Assalamualaikum dan hai semua
Teracun Dengan Pinduoduo! Rasanya ramai yang dah tau tentang apps shopping online Pinduoduo ni kan? Kawan-kawan CCL kat tempat kerja ni pun ada yang dah mula bercerita, siap tunjuk barang-barang yang dibeli. Katanya harga barang kat Pinduoduo ni murah-murah belaka... Masa tu CCL buat tak tahu je. Memang tak ada niat pun nak godek-godek apps Pinduoduo tu..
Tapi biasalah, racun ni kalau datang bukan sekali.. Datang sikit-sikit, lama-lama melekat jugak... Hahaha. Bila CCL dah mula tengok harga barang yang dijual kalau nak dibandingkan dengan platform shopping online lain, memang nampak perbezaannya... Pinduoduo ni boleh tahan murah tau! Ada barang yang harganya jauh lebih rendah berbanding Shopee..
Tak kisahlah kalau CCL nak beli barang murah-murah sekalipun, yang paling best mestilah free shipping.. Haaa, siapa tak suka kalau tak perlu bayar kos penghantaran kan? ...Cuma kena ingat, barang ni datang dari luar negara. Jadi kalau uguys jenis tak sabar tunggu parcel, mungkin kena fikir dua tiga kali kot sebelum nak checkout.. Hahaha. Sebab penghantaran semuanya mostly dari luar negara ..bukan beli hari ni, esok dah boleh pegang barang tau. Kena bagi masa untuk barang tu sampai ke tangan kita..
Sekarang ni CCL dah ada 4 barang yang sedang menunggu giliran untuk dihantar. Apa yang CCL beli? Rahsia dulu.. Nanti bila barang dah sampai, bolehlah CCL buat cerita dan tunjuk hasil shopping dekat uguys pulak..Yang penting, harga memang nampak murah berkali ganda kalau nak dibandingkan dengan platform Shopee.
Paling tak boleh tahan, ada kawan CCL yang tengah menunggu sampai 30 parcel dari Pinduoduo. Mak oiii! Banyaknya order! Hahaha. Agaknya apa yang dibeli sampai berpuluh-puluh parcel? Mentang-mentanglah harga murah, rambang mata dibuatnya.



0 Comments
tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan