Assalamualaikum dan hai semua
Cili Besar Tanam Dalam Polibeg Seronok jugak bila tanam sendiri ni. Walaupun cuma dua pokok cili besar dalam polibeg tepi rumah, tapi boleh tahan meriah hasilnya. Hari ni CCL dah petik lagi beberapa tangkai cili besar . Tinggal beberapa tangkai saja lagi masih tergantung kat pokok sebab nak bagi dia membesar puas-puas dulu..
Haritu pokok cili besar ni sempat juga kena serangan bena dekat daun-daun. Mujur tak banyak. CCL terus buang dan potong bahagian yang terkena bena tu, lepas tu sembur pula cuka kayu pada pokok. Alhamdulillah…sekarang makin rancak pokok mengeluarkan hasil.
Memang puas hati bila tengok tanaman sendiri mengeluarkan hasil.. Sekarang ni cili besar dah ada stok dekat rumah, cili kampung pun makin banyak tumbuh. Nanti kalau ada masa lapang, CCL nak snap pula gambar tanaman lain yang ada sekitar rumah
Assalamualaikum dan hai semua
Dua Kuntum Bunga Rose Jepun Tahun lepas CCL pernah cerita ada beli keratan pokok rose jepun dekat Shopee. Konon nak penuhkan pasu kosong depan rumah dengan bunga-bunga cantik yang berkembang meriah. Tapi biasalah, bukan semua yang dirancang menjadi. Pokok rose jepun yang CCL tanam dulu tak sempat nak menghijau lama sebab kena serangan bena putih. Dari subur terus makin layu dan akhirnya mati. Memang kecewa jugak laa masa tu.
Awal tahun ni pulak, jiran CCL bagi beberapa keratan pokok rose jepun. Mula-mula macam malas dah nak berharap sangat. CCL cuma cucuk saja dalam pasu dan biarkan. Tak ada penjagaan rapi pun, sekadar siram air hari-hari. Tak sangka makin lama pokok nampak semakin segar, daun pun makin menghijau.
Pagi tadi bila keluar rumah, nampak macam ada warna-warna kecil dekat pasu. Bila pergi tengok dekat-dekat, ehhh rupanya pokok rose jepun dah berbunga .. Walaupun baru dua kuntum, tetap rasa seronok sangat. Warna bunga pun cantik dan segar mata memandang.
Harap-harap kali ni pokok rose jepun CCL terus sihat dan tak kena serang dengan bena putih lagi. Nak juga merasa tengok bunga berkembang penuh satu pasu ..
Assalamualaikum dan hai semua
Semaian Biji Benih Tembikai Susu
Beberapa hari lepas CCL ada beli sebiji tembikai susu.. Saiznya tak adalah besar sangat, tapi tak kecil juga kira sedang-sedang sahaja. Lepas potong dan makan isi dia, biji-biji tembikai susu tu CCL tak buang macam tu saja.
CCL saja lempar biji-biji tu dalam satu polybag hitam yang sebelum ni asyik tumbuh rumput-rumput kecil sahaja. Daripada dibiarkan kosong, baik cuba tanam mana tahu menjadi kan.. Lepas lempar biji tu, CCL gembur-gemburkan sikit tanah dalam polybag tu..Tak sangka pulak, lepas dua tiga hari… bedesup naik anak pokok hasil daripada biji benih tembikai susu tu. Banyak juga yang tumbuh. Nampaklah daun-daun kecil mula keluar dari tanah.
Bila tengok semaian dah mula hidup macam ni, mestilah rasa seronok. Ada juga rasa teruja nak tengok pokok ni membesar nanti. Mana tahu ada rezeki, boleh merasa hasil tembikai susu tanam sendiri.. CCL harap-harap pokok tembikai susu ni membesar dengan elok dan tak diganggu serangga perosak. Sekarang ni cuma perlu rajin siram dan tengok perkembangannya dari semasa ke semasa.
Kalau menjadi nanti, boleh lah CCL kongsi cerita lagi tentang perkembangan pokok tembikai susu ni..
Assalamualaikum dan hai semua
Pokok Bromeliad Dah Sampai Minggu lepas, awal bulan Januari, CCL ada berkongsi dalam satu entri tentang CCL membeli beberapa pokok bromeliad melalui aplikasi Shopee. Tak sangka, hanya dua hari selepas itu, courier sudah selamat menghantar pokok-pokok tersebut di hadapan rumah. Cuma hari ni baru ada masa untuk draft entri ..
Kotak coklat yang sampai tu taklah besar mana, tapi di dalamnya terisi tiga corak pokok bromeliad yang cantik. Masa buka kotak tu memang berdebar-debar juga, risau kalau ada pokok yang rosak sepanjang penghantaran. Alhamdulillah, semuanya sampai dalam keadaan elok.. Seller memang balut dengan sangat kemas walaupun ini hanya anak pokok bromeliad. Setiap pokok datang bersama pasu kecil berisi tanah, dibalut rapi dengan plastik pembungkus dan dilapik sekali lagi menggunakan surat khabar lama. Kemas dan teliti, memang puas hati.
Menariknya lagi, seller turut sertakan free gift baja pokok..
Sekarang ni, anak-anak pokok bromeliad tersebut CCL sudah pindahkan ke dalam pasu yang lebih besar, bagi ruang untuk mereka membesar dengan lebih selesa. Insya-Allah, bila dah besar sikit nanti, CCL akan kongsikan gambar pula dalam entri seterusnya.
Assalamualaikum dan hai semua
Kutip Cili Kampung Belakang Rumah
Tengahari tadi lepas ayah CCL mesin rumput di kawasan belakang rumah, CCL nampak pokok cili kampung yang tumbuh sesat situ… haish, tak sangka cilinya dah banyak merah menyala! Memang cantik mata memandang, tapi pedasnya jangan cakap lah…
Cepat-cepat masuk dapur, ambil bekas & gunting. Petik satu-satu cili kampung yang dah masak ni. Alhamdulillah, dapat juga banyak. Seronok bila tengok hasilnya ..pokok pun tumbuh dengan sendiri tanpa penjagaan rapi ..ibarat dapat hadiah dari pokok belakang rumah kan ..
Kalau beli dekat kedai? Confirm mahal berbanding cili padi biasa. Tapi bila kita petik sendiri… rasa dia lain macam. Segar dan pedas semula jadi. Memang puas hati bila masak sambal atau tumis dengan cili ni, terus rasa makanannya naik level! . Pedasnya usah dibagitahu lahh .. Pedas tahap siapa berani, siapa tak berani tahan air mata.
Assalamualaikum dan hai semua
Beli Pokok Bromeliad Dalam Shopee Mood nak berkebun, tanam-tanam pokok ni sebenarnya dah datang balik… cuma sebelum ni tergendala sebab CCL kecewa dengan pokok rose jepun..Hidup tak mahu mati tak segan, tapi tak nak merimbun walaupun dah letak baja. Dah buat macam-macam cara, tapi hasilnya tetap sama. Jadi CCL ambil keputusan untuk move on dan tak nak tanam pokok rose jepun lagi.
Sebagai penukaran untuk merawat hati yang kecewa tu, CCL pun buat keputusan beli pokok bromeliad..Pokok ni memang lama dah minat, CCL beli pokok bromeliad ni dalam Shopee. Dua hari lepas saja-saja tengok, lepas tu terus checkout. Tak payah tunggu lama-lama, nanti makin banyak fikir makin tak jadi beli ..Sekarang ni CCL tunggu abang courier datang hantar kotak berisi anak-anak pokok bromeliad.
CCL beli tiga item bromeliad yang berbeza. Memang kena pandai cari harga..Kalau saiz bromeliad besar, harga dia pun sedikit tinggi. Tapi untuk anak pokok, ada yang bawah RM5 & RM10 saja. Jadi CCL pilih untuk beli anak pokok dulu ..biar kecil, asalkan boleh hidup dan membesar depan mata sendiri.
Harap-harap kali ni menjadi..Moga bromeliad ni jadi peneman baru CCL dalam dunia berkebun, dan semoga rasa seronok menanam pokok tu datang balik ..Kalau hidup subur nanti, bolehlah tambah koleksi lagi.