Assalamualaikum dan hai semua
Mesra Bites | Kek Pandan Swiss Roll Minggu lepas CCL dah cuba Kek butter marble daripada Mesra Bites.. Kalau dah jumpa satu yang sedap, mestilah rasa nak cuba flavour lain pula kan? ..Jadi semalam, CCL singgah lagi dekat Mesra Petronas dan kali ni mata terpandang pula Kek Pandan Swiss Roll. Apa lagi, terus ambil satu flavour lain untuk cuba..
Buka-buka jer plastik, memang terus semerbak bau pandan. Wangi betul! Aroma pandan tu bercampur pula dengan bau vanilla, memang tak sabar laa makan cicah kopi panas..Bila dah rasa kek pandan swiss roll ni, bukan bau saja yang sedap. Keknya memang terasa pandan, teksturnya lembut dan rasanya pun ngam dengan tekak CCL. Tak terlalu berat dan sesuai sangatlah kalau nak makan sambil minum kopi atau teh panas ..Harga pun RM1.70 untuk sepotong. Bagi CCL, memang okaylah untuk sekadar nak mencuba.
Sekarang dah dua flavour CCL cuba daripada Mesra Bites..Marble Butter Cake dan Pandan Swiss Roll. Dua-dua boleh tahan sedap..Nampaknya ada beberapa flavour kek slices lain lagi yang belum dicuba. Nanti kalau singgah Mesra Petronas lagi, kita cuba flavour lain pula. Takkan nak tengok saja kan?
Uguys dah pernah cuba Mesra Bites? Kalau pernah, flavour mana yang uguys paling suka?
Assalamualaikum dan hai semua
Mesra Bites | Marble Butter Cake Cerita minggu lepas, pagi sebelum nak tumbprint masuk kerja, CCL singgah isi minyak dekat Petronas. Sementara dah masuk dalam tu, sempatlah CCL jalan-jalan tengok rak makanan yang ada.. Kononnya nak ambil beberapa roti saja, tapi mata ni ternampak pula kek potong Marble Butter Cake. Tengok dalam plastik tu macam sedap je… terus rasa nak cuba...
Akhirnya CCL beli 5 kek potong. Bukan nak makan sorang tau! .. Empat lagi tu CCL bagi kawan-kawan untuk sama-sama rasa. Walaupun kek ni bukan hasil air tangan CCL sendiri, tetap boleh berkongsi rezeki kan. Hehehe.
Marble Butter Cake..Uguys jangan pulak cakap CCL makan kek yang dah expired tau! ..Dekat packaging memang tertera tarikh luput 5 Ogos 2026.. Cerita ni cerita minggu lepas, masa tu masih belum expired lagi. Dah clarify awal-awal ni. Hah! ..
Harga pun sangatlah mesra poket.. RM1.50 sahaja untuk satu slice..Jadi… sedap tak?Yessss! Bagi CCL sedap! ..Slice kek ni boleh tahan tebal juga.. Tekstur kek pulak lembut, bila tekan macam span dan tidak mudah berderai masa makan. Bila buka plastik pembungkus, terus bau aroma butter yang wangi. Memang bau butter tue naik dulu..Dari segi rasa pula, bagi CCL memang ngam. Ada rasa butter yang cukup terasa dan ada sedikit rasa masin-masin butter yang buatkan kek ni tak terlalu muak.
Untuk harga RM1.50, CCL rasa memang berbaloi kalau nak alas perut atau nak kudap-kudap waktu minum kopi..
Uguys pernah cuba Mesra Bites Marble Butter Cake ni tak? Kalau pernah, sedap tak bagi korang?
Assalamualaikum dan hai semua
Mochi Bites Viral
Sejak kebelakangan ni kan, antara makanan yang tengah viral dan selalu lalu di media sosial ialah Mochi Bites.. Mestilah CCL pun terpengaruh sikit nak beli semata-mata nak rasa sendiri macam mana rupanya mochi yang ramai orang kata sedap ni..
Sebelum ni CCL pernah cuba mochi aiskrim yang dijual di kedai ECO.. Bentuknya bulat dan di dalamnya ada inti aiskrim.. Tapi Mochi Bites yang CCL beli kali ni sikit, sebab dalamnya tak ada apa-apa inti ..
Beli sebab nak rasa ..dan beli sebab mochi ni nampak comel gebu gebas ..Dalam satu set yang berharga RM8, CCL dapat dua perisa iaitu coklat dan red velvet.. Ada disertakan sekali ialah dipping white chocolate dan crumble nestum.
Cara makannya macam biasa.. Mula-mula celup mochi ke dalam white chocolate, kemudian gaulkan pula dengan crumble nestum..Bila dah cuba sendiri, memang boleh dikatakan sedap juga. Rasa white chocolate tu pun tidak terlalu manis .
Kalau uguys dah pernah cuba Mochi Bites ni, perisa apa yang menjadi pilihan?
Assalamualaikum dan hai semua
Ohana Kitchen, Gerai MPK corner | Nasi Goreng Tomyam Kerja-kerja juga, tapi dalam sibuk tu kena jugak curi masa kejap untuk rehat,makan . Menu makan malam hari ni simple iaitu nasi goreng tomyam..
First time cuba nasi goreng tomyam ni . Ya Allah sedap betul sampai rasa macam nak order lagi sebungkus ..macam tak puas makan . Tapi biasalah sebelum makan dah baca bismillah,tapi tak rasa betul-betul kenyang ..sebab lapar sangat ke sebab nasi goreng tomyam ni terlalu sedap ehh ..
Yang bestnya nasi goreng ni memang rasa tomyam dia cukup padu . Bau daun limau purut dengan serai tu memang naik selera betul . Dalam tu pun ada macam-macam seafood dan lauk..ayam, sotong dengan udang . Memang cukup rasa semuanya, pedas dia ngam-ngam, tak terlebih tak terkurang ..
Macam biasa CCL order guna Grab . Harga nasi goreng tomyam RM9.90 je, delivery pulak 50 sen . Memang berbaloi lah bagi CCL.
Nasi goreng tomyam ni CCL order dekat salah satu kedai favourite . Mana taknya, setiap kali order memang sedap dan menepati selera . Kalau dah repeat order berkali-kali tu faham-faham je lah macam mana sedapnya ..
Kalau uguys teringin nak makan masakan panas goreng-goreng atau menu berkuah, boleh lah try Ohana Kitchen , Gerai MPK Corner . Memang recommended bagi CCL
Assalamualaikum dan hai semua
Aiskrim La Cremeria Neapolitan Royale Lepas selesai briskwalk, badan pun dah rasa ringan, kaki pun dah buat kerja elok… ambil masa untuk rehat badan kejap .. sempatlah CCL planning nak singgah kedai. Dalam kepala dah ada satu benda je terbayang , nak beli aiskrim. Lama dah tak makan, sesekali apa salahnya kan.
Taraaa… pilihan jatuh pada La Cremeria Neapolitan Royale. Nama aiskrim pun memang tak rilex yaaa !
Aiskrim ni kombinasi vanila dengan strawberi, lepas tu ada salutan coklat di luar dengan campuran bijirin yang bagi tekstur rangup-rangup manja tu. Bila gigit tu, terus rasa campur-campur manis, masam sikit, rasa manis masam tu seimbang , tak ada la terlalu manis boleh diterima tekak ..Tekstur dia tu yang buat susah nak berhenti. Luar rangup, dalam lembut berkrim ..
Sesekali layan benda manis macam ni bukan selalu pun. Lagi-lagi bila cuaca panas, memang kena sangat dengan mood.
Assalamualaikum dan hai semua
Reward Lepas Briskwalk Beli Tauhu Crispy Tepi Jalan Lepas selesai briskwalk yang tak cecah 10KM tu kan rehat lah sekejap layan sosial media ,sambil-sambil bincang kehidupan masing-masing . Planning aktiviti apa untuk esok dan seterusnya .kadang dalam hidup kena ada juga planning tu kan berjaya atau tidak itu tolak tepi dulu .. macam CCL planning nk briswalk 10km tapi tak kesampaian.. ok tolak tepi kita set hari lain pulak ..
Lepas duduk berehat kejap di pondok rehat yang disediakan ,hilang penat kaki berjalan , boleh laa nak balik rumah .on the way nak balik rumah tu ternampak laa satu khemah kecil tepi jalan ada tergantung banner 'tauhu crispy' . rasanya baru buka sebab sebelum ni lalu memang tak nampak ..CCL singgah !! Pantang nampak makanan yang lain sikit kan terus nak cuba !!
Terus keluar dari kereta dan terus jalan ke khemah jualan tauhu Crispy dengar penerangan dari abang tauhu crispy tu .. ada dua set, set RM10 dan set RM15 .ada beberapa perisa dan free sambal kicap . Masa ni terlupa nak snap gambar sebab fone dalam kereta.
Disebabkan first time nak cuba tauhu crispy CCL beli set RM10 .Tauhu crispy CCL pilih perisa hot and spicy . so tauhu yang dah siap goreng garing tu ditambah kan serbuk hot spicy dan gaul rata .Masuk kereta je, sempat “rasa-rasa” dulu satu dua ketul. Memang sedap dan rangup, panas, dengan pedas manja . Sampai rumah baru cuba makan sekali dengan sambal kicap. Bagi CCL, sambal kicap tu kurang sikit kick dia. Rasa kicap lebih menonjol dari rasa cili. Tapi tauhu dia masih crunchy, itu yang penting!
Nak repeat lagi ? Nak repeat dengan perisa lain .. tapi tak nak sambal kicap ..heehee
Assalamualaikum dan hai semua
Sarapan Secawan Kopi & Sandwich Tuna Pagi tadi memang tak teringin nak makan berat. Perut pun rasa nak sesuatu yang ringan je .. cukup dengan secawan kopi panas dan sandwich tuna..Lagi satu best bila sarapan macam ni, tak rasa terlalu kenyang sampai mengantuk. Badan pun rasa ringan je nak bergerak buat kerja, kalau makan berat sangat pagi-pagi ni, mulalah rasa lemau, mata pun asyik rasa nak terpejam..
CCL beli sandwich tuna dari 7-Eleven.. Inti tuna dia lembut dan ada rasa pedas-pedas sedikit .. memang sesuai sangat untuk sarapan yang tak terlalu mengenyangkan tapi tetap bagi tenaga...sekadar lapik perut pagi-pagi , bukan nak makan banyak pun, asalkan perut tak kosong.
Secawan ' White Coffee' CCL beli kopi sachet dari 'Zus Ngopi' ..bancuh kopi tu pun sebenarnya antara “me time” paling simple. Bunyi air panas kena serbuk kopi, bau wangi naik perlahan-lahan… haaa situ dah rasa macam recharge sikit mood sebelum hadap apa-apa urusan hari tu.
Hidup ni ada hari kita rajin masak, ada hari kita pilih yang mudah. Yang penting jangan tinggal sarapan terus. Esok-esok entah sarapan apa pula…
Assalamualaikum dan hai semua
Makan Laksa Johor Pagi tadi lepas balik jogging, CCL singgah sekejap dekat satu kedai vendor. Dari dessert sampai ke makanan berat, satu-satu CCL belek.
Tiba-tiba mata tertangkap dekat satu Tupperware yang ada label Laksa Johor. Haa sudahh. Lama betul CCL tak makan laksa Johor, rasanya dah bertahun-tahun kot.. Tanpa fikir panjang, terus capai satu. Harga pun cuma RM8.50 je. Pada CCL memang murah, siap dalam Tupperware lagi. Senang nak simpan, senang nak makan.
Petang tadi baru sempat makan. Buka je penutup, terus naik bau kuah dia… fuhh, memang membangkitkan selera! Alhamdulillah, rasa dia memang sedap, kena sangat dengan tekak CCL.
Laksa Johor ni unik. Dia bukan guna laksa biasa, tapi guna spaghetti. Memang takkan sama macam laksa utara ..Itu yang buat dia lain dari laksa-laksa lain. Kuah dia pun pekat, berempah, rasa ikan dia memang padu. Bila gaul sekali dengan ulam-ulaman dan sambal cili, memang bertambah-tambah dibuatnya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
6 TIPS PENTING YANG ADA PADA DURIAN "MUSANG KING" Terdapat pelbagai jenis durian yang ada di pasaran terutama pada musim durian. Durian Musang King telah menjadi kegilaan ramai kerana ia dikatakan baka durian yang paling sedap. Namun, harganya juga boleh dikatakan mahal untuk sebiji durian.
Ada beberapa kes penipuan yang berlaku dalam penjualan buah durian ini. Terdapat peniaga mendakwa ianya buah durian Musang King sebaliknya buah durian dari jenis yang lain, ia disebabkan buah durian ini kelihatan sama, tetapi pada dasarnya ia tidak serupa.
Sebagai pembeli dan peminat sejati buah durian, kita harus mengenali buah durian yang ingin kita beli terutama Musang King. Ini bagi mengelakkan kita menjadi mangsa penipuan peniaga dan akhirnya berlaku kerugian.
Baru-baru ini CCL ternampak ada seseorang yang sudi berkongsi tips cara kenal durian musang king menerusi laman sosial media Tiktok Datuk Micheal Lim
Cara Mengenal Pasti Durian Musang King:
1. Bulatan pada bawah batang buah durian Musang King lebih besar sedikit berbanding buah durian yang lain.
2. Terdapat bentuk ‘star’ pada bawah buah durian Musang King.
3. Duri pada durian Musang King berjarak jauh berbanding durian jenis lain dengan duri yang agak dekat.
4. Warna isi durian Musang King ialah warna kekuningan.
5. Isi dan bau durian Musang King lebih kuat berbanding buah durian jenis lain.
6. Biji buah durian Musang King lebih nipis daripada biji durian lain yang lebih tebal.
Mudahkan panduan mengenali buah durian Musang King yang dikongsikan oleh Datuk Michael Lim ini.