Mesra Bites | Marble Butter Cake

 Assalamualaikum dan hai semua 

Mesra Bites | Marble Butter Cake Cerita minggu lepas, pagi sebelum nak tumbprint masuk kerja, CCL singgah isi minyak dekat Petronas. Sementara dah masuk dalam tu, sempatlah CCL jalan-jalan tengok rak makanan yang ada.. Kononnya nak ambil beberapa roti saja, tapi mata ni ternampak pula kek potong Marble Butter Cake. Tengok dalam plastik tu macam sedap je… terus rasa nak cuba...

Akhirnya CCL beli 5 kek potong. Bukan nak makan sorang tau! .. Empat lagi tu CCL bagi kawan-kawan untuk sama-sama rasa. Walaupun kek ni bukan hasil air tangan CCL sendiri, tetap boleh berkongsi rezeki kan. Hehehe.

Mesra bites, marble butter cake, kek mentega, kek slices petronas, kek keluaran petronas, kek slices murah, kek mentega marble, kek marble,butter cake

Marble Butter Cake..Uguys jangan pulak cakap CCL makan kek yang dah expired tau! ..Dekat packaging memang tertera tarikh luput 5 Ogos 2026.. Cerita ni cerita minggu lepas, masa tu masih belum expired lagi. Dah clarify awal-awal ni. Hah! ..

Harga pun sangatlah mesra poket.. RM1.50 sahaja untuk satu slice..Jadi… sedap tak?Yessss! Bagi CCL sedap! ..Slice kek ni boleh tahan tebal juga.. Tekstur kek pulak lembut, bila tekan macam span dan tidak mudah berderai masa makan. Bila buka plastik pembungkus, terus bau aroma butter yang wangi. Memang bau butter tue naik dulu..Dari segi rasa pula, bagi CCL memang ngam. Ada rasa butter yang cukup terasa dan ada sedikit rasa masin-masin butter yang buatkan kek ni tak terlalu muak.

Untuk harga RM1.50, CCL rasa memang berbaloi kalau nak alas perut atau nak kudap-kudap waktu minum kopi..

Uguys pernah cuba Mesra Bites Marble Butter Cake ni tak? Kalau pernah, sedap tak bagi korang? 

9 Comments

  1. Okay sangat lah ni kan kalau tiba-tiba teringin nak makan kek marble. Boleh beli sepotong ni je. Alhamdulillah dapat juga berkongsi rezeki.

    BalasPadam
  2. Tak pernah beli brand ni, tapi ada terniat nak beli butter cake di Tiktok. Huhu. Nampak cantik gebu je orang review

    BalasPadam
  3. Sedapnya butter cake. Bau butter tu wangi je.

    BalasPadam
  4. Kelihatan sangat lembut dan gebu Marble Butter Cake Petronas ni! Sedapnya buat kudapan pagi, memang syok kongsi rezeki. Sumpah berbaloi RM1.50! Marble Butter Cake ni memang lembut gebu, wangi butter pulak tu.

    BalasPadam
  5. Tq share. Nanti PH beli. Sekarang mmg rajin sangat masuk kedai Mesra Petronas ni, banyak produk IKS/local yg menarik. Dan sedap² hehe...

    BalasPadam
  6. saya belum pernah cuba lagi kek butter ni. ada nampak dari brand lain pun belum cuba lagi. Bila baca review CCL rasa macam nak kena cuba ni.

    BalasPadam
  7. Bagus juga dijual dalam bentuk slice. Ini sesuai lah untuk yg nak makan cake tp tak ingin banyak. Secukupnya saja. Drpd beli 1 loyang full, kuatir tak habis . Marble cake fav saya juga kak. Tak pernah buat sendiri, selalu beli juga 😄

    BalasPadam
  8. wah menarik. nanti akak nak try gak la. mudah macam ni, tak la beli seketul kek lepas tu jenuh nak habiskan sebelum rosak.

    akak dah tukar url blog ye ccl

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan