Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kawan Racun Beli ANAS Lipmatte Masa Sale !! CCL ni asalnya tak plan pun nak any lipmatte, sebab lipmatte yang sedia ada masih lagi banyak . Niat tue nak habiskan satu persatu dulu barulah nak topup lipmatte baru. Lipmatte yang kawan CCL bagi sempena hadiah birthday tu pun belum pakai lagi , tapi itulah… kawan punya pasal. Dia share link kat WhatsApp, siap tulis
“Weh, ANAS lipmatte tengah SALES! RM6.60 je. Aku dah borong 5 warna!.
Dalam hati, "Eh murahnya…memang setiap kali jumpa CCL dia akan bersembang topik skincare , topik barang-barang makeup . Lepas tu dia hantar gambar swatch lipmatte kat tangan. Aduh, bila tengok setiap swatches lipmatte tu terus cair! . Memang taktikal dia menjadi. Bila ada sales dan orang terdekat dah beli, kita pun rasa rugi kalau tak ikut sama. Maka CCL pun terbeli… dua batang lipmatte ANAS masuk troli Tiktok.
CCL bukan jenis yang rajin tukar-tukar lipmatte. Lipmatte yang sedia ada sekarang ni pun ada dalam empat ke lima batang macam tu . Tapi bila kawan meracun ajak beli ANAS Velvet Matte Lipstick, rasa nak cuba tu makin membuak. Lagi-lagi bila ternampak promo harga RM6.60… terus rasa, “Okay, try satu dulu!” tapi kan tercheckout dua .hahaahaa. CCL pilih code Orked dan Melor. Beli dalam Tiktok masa sales 6.6 hari tu .
3 hari lepas bila barang sampai , senyum lebar. Rasa macam dapat hadiah! Siap unboxing dengan senyum sorang-sorang. Kawan CCL pun gelak
“Kan aku dah cakap best?” Yes, dah berjaya racun CCL beli ANAS lipmatte . CCL pun redha jer lahhh best ke tidak lipmatte ni CCL belum cuba, hanya baru unboxing parcel sahaja dulu .. korang pernah cuba ke ANAS lipmatte ni ??
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pasang Langsir Raya Tahun lepas tak tukar langsir raya, langsir sedia ada masih elok diguna . Tahun ni mak CCL decide untuk tukar langsir raya . Penangan tengok dekat Tiktok, mak CCL minta adik CCL orderkan untuk pasang raya ni .
Harga sehelai langsir ni murah bawah RM10 mak CCL bagitau . Kualiti kain pun ok tak nipis sangat tak tebal sangat . Design pun lawa .pandai juga mak CCL pilih ni . Satu bahagian tingkap ni kena guna 3 helaian kain langsir , barulah nampak alunan yang cantik . Langsir ni kalau nak basuh guna mesin basuh pun ok, sebab tak tebal sangat kain tu, kalau langsir sebelum ni kain agak tebal juga kalis cahaya sikit , tapi nak basuh guna mesin basuh kena letak sehelai deni sehelai kalau nak betul-betul bersih .
Balik kerja beberapa hari lepas tengok langsir dah bertukar wajah . Hasil pemasangan mak bersama adik CCL . Langsir berwajah baru ..
You guys dah tukar langsir ? Atau pakai langsir yang sedia ada ?
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Madonna Kurung Moden Printed Sulam By Iris Rafael Kali ni teracun dengan live Tiktok Iris Rafael, tengah-tengah scroll ke bawah dia hadir dengan live tengah jual baju kurung ya gaisss .. terhenti dan terlayan live tiktok beliau . Bukan itu sahaja tauu CCL terbeli juga sepasang baju kurung moden dari tiktok Iris Rafael .
Alasan teracun dengan live tiktok Iris Rafeal ni .
- Corak printed yang cantik
- Gabungan warna yang cantik & warna yang agak limited
Itulah dua alasan yang tidak mampu CCL tepis . Hahahaa.. selain dari design bunga printed pada baju tu .gabungan warna pada baju ti bagi CCL memang limited . Sebab apa limited sebab warna kuning cair ni jarang-jarang sekali nak ada .. so why not untuk tambah koleksi baju kurung kan ..
Baju kurung moden ni memang sangat-sangat selesa . Pilihan saiz CCL semestinya saiz S . Material kain SB line , tak panas, tak jarang paling penting senang iron tau . Ada zip bahagian belakang baju dan juga ada butang pada bahagian leher hadapan baju .
Mempunyai sulaman pada bahagian hujung lengan baju dan juga sulaman pada bawah baju . Ada juga belahan pada bahagian tengah belakang baju kurung moden ni . Ada dart pada bahagian depan dan belakang baju .
Kain pula, hadir dengan separa getah . Ada zip pada sebelah kiri dan kain senyum . Turut ada juga sulaman pada bahagian kaki kain .
Ada pelbagai warna yang rambang mata tau .. berkenan baju kurung sulam dari Iris Rafael ni pergi beli sekarang di Tiktok @irisrafaelhq . Harga mampu milik tau bawah dari RM100 korang dah boleh dapat kurung moden printed dengan bersulam ni ..
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Beli ' Minyak Jungle Girl ' Di Tiktok Lately ni memang minyak Jungle Girl ni tengah viral di platform Tiktok . Minyak Jungle Girl ni merupakan produk minyak herba hutan yang dibuat oleh wanita orang asli suku Jahut. Rata-rata ramai yang bagi feedback yang positif mengenai keberkesanan minyak ni . CCL pun teracun juga la untuk mencuba . Memang beli direct dari tiktok beliau . Dua botol ni dengan harga RM35 sahaja .
Minyak Jungle Girl yang original . Ada juga tau jual yang fake, beza dari segi botol dan juga dari segi kepekatan minyak . Yang CCL beli ni of course la yang original .
Bila ramai yang tinggalkan feedback yang best-best ,CCL pun tak sabar juga la nak cuba . First cuba minyak Jungle Girl ni kepekatan minyak herba ni memang sangat pekat kehitaman , tiada bau yang kurang enak . CCL cuba sapu pada bahagian belakang badan , bahagian bahu, bahagian kaki . urut menggunakan minyak ni rasa hilang sengal-sengal badan . Minyak tiada tak bagi effect panas pada badan tau . So seisi keluarga boleh guna dari bayi sehingga ke orang dewasa . Minyak ni juga cepat meresap ke dalam kulit , tak tanggalkan kesan berminyak .
Hari ada luka melecur sikit pada bahagian muka CCL . Tiga hari sapu minyak Jungle Girl ni terus bagi kesan yang sangat cepat . Luka cepat sembuh .
Minyak herba ni banyak kegunaannya . U guys wajib tau ada minyak Jungle Girl ni satu di rumah .