Bila ada sales dan orang terdekat dah beli, kita pun rasa rugi kalau tak ikut sama. Maka CCL pun terbeli… dua batang lipmatte ANAS masuk troli Tiktok.
CCL bukan jenis yang rajin tukar-tukar lipmatte. Lipmatte yang sedia ada sekarang ni pun ada dalam empat ke lima batang macam tu . Tapi bila kawan meracun ajak beli ANAS Velvet Matte Lipstick, rasa nak cuba tu makin membuak. Lagi-lagi bila ternampak promo harga RM6.60… terus rasa, “Okay, try satu dulu!” tapi kan tercheckout dua .hahaahaa. CCL pilih code Orked dan Melor. Beli dalam Tiktok masa sales 6.6 hari tu .
3 hari lepas bila barang sampai , senyum lebar. Rasa macam dapat hadiah! Siap unboxing dengan senyum sorang-sorang. Kawan CCL pun gelak
“Kan aku dah cakap best?” Yes, dah berjaya racun CCL beli ANAS lipmatte . CCL pun redha jer lahhh best ke tidak lipmatte ni CCL belum cuba, hanya baru unboxing parcel sahaja dulu .. korang pernah cuba ke ANAS lipmatte ni ??
20 Ulasan
Hey...Kak SA suka dan ada beberapa lip matte keluaran Anas ni...tapi promo kali ni akak terlepas la..sayangnyaaaa...
BalasPadammcm nice je ni..
BalasPadambetul..MA puns etiap kali brg yg kita order sampai..excited sgt
Tak pernah cuba. Awat tak calit sikit, kita pun nak tengok juga kaler dia camne. Eh, tak payah, tak payah. 🙈
BalasPadamTak pernah la pulak try brand ni. .tapi lipmatte akk pun dah nak habis ni. Nak kena beli baru nampaknya
BalasPadamhahaha..racun itu benar ihihihihihi
BalasPadambff mmg suka merachunnnn hehehe
BalasPadamTak pernah tapi rasa nak try lah.
BalasPadamUish.. murah sangat tu.. berbaloilah..
BalasPadamasalkan boleh kawal perasaan hihihihi
PadamDah teracun juga huhuhu....tapi time tu beli 2 lipstick dan 2 lip balm RM20. Adehhhh.....teracun dek Anas ni.
BalasPadamAlamak, macam kita pun dah teracun jugak ni. Saya tak pernah lagi beli ANAS lip matte ni.
BalasPadamSaat dulu masih kerja, saya paliiiiing tak tahan godaan dengan lipstik. Pasti tiap bulan beli. Walaupun lipstik lama blm habis. Sejak dah tak kerja, barulah ada rem sikit 😄.
BalasPadamTapi saya masih suka dengan lipstik kak. Cuma karena bibir saya agak kering, jadi tak pernah beli matte lagi. Sekalinya lip tint, lip oil yg berwarna, atau lipstik yg velvet.
kalau tidak di kawal boleh kosong dompet
PadamKawan racun macam ni takpe, jangan racun bebetul.. Hehe
BalasPadamkalau racun betul naya...kiok terus
PadamLinda suka tengok lipmatte.. Tapi tak reti nak pakai... Tu yg setia dengan gincu jenis batang je.. Senang nak calit
BalasPadambelum pernah cuba lagi line dari ANAS ni. SS punya lipstick memang lambat betul nak habis. Biasa beli Wardah punya.
BalasPadamKita ada gak brand ni. Bestttt
BalasPadamHaha pengaruh kuat.
BalasPadamSetakat ni tak terpengaruh beli jenama ANAS ni sebab kita punya produk utk bibir dah ada banyak. Tapi taktahula akan datang cm mne kan hehe. Perempuan tak cukup satu 😂😝
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan