Unboxing Anak Pokok Sandpaper

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Unboxing Anak Pokok Sandpaper

Alhamdulillah! Hari ni akhirnya anak pokok sandpaper yang CCL tunggu-tunggu tu sampai jugak . Anak pokok sandpaper yang saya pesan secara online dah selamat sampai di depan pintu rumah! Excited betul ..Masa abang kurier bagi notification bungkusan tersebut sudah selamat berada di hadapan rumah, terus rasa senyum sampai telinga. Terus rasa tak sabar nak unboxing kotak berisi anak pokok sandpaper . 

Tanam pokok sandpaper , anak pokok sandpaper, benih pokok sandpaper, bunga sandpaper, cara tanam pokok sandpaper ,

Bila buka bungkusan perlahan-lahan, CCL lega sangat tengok pokok dalam keadaan baik. Seller bungkus dengan elok, siap lilit batang dengan kertas lembab dan plastik. Masa sampai tu , keadaan daun pun masih segar, tak layu, tak patah. Rezeki sangat! .


Tanam pokok sandpaper , anak pokok sandpaper, benih pokok sandpaper, bunga sandpaper, cara tanam pokok sandpaper ,

Packaging pun kemas, siap dengan medium tanah yang masih lembap. CCL pun tambahkan medium tanah pada anak pokok tersebut . Supaya kukuhkan lagi pertumbuhan anak pokok ..Nampak penjagaan memang tip-top! . CCL tak terus dedahkan pada matahari. Bagi dia berehat dulu kat tempat teduh, tenangkan diri selepas ‘berpindah’. Macam manusia juga lepas pindah rumah, kena ada masa sesuaikan diri 

Sebab CCL beli pokok ni? Masa pergi kenduri baru-baru ni, ternampak pokok sandpaper ni tumbuh cantik di halaman rumah tuan rumah. Bunga ungu lembut dia memang menarik perhatian. Terus rasa nak ada satu sendiri kat rumah!

Harapnya pokok ni membesar dengan sihat dan dapat berbunga seperti yang diidamkan. Doakan pokok ni subur .. tak semua pokok terus naik lebat atau berbunga lepas tanam. Ada yang ambil masa. Sama macam kita. Kadang-kadang kita perlukan ruang dan masa sebelum boleh 'bersinar' semula.


Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Semoga tumbuh cantik menyinari alam

    BalasPadam
  2. Seronoknya CCL, bagus la seller memnag baik bungkus elok2 dan tak tangkap muat pun..semoga pokok sand paper ini sihat dan membesar serta berbunga dengan baiknya

    BalasPadam
  3. Alhamdulilah.. moga terus tumbuh dengan baik dan berbunga :)

    BalasPadam
  4. Excited bila dah sampai. Tak sabar nak tengok pokok ni membesar dan berbunga meriah.

    BalasPadam
  5. Baru pertama kali ni Cie dengar nama pokok ni.

    BalasPadam
  6. Cantik..bagus seller balut pokok kemas sgt

    BalasPadam
  7. Moga dapat tumbuh sihat...saya google nak tahu pokok sandpaper tu apa...

    BalasPadam
  8. Cepat sampai. Mesti cantik bila dah berbunga nanti.

    BalasPadam
  9. Moga terus tumbuh ya bunga..

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan