Bekal Hari Ni | Daging Berlado & Sambal Terung

 Assalamualaikum dan hai semua 

Bekal Hari Ni | Daging Berlado & Sambal Terung Lama dah rasanya CCL tak update entri pasal bekal makanan yang dibawa ke tempat kerja. Bukannya tak ada bekal, tapi kadang-kadang tu mood nak ambil gambar memang tak mai.. Bila tak ada gambar, rasa macam tak lengkap la nak buat entri kan? Walaupun sekadar cerita menu bekal makan ..


Daging berlado, daging masak kunyit, daging masak berlado, sambal terung, terung masak sambal, sambal terung dan bilis , bekal hari ini,


Hari ni teringat pula nak snap gambar bekal sebelum makan.. Bekal hari ni ada daging berlado dan sambal terung. Kedua-duanya air tangan mak CCL. Menu simple jerr .. Tak perlu lauk yang mahal-mahal pun, asalkan kena dengan selera, memang nikmat makan.

Daging berlado tue makan dengan nasi putih panas. Sambal terung pulak jadi menu kedua .. pencuci mulut, CCL bawa beberapa hirisan buah epal..

Okaylah, itu sahaja cerita bekal CCL untuk hari ni. Nanti kalau rajin ambil gambar lagi, adalah sambungan entri Bekal Hari Ni  lepas ni. Kalau mood rajin datang, kita update. Kalau mood ke laut, faham-faham sajalah ya! Hahaha...

0 Comments

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan