Bun Cheese Gula Gebu-Gebu,

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Bun Cheese Gula Gebu-Gebu, Setiap pagi bukan semua orang ada masa nak sediakan nasi lemak, roti jala atau sandwich telur. Kadang mata pun masih separuh terbuka. Tapi perut tetap lapar. Masa itulah menu paling senang pun rasa macam menu hotel, ada roti sahaja cukup untuk kenyangkan perut buat seketika waktu ..


Bun cheese gula, roti cheese gula

Pagi ni CCL sarapan dengan roti cheese gula, menu yang confirm boleh buat mood pagi terus ceria. Bayangkan bau roti yang tengah dibakar, lepas tu letak sekeping cheese yang dah diparut, biar cair sikit… tabur gula halus atas tu. Fuhhh… rangup, leleh, manis  semua cukup rasa. Simple je, tapi puas hati! Setiap kali CCL makan roti cheese gula, terus rasa macam balik zaman sekolah. Masa tu, mak suka buatkan roti bakar dengan marjerin dan gula. Sekarang dah besar, upgrade sikit tambah cheese! Kombinasi lemak masin dari cheese dan manis dari gula buat tekak rasa puas. Tapi roti cheese gula ni tak buat sendiri , beli di kedai sahaja ..Simple tapi sedap! makan sambil tengok sinaran pagi dari luar tingkap, dengan kopi O, teh O panas.. Roti ni mungkin biasa, tapi nikmat dia luar biasa.

Kadang kita tak perlukan sarapan mewah pun. Cukup dengan sekeping roti, cheese dan gula pun dah cukup untuk buat kita senyum pagi-pagi.

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Bagus betul CCL racun dengan roti keju bergula😅

    BalasPadam
  2. tudiaaaa....tembam tembam hihihi...konpom lembut rasa nya

    BalasPadam
  3. Sama ngan akak la sekarang...pemakanan ak kena jaga...so kena berhati2 makan..sekarang sarapan hanya sekadar alas perut untuk waktu pagi...

    BalasPadam
  4. Betul tu Lyana, roti cheese gula dapat cicah dengan kopi panas sedap betul menikmatinya.

    BalasPadam
  5. dulu antara feveret say jugak ni, cheese bun.. tapi semenjak develop ellergik roti, dah x boleh nk makan dah.. hehehehe

    jemput join segmen di blog saya ya..

    BalasPadam
  6. sedap kan gabungan keju dan gula kat roti tu

    BalasPadam
  7. boleh terbayang bau harum wangi roti dan cheese sampai ke sini...nikmat kecil yang boleh menenangkan jiwa dan mengenyangkan perut....

    BalasPadam
  8. mmg naik mood bila sarapan roti gebu cmni hehehe

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan