Pagi di Office: ZUS Coffee & Biskut Jadi Peneman

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Pagi di Office : ZUS Coffee & Biskut Jadi Peneman Selamat pagi Isnin !! Selamat  bekerja !! . Pagi ini bermula dengan cukup sederhana tapi cukup membahagiakan. Bangun dengan udara segar, buka langsir nampak langit cerah hari yang baik untuk mulakan dengan sesuatu yang menyenangkan. Awal pagi ni  macam biasa penuh dengan tugasan kecil yang perlu diselesaikan segera. Alhamdulillah, selesai dengan lancar sebelum jam 10 pagi.Ada saki baki tugasan lain sambung kejap lagi .  

Lepas tu , CCL rasa macam nak ‘reward’ diri sendiri sikit. Jadi, tanpa fikir panjang, CCL terus order ZUS Coffee melalui app. Hot Spanish Latte menjadi pilihan CCL untuk pagi ni ... Bau kopi yang cukup beraroma dan cukup buat mata terus segar. Sambil tunggu kopi sampai, CCL sempat kemas meja kerja, susun semula fail-fail dan tarik nafas lega. Bila rider sampai, terus rasa excited macam dapat surprise kecil untuk diri sendiri .. 


Kopi sampai, untuk teman minum , CCL terus duduk santai  sambil cicah biskut dalam kopi…ambil beberapa keping biskut rangup, lemak manis cukup sempurna dicicahkan dengan kopi panas biar dia serap perlahan-lahan, lembut sikit, kemudian masuk mulut. Ya Allah, nikmat dia lain macam. Simple je, tapi itulah moment yang buat CCL senyum sorang-sorang dekat office pagi ni .. Cukup dengan kopi yang sedap dan biskut yang boleh dicicah.

Kadang-kadang, tak perlu sarapan berat pun untuk buat pagi terasa ‘complete . Kadang secawan kopi & biskut pun dah cukup buat hari rasa lebih baik. 

Uguys breakfast apa pagi ni ?


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Selamat pagi Isnin CCL!
    Memang kalau dapat order tu dia punya happy kadang rasa macam nak menari. Betapa simplenya kebahagian tu kan...

    Pagi ni SS sarapan biskut Munchy. Air belum dibeli lagi. Tengah ambil mood pagi Isnin sambil dengar lagu dari Taeyang...

    BalasPadam
  2. Sedapnya menikmati secawan kopi Spanish latte panas. Makan dengan biskut. Walaupun ringkas tapi cukup menggembirakan sebab ada kopi. hihi..
    Pagi ni breakfast bihun goreng Singapore dan air barli suam.

    BalasPadam
  3. Linda masak macaroni+spiral goreng je

    BalasPadam
  4. Waalaikumsalam. Tadi makan temosa 😋😋. Betul kena reward diri sendiri bila perlu.

    BalasPadam
  5. sama la kita..MA pun bertemankan zus pagi ni..hot americano

    BalasPadam
  6. perhh nikmat lain macam layan secawan kopi hihihihi

    BalasPadam
  7. Dulu ada fast food chain nama White Castel... ingat tak?

    BalasPadam
  8. Akak dah x leh minum kopi buat sementara waktu..sampai keadaan tekanan darah akak jadi normal semula....

    BalasPadam
  9. Sedapnya
    Gabungan biskut dengan rasa yang lemak dengan kopi
    Perghhh.

    BalasPadam
  10. Nikmat itu lepas penat kerja hargai diri dengan benda yang kita suka.

    BalasPadam
  11. secawan kopi mmg cukup untuk naikkan mood waktu sarapan hehehe

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan