Assalamualaikum dan salam sejahtera
Nasi Tomato Ayam Masak Merah & Ketupat Rendang Cerita ni kelmarin, Raya ketiga baru CCL offday . Orang lain pagi raya dah beraya sakan dengan keluarga dan sanak-saudara . CCL raya ketiga baru nak feel-feel raya .. tak kisahlah lambat sikit yang penting raya !! Cuma lately ni cuaca kejap-kejap hujan . Kawasan uguys hujan tak ?
Tengahari kelmarin hujan turun renyai-,renyai .. seharian memang tak pergi mana . Disebabkan raya pertama dan raya kedua masing- masing keluar beraya . So raya ketiga lah baru nak masak hidangan juadah raya untuk tetamu yang datang . Open house kecil-kecil .
Hidangan utama adalah nasi tomato bersama ayam masak merah . 100% air tangan mak CCL , CCL hanya tolong sediakan bahan-bahan sahaja . Ok lah kan at least tolong juga di bahagian dapur . Nasi tomato bersama ayam masak merah ni request dari adik CCL . Cuma acar timun yang dimakan bersama nasi tomato itu sahaja 100% air tangan CCL . Menu simple sahaja, tapi bila masa makan tenang-tenang , air tangan mak ni terus rasa macam hidangan hotel lima bintang gitu . Hujan renyai di luar rumah , wangi nasi di dalam rumah , nikmat apa lagi nak didustakan .
Side menu lain yang terlupa nak snap gambar , nasi putih , sup daging bersama air asam perut . Sup daging memang mak CCL dah siap rebus malam raya kedua tu , so keesokkan pagi cuma letak bahan-bahan sup sahaja . So tak perlulah tunggu daging dan tulang tu terlalu lama untuk empuk .
Raya Aidiladha ni ketupat 100% air tangan dari mak . CCL hanya tolog bukakan daun palas sahaja . Raya puasa haritu ada juga beli ketupat frozen untuk tambahan . Raya Aidiladha kali ni mak dah buat banyak . So elakkan pembaziran . Makan ketupat cicah rendang, serunding daging .
Lain-lain side menu ada pencuci mulut , CCL sempat juga buat sedikit puding karamel . Ada kek coklat lembab dan kek marble tempah dengan kawan . Ada la sikit-sikit kuih raya . Ini pun lupa nak snap gambar .. kesibukkan apakah itu .haha .
Alhamdulillah , walaupun hidangan tak adalah nak istimewa sangat, tak ada menu banyak-banyak tapi alhamdulillah dapat mengenyangkan perut tetamu yang datang kelmarin .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Balik Kerja, Baru Nak Serang Juadah Raya Aidiladha Kerja tetap kerja, raya tetap raya . Duduk di office terbayang ketupa , lemang, sup daging dan kuih raya sebab pagi tadi memang tak bawa bekal apa-apa ke tempat kerja, setidaknya pagi raya bawa kuih raya. Boleh ka kunyah-kunyah . Ni disebabkan tak sempat, keluar rumah capai handbag sahaja .
Balik kerja terus pergi rumah sepupu memandangkan rumah sepupu CCL ada buat korban . Terus pergi , sampai di destinasi terus ke meja menu yang disediakan . Banyak menu yang terhidang, perut tengah laparkan memang tak kuasa lah nak tangkap semua gambar, kangg meleleh air liur pulak, Makan macam seminggu tak makan , nikmat dia lain macam bila perut tengah lapar ni kan. Tapi suapan masih lagi sopan walaupun lapar . Hargai setiap suapan tanpa pembaziran . Tak terburu-buru sambil bersembang dengan adik beradik lain .
Ini antara menu yang ditunggu-tunggu tiap kali Aidiladha . Gearbox !! Gearbox berdiri tegak, asap naik melayang baru keluar dari periuk . Hiris-hiris supaya senang nak makan, letak perahan limau purut sikit . Tabur daun sup ..hirup dengan kuah panas-panas, sedut sumsum memangggg surrrr layang dengan cuaca petang pulak hujan renyai kan .
Raya tak semestinya pagi raya sahaja. Bila kita ada berkumpul sama-sama , duduk sama-sama, makan beramai-ramai . Itu pun salah satu rezeki besar
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pagi Raya Pertama Aidiladha Di Tempat Kerja Kerja di Hari Raya Aidiladha , bulan CCL sorang jer rupanya . Pagi raya, orang lain bangun awal mandi sunat Aidiladha , bersiap pakai baju cantik-cantik, sembur perfume wangi-wangi . CCL ? buka mata, aduhhh kena kerja ya hari ni. Tahun lepas merupakan giliran CCL untuk cuti raya, so untuk tahun ni kena kerja seperti biasa . Nak buat macam mana , bukan semua orang cuti masa hari raya, lagi-lagi macam CCL kena jaga kaunter sambil tercongak jer depan komputer dengar takbir raya pagi-pagi . Bila dengar takbir raya ni mula laa rasa sayu, mula la teringat pada arwah tok dan arwah tokwan . Mula la teringat moment-moment raya semasa diorang ada . Ya sedih dan sayu , sebab kenangan tersebut takkan dapat lagi.
Suasana kerja dalam suasana raya.bila scroll media sosial, rata-rata ramai yang upload gambar keluarga, ketupat, lemang, kambing dan lembu yang kena korban . Sambil tengok sambil minum segelas kopi sambil dengar printer office berbunyi layan suasana pagi raya . Habis kerja nanti la baru nak merasa juadah raya .
Kerja hari raya dapat duit extra . Nak sedapkan hati , bisik pada hati CCL sendiri ' tak apalah kerja di hari raya, bukannya sebelum ni tak biasa kan , dapat double pay sekurang-kurangnya boleh beli belanja dapur lebih sikit untuk bulan ni '.
Raya itu rasa , bukan lokasi. walaupun pagi raya di tempat kerja . Kadang bila kita ikhlas kerja ,bantu orang ringankan beban itu pun satu bentuk pengorbanan kan .. kalau kita tak boleh korban lembu, kita korban lah kejap perasaan ..cewahhh..ehh uguysss ada buat korban tahun ni ? CCL tak buat korban , tahun lepas sempat la buat.
Walaupun kerja kita mungkin bukan berada di pentas takbir , tapi kita tersenarai dalam orang yang layak terima ucapan ' Selamat Hari Raya Aidiladha ' dan ucapan 'Terima Kasih' dari CCL yang kena kerja di pagi hari raya . Raya tetap raya
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Selamat Hari Raya Aidiladha 2024 | 1445 Hijrah Aidiladha disebut juga Hari Raya Korban. Kata Adha’ adalah bentuk jamak daripada kata dahiyah’ yang bererti haiwan korban. Korban atau udhiah bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing.
Nabi Muhammad SAW telah bersabda:
“Tiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban.Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh anggota, cukup bulunya, tanduknya, dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya.” Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim.
Ibadat korban Aidiladha boleh dilakukan selama empat hari bermula 10 Zulhijjah, iaitu pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijah) dan pada hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
Semoga Aidiladha pada tahun ini membawa pengertian dan pengorbanan yang amat bermakna untuk kita semua. Semoga kita semua dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan dan keredhaan Allah SWT.
Assalamualaikum dan Salam sejahtera
Menu Syawal Kedua : Mee Kuah
Syawal kedua beraya di kampung . tetapi raya sekarang dengan raya beberapa tahun lepas memang banyak bezanya . Balik kampung tak semeriah dulu , lepas arwah tok dan tokwan dah meninggal dunia . Balik kampung sunyi sedikit . Kediaman arwah tok dan tokwan sekarang ni mak menakan yang duduk di situ . Balik kampung hanya ada mereka tanpa arwah tok dan tokwan .
Menu syawal kedua dihidangkan dengan mee kuah , jarang-jarang sekali CCL nak makan mee, dan mee juga bukan kesukaan CCL , lagi-lagi kalau mee tersebut rasa kapur . Sukar untuk di telan . Mujur mee ni tak rasa pahit payau kapur , tambah dua kali juga laa memandang perut pun tengah lapar kan .
Teringat dulu arwah tok tiap kali rasa semestinya akan buat kuih siput memang antara menjadi menu wajib tiap kali raya . Ketupat pulut arwah tok buat banyak untuk anak menantu cucu balik beraya . Gulai ayam kampung serta rendang daging memang menjadi kewajipan juga tiap kali pulang beraya . Tapi sejak dua tiga tahun ni dah tak ada lagi nak rasa air tangan arwah tok .semuanya hanya tinggal kenangan .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tukar Duit Raya
Hari Khamis , dua hari yang lepas selesai proses pertukaran duit raya , alhamdulillah dapat juga tukar duit raya baru . Ada juga di beberapa bank tukar tapi dapat duit recycle . Seawal 10.00 pagi CCL dan kawan pergi beratur di Hong Leong Bank . Time beratur tu mujur tak ramai lagi . Sebab proses penukaran duit raya melalui kaunter bank bermula pada pukul 10.30pagi . CCL merupakan orang ketiga yang beratur di kaunter tersebut . Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan . Beratur pun tak ambil masa yang lama .
Pertukaran duit raya untuk tahun ni tak banyak seperti sebelum-sebelum ni , tahun ni bajet sikit sebab duit ada planning ke bahagian lain . So cukup la sekadar sedikit ini . Pihak Hong Leong bank juga bagi sampul raya untuk tahun ni , cantik juga design dia .
korang dah tukar duit raya ? Berapa bajet duit raya tahun ni ? Dapat duit baru ataupun duit recycle ?