Assalamualaikum dan hai semua
Mesra Bites : Marble Butter Cake Cerita minggu lepas, pagi sebelum nak tumbprint masuk kerja, CCL singgah isi minyak dekat Petronas. Sementara dah masuk dalam tu, sempatlah CCL jalan-jalan tengok rak makanan yang ada.. Kononnya nak ambil beberapa roti saja, tapi mata ni ternampak pula kek potong Marble Butter Cake. Tengok dalam plastik tu macam sedap je… terus rasa nak cuba...
Akhirnya CCL beli 5 kek potong. Bukan nak makan sorang tau! .. Empat lagi tu CCL bagi kawan-kawan untuk sama-sama rasa. Walaupun kek ni bukan hasil air tangan CCL sendiri, tetap boleh berkongsi rezeki kan. Hehehe.
Marble Butter Cake..Uguys jangan pulak cakap CCL makan kek yang dah expired tau! ..Dekat packaging memang tertera tarikh luput 5 Ogos 2026.. Cerita ni cerita minggu lepas, masa tu masih belum expired lagi. Dah clarify awal-awal ni. Hah! ..
Harga pun sangatlah mesra poket.. RM1.50 sahaja untuk satu slice..Jadi… sedap tak?Yessss! Bagi CCL sedap! ..Slice kek ni boleh tahan tebal juga.. Tekstur kek pulak lembut, bila tekan macam span dan tidak mudah berderai masa makan. Bila buka plastik pembungkus, terus bau aroma butter yang wangi. Memang bau butter tue naik dulu..Dari segi rasa pula, bagi CCL memang ngam. Ada rasa butter yang cukup terasa dan ada sedikit rasa masin-masin butter yang buatkan kek ni tak terlalu muak.
Untuk harga RM1.50, CCL rasa memang berbaloi kalau nak alas perut atau nak kudap-kudap waktu minum kopi..
Uguys pernah cuba Mesra Bites Marble Butter Cake ni tak? Kalau pernah, sedap tak bagi korang?


0 Comments
tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan