Seminggu Tanpa Entri Blog , Bukan Malas, Tapi Mood Lari Sekejap

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Seminggu Tanpa Entri Blog , Bukan Malas, Tapi Mood Lari Sekejap Hello blog! Lama tak menulis, kan? Rasa macam rumah sendiri yang dah seminggu tak sapu. Berhabuk sikit, tapi tetap selesa bila balik ..Pejam celik, pejam celik… ehhh dah seminggu CCL tak update blog! Minggu ni entah kenapa mood menulis tu lari. Mungkin CCL tengah settle kerja yang banyak yang datang dan pergi.. Kepala banyak fikir benda lain, tapi tangan tak juga rajin nak menaip. Bukan tak nak menulis, tapi minggu ni macam-macam hal datang bertimpa. Kadang kita rasa sehari tu macam ada 10 jam je, padahal cukup 24. Hahaha. Bila malam je, mata dah kuyu… idea pun melayang-layang entah ke mana.


Tapi dalam sibuk-sibuk tu, CCL tetap rindu nak jenguk blog sendiri. Rindu nak bercerita walaupun kadang cerita tu simple je tentang makanan, pokok baru, benda random yang buat senyum sorang-sorang . Tapi hari ni, CCL paksa juga tulis walau sekejap. Nak bagitau diri sendiri tak apa kalau tak konsisten sangat, asalkan tak give up. Blog ni macam jurnal suka-suka… bila datang rasa, kita coretkan. Ada masa, idea datang mencurah-curah. Tapi masa nak tulis tu yang tak cukup. Kadang buka laptop, tengok skrin… terus tutup balik. 

Kalau uguys tengah ‘mood suam-suam kuku’ pun, don’t worry. Kita tulis bila ready. Hidup ni bukan perlumbaan. Terima kasih pada yang masih sudi singgah walaupun blog CCL senyap sekejap. Harap lepas ni rajin sikit, dan idea datang mencurah-curah macam hujan waktu petang.

Kalau uguys pun pernah “hilang” seminggu dari blog, meh komen sikit. Kita geng! Jumpa lagi dalam entri seterusnya… harap tak tunggu seminggu lagi lah! 


Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Faham sangat tu Lyana. Rasa nak tulis tapi mood tu tak datang-datang. Pernah je tak update berbulan-bulan. Tapi sebulan satu entry je macam tu. Kemurungan teruk. Takpe, tulis entry bila ada mood baru seronok.

    BalasPadam
  2. Ayuh CCL....semangat...semangat....kakmieja pernah hilang lama jugak dik.....tapi blog adalah tempat kesayangan...tak boleh dipisahkan....kita kembali....heeeee

    BalasPadam
  3. biasa la tu CCL kadang- kadang menulis ni memang kekeringan idea..sebab tu kena rehat atau bercuti..macam akak buat baru ni..insyaallah mood CCL akan kembali selepas semua benda selesai kan...

    BalasPadam
  4. pernah je..MA pun ada masa x de mood nak menulis so sunyi la kejab kan..
    pelan2.moga cepat2 mood kembali menulis yer..have a good day!

    BalasPadam
  5. Jangan lari terlalu jauh...menulis sekadar melepaskan yg terbuku diminda...menulis boleh bagi idea dan pengajaran pada org lain..

    BalasPadam
  6. Kadang-kadang mmg mcm tu lah....

    BalasPadam
  7. Itu memang biasa kak.... Adakala kita burn out... Tak tahu nak tulis apa.

    BalasPadam
  8. Kalau dah lama tinggal tu yang lemau nak mula semula. Takpe je blog suka2 kan. Ada masa boleh update.

    BalasPadam
  9. Samalah macam ammi. Ada je benda nak tulis tapi mood itu tak sampai. Kadang-kadang bila dah selesai kerja di office patutnya adalah masa nak BW or tulis blog tapi tetap mood tu hilang

    BalasPadam
  10. Biasalah tu...tapi jgn hilang lama², nanti mood masuk laut susah nak tangkap balik ahaha 😆

    BalasPadam
  11. Tak apa kak. Terkadang jenuh itu pasti ada kan. Atau Krn kerjaan yg banyak. Saya update blog seminggu sekali, tiap Selasa. Tp kalo sampai tak menulis yg baru, itu artinya saya tengah traveling 😄

    BalasPadam
  12. Teruskan berblogging. Tak apa berehat sekejap nanti boleh mula balik.

    BalasPadam
  13. biasalah tu mood sekejap ada sekejap takda kan. kadang penat seharian bekerja hadap pc kat tempat kerja, malam nk rehatkan mata dari screen pulak kan. tu pasallah mood blogging ke laut dalam hehe

    BalasPadam
  14. Biasalah blogger kdg Nina pun hilang memanjang tp masih ada

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan