Tonton | Drama Racun Segumpal Hati

 Assalamualaikum dan hai semua 

Tonton | Drama Racun Segumpal Hati

Nampaknya ada drama terbaru lagi yang disiarkan melalui platform Tonton. Kali ini, Tonton membawakan drama Racun Segumpal Hati yang mula ditayangkan pada 11 November 2026.. Drama ini merupakan arahan Uchee Fukada terbitan Zeel Production.

Drama Racun Segumpal Hati

Tarikh Tayangan: 11 November 2026
Platform Penstriman: Tonton
Penulis Skrip: Marr Mohamad, Maizura Ederis
Pengarah: Uchee Fukada
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd

Barisan Pelakon Drama Racun Segumpal Hati
Mirta Filzah sebagai Rania
Riena Diana sebagai Alisa
Kamal Adli sebagai Hakim
Fiza Halim sebagai Hasnah
Fauzi Nawawi sebagai Kamil
Nafiez Zaidi
Wan Maimunah


drama racun segumpal hati, tonton online drama racun segumpal hati, racun segumpal hati, episod penuh racun segumpal hati

Sinopsis Drama Racun Segumpal Hati

Kalau tengok pada sinopsisnya, filem Racun Segumpal Hati ni mengisahkan tentang hubungan dua beradik, Rania dan Alisa yang membesar dalam keluarga serba kekurangan. Walaupun mereka adik-beradik, masing-masing sebenarnya menyimpan rasa dan melalui tekanan hidup yang berbeza.

Rania (Mira Filzah) merupakan anak yang banyak memikul tanggungjawab dan harapan keluarga. Berbeza pula dengan Alisa (Riena Diana) yang sering merasakan dirinya kurang dihargai. Masing-masing ada rasa terkilan dan luka yang tersimpan sejak zaman membesar bersama.. Selepas kehilangan ibu bapa, Rania berusaha mengubah kehidupan mereka. Daripada bekerja dalam dunia korporat, akhirnya Rania memilih untuk berniaga tepung pelita sehingga perniagaannya semakin maju.

Kisah mula jadi semakin menarik apabila Alisa kembali mencari Rania selepas berdepan masalah rumah tangga. Rania dan suaminya, Hakim (Kamal Adli) menerima Alisa dengan baik, malah membenarkan adiknya tinggal bersama mereka..Tapi, dalam keadaan rumah tangga Rania yang pada awalnya bahagia, kehadiran Alisa sedikit demi sedikit mula menguji hubungan mereka.

Bila baca sinopsis ni, nampaknya bukan sekadar kisah kasih sayang antara kakak dan adik, tetapi turut menyentuh tentang perasaan yang lama dipendam, rasa tidak dihargai dan luka silam yang masih belum terubat, kadang orang yang paling dekat dengan kita pun belum tentu kita benar-benar faham apa yang tersimpan dalam hati mereka.

Agaknya, mampukah hubungan Rania dan Alisa kembali baik seperti dahulu? Atau ada sesuatu yang bakal mengubah hubungan mereka? Kena tonton sendiri untuk tahu kesudahannya.


0 Comments

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan