Tenangnya Pagi Muharam

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Tenangnya Pagi Muharam Awal Muharam datang lagi. Alhamdulillah, diberi kesempatan oleh Allah untuk melangkah ke tahun baru dalam kalendar Hijrah — 1447H. Bagi CCL awal Muharam membawa makna yang lebih dalam bukan sekadar penukaran tarikh, tapi satu peluang untuk muhasabah diri. Tengok balik setahun yang lepas apa yang dah berjaya dibuat, apa yang masih tersangkut, dan apa yang patut diperbaiki.


Pagi tadi suasana tenang je. Langit pun macam lebih redup dari biasa. Lepas subuh pagi tadi sambil-sambil sidai baju di ampaian luar rumah, ambil peluang duduk hirup udara pagi uang segar sambil tenung langit. Kadang-kadang kita tak perlu pun benda mewah untuk rasa bahagia. Cukup dengan waktu yang tenang dan hati yang lapang.

Sempena tahun baru Islam ni, CCL doa semoga Allah beri kekuatan untuk jadi insan yang lebih sabar, lebih bersyukur, dan lebih kuat semangat. Hidup ni ada naik turun, tapi selagi kita berpaut padaNya, insyaAllah semuanya dipermudahkan.

Selamat menyambut awal Muharam 1447H buat semua. Moga tahun baru ini membawa lebih banyak ketenangan, rezeki, dan kasih sayang dalam hidup kita. 

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Salam Maal Hijrah. Semoga tahun baru ni kita dapat upgrade diri ke arah lebih baik.

    BalasPadam
  2. Salam Maal Hijrah. Sejuk dan tenang pagi. Alhamdulillah...Semoga yang baik-baik dikedepannya. Aamiin...

    BalasPadam
  3. Aamin..
    Salam Maal Hijrah buat CCL.. semoga kita menjadi lebih baik Dari sebelumnya..

    BalasPadam
  4. Salam Maal Hijrah, ye. Semoga kita dapat istiqomah perbaiki diri kita menjadi lebih baik. Aminn...

    BalasPadam
  5. aamin. moga yang baik baik je untuk tahun baru ni buat kita semua

    BalasPadam
  6. Betul tu CCL, dengan menjelmanya tahun baru hijrah ni sedikit sebanyak membuatkan kita lebih bersemangat untuk memperbaharui azam kita. Semoga istiqomah kearah kebaikan semua...amin ya rabbal a'lamin....

    BalasPadam
  7. moga tahun hijrah kalini membawa lebih kebahagiaan utk kita aminn

    BalasPadam
  8. Moga tahun baru ni lebih baik dr tahun2 yg lepas...aamiin

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan