Assalamualaikum dan hai semua
Pokok Bromeliad Dah Sampai Minggu lepas, awal bulan Januari, CCL ada berkongsi dalam satu entri tentang CCL membeli beberapa pokok bromeliad melalui aplikasi Shopee. Tak sangka, hanya dua hari selepas itu, courier sudah selamat menghantar pokok-pokok tersebut di hadapan rumah. Cuma hari ni baru ada masa untuk draft entri ..
Kotak coklat yang sampai tu taklah besar mana, tapi di dalamnya terisi tiga corak pokok bromeliad yang cantik. Masa buka kotak tu memang berdebar-debar juga, risau kalau ada pokok yang rosak sepanjang penghantaran. Alhamdulillah, semuanya sampai dalam keadaan elok.. Seller memang balut dengan sangat kemas walaupun ini hanya anak pokok bromeliad. Setiap pokok datang bersama pasu kecil berisi tanah, dibalut rapi dengan plastik pembungkus dan dilapik sekali lagi menggunakan surat khabar lama. Kemas dan teliti, memang puas hati.
Menariknya lagi, seller turut sertakan free gift baja pokok..
Sekarang ni, anak-anak pokok bromeliad tersebut CCL sudah pindahkan ke dalam pasu yang lebih besar, bagi ruang untuk mereka membesar dengan lebih selesa. Insya-Allah, bila dah besar sikit nanti, CCL akan kongsikan gambar pula dalam entri seterusnya.
Assalamualaikum dan hai semua
Kutip Cili Kampung Belakang Rumah
Tengahari tadi lepas ayah CCL mesin rumput di kawasan belakang rumah, CCL nampak pokok cili kampung yang tumbuh sesat situ… haish, tak sangka cilinya dah banyak merah menyala! Memang cantik mata memandang, tapi pedasnya jangan cakap lah…
Cepat-cepat masuk dapur, ambil bekas & gunting. Petik satu-satu cili kampung yang dah masak ni. Alhamdulillah, dapat juga banyak. Seronok bila tengok hasilnya ..pokok pun tumbuh dengan sendiri tanpa penjagaan rapi ..ibarat dapat hadiah dari pokok belakang rumah kan ..
Kalau beli dekat kedai? Confirm mahal berbanding cili padi biasa. Tapi bila kita petik sendiri… rasa dia lain macam. Segar dan pedas semula jadi. Memang puas hati bila masak sambal atau tumis dengan cili ni, terus rasa makanannya naik level! . Pedasnya usah dibagitahu lahh .. Pedas tahap siapa berani, siapa tak berani tahan air mata.
Assalamualaikum dan hai semua
Beli Pokok Bromeliad Dalam Shopee Mood nak berkebun, tanam-tanam pokok ni sebenarnya dah datang balik… cuma sebelum ni tergendala sebab CCL kecewa dengan pokok rose jepun..Hidup tak mahu mati tak segan, tapi tak nak merimbun walaupun dah letak baja. Dah buat macam-macam cara, tapi hasilnya tetap sama. Jadi CCL ambil keputusan untuk move on dan tak nak tanam pokok rose jepun lagi.
Sebagai penukaran untuk merawat hati yang kecewa tu, CCL pun buat keputusan beli pokok bromeliad..Pokok ni memang lama dah minat, CCL beli pokok bromeliad ni dalam Shopee. Dua hari lepas saja-saja tengok, lepas tu terus checkout. Tak payah tunggu lama-lama, nanti makin banyak fikir makin tak jadi beli ..Sekarang ni CCL tunggu abang courier datang hantar kotak berisi anak-anak pokok bromeliad.
CCL beli tiga item bromeliad yang berbeza. Memang kena pandai cari harga..Kalau saiz bromeliad besar, harga dia pun sedikit tinggi. Tapi untuk anak pokok, ada yang bawah RM5 & RM10 saja. Jadi CCL pilih untuk beli anak pokok dulu ..biar kecil, asalkan boleh hidup dan membesar depan mata sendiri.
Harap-harap kali ni menjadi..Moga bromeliad ni jadi peneman baru CCL dalam dunia berkebun, dan semoga rasa seronok menanam pokok tu datang balik ..Kalau hidup subur nanti, bolehlah tambah koleksi lagi.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Unboxing Anak Pokok Sandpaper
Alhamdulillah! Hari ni akhirnya anak pokok sandpaper yang CCL tunggu-tunggu tu sampai jugak . Anak pokok sandpaper yang saya pesan secara online dah selamat sampai di depan pintu rumah! Excited betul ..Masa abang kurier bagi notification bungkusan tersebut sudah selamat berada di hadapan rumah, terus rasa senyum sampai telinga. Terus rasa tak sabar nak unboxing kotak berisi anak pokok sandpaper .
Bila buka bungkusan perlahan-lahan, CCL lega sangat tengok pokok dalam keadaan baik. Seller bungkus dengan elok, siap lilit batang dengan kertas lembab dan plastik. Masa sampai tu , keadaan daun pun masih segar, tak layu, tak patah. Rezeki sangat! .
Packaging pun kemas, siap dengan medium tanah yang masih lembap. CCL pun tambahkan medium tanah pada anak pokok tersebut . Supaya kukuhkan lagi pertumbuhan anak pokok ..Nampak penjagaan memang tip-top! . CCL tak terus dedahkan pada matahari. Bagi dia berehat dulu kat tempat teduh, tenangkan diri selepas ‘berpindah’. Macam manusia juga lepas pindah rumah, kena ada masa sesuaikan diri
Sebab CCL beli pokok ni? Masa pergi kenduri baru-baru ni, ternampak pokok sandpaper ni tumbuh cantik di halaman rumah tuan rumah. Bunga ungu lembut dia memang menarik perhatian. Terus rasa nak ada satu sendiri kat rumah!
Harapnya pokok ni membesar dengan sihat dan dapat berbunga seperti yang diidamkan. Doakan pokok ni subur .. tak semua pokok terus naik lebat atau berbunga lepas tanam. Ada yang ambil masa. Sama macam kita. Kadang-kadang kita perlukan ruang dan masa sebelum boleh 'bersinar' semula.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Beli Anak Pokok Sandpaper Dalam Shopee Minggu lepas pergi kenduri kesyukuran adik beradik CCL, alhamdulillah majlis meriah. Cuaca pun elok, makanan pun sedap lengkap semuanya. Tapi yang paling mencuri perhatian CCL sebelah rumah jiran adik beradik CCL tu adalah pokok bunga dekat halaman rumah!
Ya, serius. Pokok sandpaper tu berdiri megah di tepi pagar, berbunga ungu kebiruan yang sungguh memikat. Daun dia kasar sikit bila pegang . CCL baru tahu itu sebab digelar sandpaper vine. Bunganya berjuntai cantik, ala-ala bunga lavender versi tropika. Memang sesuai sangat dijadikan pokok hiasan tepi pagar atau pergola. Macam pokok ni pun, dia panjat elok atas pagar besi. Cantik betul!

Rasa macam pergi kenduri tapi balik dengan semangat berkebun. Terus Google nama pokok, harga, dan kat mana nak beli.. memang tak boleh tahan rasa nak tanam sendiri. Info yang sepupu bagitahu benih pokok sandpaper ni ada pada bunganya . Selepas bunga bertukar keperangan , dalam kelopak bunga akan ada biji benih pokok dan boleh disemai . Terus pasang niat nak tanam satu di rumah tapi tak nak anak benih . Nak cari anak pokok , sebab apa tak nak biji benih? Sebab CCL ni jenis kurang sabar tunggu pokok naik. Kalau boleh, beli terus yang dah ada daun, ada batang. Lagi cepat naik, lagi cepat berbunga, lagi cepat puas hati ..
Jadi CCL pun memulakan operasi mencari anak pokok Sandpaper dalam Shopee. taip "anak pokok sandpaper", keluar banyak juga. Harga sekitar RM10 hingga RM30, bergantung saiz dan seller. Sebelum nak beli pastikan baca review dan pilih yang hantar guna bubble wrap atau pos laju pokok, bukan lipat masuk parcel .
Lepas scroll Shopee, akhirnya jumpa seller yang jual anak pokok, siap ramai bagi review bagus. Terus tekan 'Add to cart', Seller tu dari Kedah . So bila difikirkan kalau nak buat penghantaran tidaklah mengambil tempoh masa yang lama dari Kedah ke Perlis . Anak pokok yang CCL pilih adalah saiz S yang berharga sepasu RM10 . Sempat juga laa add to cart dan checkout dua pasu anak pokok sandpaper . Bila tengok rating dari customer yang pernah beli sebelum ni semuanya rating bagus-bagus . Tunggu je lahhh parcel tu sampai .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pokok Sawi Ayah Dah Boleh Tuai Seronok tengok pokok sawi yang ayah tanam dalam polibeg besar tepi rumah ni makin hari makin membesar hari ke hari . Hari ni bila tengok-tengok balik , wahh daun pun ada yang lebar , segar , elok jer berdiri . Confirm dah boleh tuai !
Tak sangka kan dari biji benih kecil jer dulu, sekarang dah jadi sayur sedia untuk masuk kuali . Hasil tangan ayah memang terbaik . Pagi petang memang sibuk menyiram , buang anak rumput , letak baja pokok . Lepas no boleh jual sayuran . Sebenarnya banyak lagi tanaman sayur hasil tangan ayah . Cili, terung, bendi , tomato , dan kangkung .
Alang-alang dah nak petik sayur sawi hari ni buat masakan tengahari kan , snap dulu la gambar sawi tengah menghijau ni . Sekarang ni tengah fikir nak masak apa . Sawi ni banyak cara boleh masak . boleh la buat sawi goreng belacan ke, sup sawi pun sedap juga kan makan pula dengan tauhu . Sedap bila makan sayur segar-segar ni lagi-lagi kita dapat petik sendiri sayur tu . Lagi rasa puas hati , segar dan bersih .
Simple saja hidup ni kan . Kadang bila dapat hasil tanaman macam ni rasa puas . Kadang-kadang bahagia tu juga datang dari tanah dan air tangan sendiri .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Keratan Anak Pokok Rose Jepun Dah Sampai dalam entri INI CCL ada cerita , CCL beli keratan anak pokok rose jepun dalam Shopee . Setelah dua hari kotak berisi keratan anak pokok tersebut dah selamat mendarat ke rumah CCL ,
Keratan anak pokok rose jepun masih lagi segar-segar walaupun dah dua hari terperam dalam kotak . Mujur kurier tak delay penghantaran risau kang layu pulak keratan anak pokok ni .
Menghijau daun-daun pun . Semua ni keratan ni seller dah asingkan id warna mengikut warna yang CCL orderkan , dan dapat free gift 5 batang keratan rose jepun mix colour .
Petang kelmarin CCL dah siap tanam keratan anak pokok tersebut . Setiap pasu asingkan mengikut warna . Semuanya ada 10 warna . Moga-moga keratan anak pokok rose jepun ni cepat-cepat merimbun . Moga tak terkena serangan bena putih dalam tanah . Kangg give up pulak nak tanam pokok ni . Pokok rose jepun ni memang mudah dijaga dan mudah hidup melalui keratan batang sahaja , tapi kalau dah kena serangan bena putih tue alahaiii ..
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semai Biji Benih Pokok Tecoma Kuning Sekarang tengah mood tanam-tanam pokok yerr gais . Teringat pulak ada biji benih yang belum buat semaian , so tanpa lengahkan masa ,terus cari-cari biji benih tu . Mujur ada . Biji benih ni dah hampir berbulan-bulan CCL keringkan , tapi tak ada masa untuk buat semaian. Padahal buat semaian tu tak ada laa teruk mana kan . Sampaikan hampir telupa nama pokok ni . CCL hanya ingat pokok ni bunganya rimbun dengan bunga kuning .terus research dalam google mujur dapat juga , rupanya pokok ni pokok tecoma kuning .
Semaian biji benih pokok tecoma bunga kuning . kambus biji benis dengan tanah yang tidak terlalu dalam . Senang anak pokok nak munculkan diri nanti .
Benih pokok tecoma bunga kuning . Bila dak keringkan , ia pecah dan dalam tu ada biji benih pokok tersebut .
Ni lah rupa pokok tecoma kuning . Kalau musim panas memang bunganya galak merimbun .
Tak sabar ni nak tunggu progress selepas 1, minggu semaian . Harap-harap semaian biji benih tecoma tu akan munculkan anak-anak pokok .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Replant Pokok Daun Rama-Rama Cerita Ahad lepas, aktiviti hujung minggu ni memang tak ke mana, so plan nak ubah susunan pokok-pokok tepi rumah . Nak replant semula pokok-pokok . Rumput-rumput kecil pun mula tumbuh dalam pasu . Walaupun dalam pasu tersebut masih ada pokok yang hidup, rutin setiap hari siram pokok sahaja, nak cabut satu per satu pasu memang malas . Yes ! Bila penyakit malas menguasai diri jangan disuruh untuk buat-buat rajin ya ..jadi tak ikhlas kanggg . Hahah
Lepas dah ubah susunan pokok,sapu-sapu daun kering , Cabut anak rumput yang tumbuh dalam pasu, gembur-gembur tanah biar pokok lagi subur , terekstra rajin nak replant pokok . Kan dah cakap kalau datang mood malas memang akan malas , tapi kalau tengah mood rajin jangan ditegur pulak tau . Hahha ..terus auto replant pokok-pokok .
Pokok daun rama-rama purple ni, dulu-dulu daunnya memang lebat penuh pasu, tapi sekarang dah makin kurus, daun pun boleh bilang ada berapa, mungkin dah lama tak letak baja tak gembur tanah . So CCL decide untuk cabut semua anak pokok ni , dan tanam semula . Pokok daun rama-rama ni pun dah kurus keding ya . dari ada 4, 5 pasu lepas replant terus tinggal 3 pasu . Seban anak pokok daun rama-rama ni tak banyak so campur-campur cukup la tiga pasu ni .
Lepas replant letak bawah pokok biar teduh supaya tidak terkena cahaya matahari terus menerus pada daunnya . Lepas seminggu baru alih ke tempat bersesuaian .
Moga-moga lepas replant pokok rama-rama ni pokok akan hidup subur, daun penuh pasu .
Sebelum ni ada satu pokok daun rama-rama ni warna hijau , tapi tu la rasanya dah mati . Tinggal daun purple ni sahaja .
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pokok Lily Bakung Dah Keluarkan Bunga Dua hari lepas memang tak jenguk pokok-pokok tanaman di tepi rumah , kalau CCL bekerja shift petang , memang giliran mak CCL yang akan siram pokok setiap pagi atau setiap petang . Kena dengan musim panas sekarang ni memang kea siram tiap hari kalau taknak pokok mati kering kontang begitu .
Petang tadi yang redup-redup sikit , CCL keluar jenguk tanaman-tanaman sekaligus siram pokok petang hari . Mata tertangkap pada satu bunga yang jarang-jarang sekali CCL nampak bunganya . Selidik punya selidik ehh dah berbunga yerr.
Pokok bunga lily bakung, pemberian mak saudara CCL sudah pun berbunga . Ni juga bunga sulung semenjak CCL menjaga pokok lily bakung ni . Sekali berbunga pokok lily bakung ni bagi tiga kuntum sekali gus dalam satu tangkai . Teruja betul tengok bunga sulung dari pokok lily bakung ni . So tunggu apa lagi CCL ambil handphone terus snap gambar untuk abadikan di sini dan juga hantar sekeping gambar bunga ni menerusi WhatsApp mak saudara CCL . Katanya dirumah beliau sudah pun berbunga , tapi dah hampir layu .
Haishhh, mujur time CCL perasan ni bunganya masih kembang elok tanpa layu lzgi . Kalau tidak tak sempat la nak snap gambar cantik-cantik . Teruja tengok warna pokok lily ni . Gabungan oren, peach dan putih . In love sangat . Ohh kalau korang nak tahu pokok lily bakung ni masih ditanam dalam plastik bag hitam khas untuk tanaman tu . Ada masa terluang nanti CCL akan replant pokok tersebut ke dalam pasu . Musim panas ni kalau nak tanam pokok apa pun tak menjadi . Risau kangg mati pulak .
Sebenarnya pokok lily ni banyak spesis . Ada yang jenis bunga besar dan bunga kecik . Dulu ada spesis bunga kecil . tapi dah mati . So tinggal ni jer satu-satunya benih yang ada . Pokok lily bakung ni juga ada pelbagai warna . Cantikkan kalau pokok ni kerap keluarkan bunga.
Sedikit info tentang pokok lily bakung
- Tanaman bakung merupakan bahagian dari genus lilium
- Mempunyai 110 spesis tanaman bakung
- Tanaman ini jenis tanaman berumbi
- Mempunyai ketinggian 0.25-1.25mm
- Mempunyai tangkai yang kukuh
- Bunga bakung yang besar baunya yang harum
- Terdapat beberapa jenis warna lily bakung .
- Pokok lily bakung ini juga dikategorikan sebagai tumbuhan tahunan , dalam satu tahun pokok ini akan berbunga sekali sahaja.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kuntuman Sulung Orkid Ungu Setelah bertahun - tahun tanaman pokok orkid ni sehinggalah daun orkid tersebut turut gugur , CCL ingatkan pokok orkid yang tersandar pada dahan pokok mempelam ni dah hampir-hampir pupus . Petang tadi kemas-kemas sikit di tepi rumah ni baru perasan eh pokok orkid ni dah keluarkan kuntuman bunga sulung . punyalah cantik bunganya . Warna ungu pulak tue , CCL tak berapa arif sangat pasal jenis-jenis dan nama saintifik bunga orkid ni .
Kuntuman bunga pada jambangan tangkai pokok orkid ni sangat cantik walaupun tanpa sebarang tahun . CCL ada juga terbaca kalau pokok orkid ni botak tanpa daun menunjukkan ianya adalah pokok yang dah matang , dah ready untuk berbunga. So inilah hasilnya .
kemain gembira pokok orkid ni dah berbunga . Sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan , tetapi diakhiri dengan satu keindahan . Betapa Tuhan dengan segala kebesaran mampu mencipta segala-galanya
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Photo : Bunga Ulam Raja Pagi ni nak belanja dua, tiga keping gambar-gambar yang boleh menjadikan sebagai terapi mata . Gambar apa ? Yes gambar bunga ulam raja .
Dah tengok ? Cantik tak ? Walaupun bunga ulam raja ni kecik tapi bagi CCL memang cantik . Actually tepi rumah CCL ni memang banyak pokok ulam raja . Ya pucuk pokok ulam raja ni memang boleh makan dibuat sebagai ulam . Memang sedap . Pucuk muda bila dah keluarkan bunga cantik-cantik ni kan sejuk je mata memandang . Nanti bila dah tua bunga tersebut la akan kering dan bertukar kepada biji benih . Biji-biji yang jatuh akan tumbuh semula anak-anak pokok ulam raja .
Actually, pokok ulam raja ni memang senang hidup dah beberapa kali pokoknya sudah tua , dan cabut hingga ke akar still akan tumbuh juga anak-anak pokok yang muda . Mudah dan tak perlu dijaga dengan rapi . Lagi kita petik pucuk ulam raja lagi bercambah la tunas pokok ulam raja ni .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pokok Cili Besar Tumbuh Tepi Dinding Rumah kehadiran pokok cili besar yang tiba-tiba tumbuh atas tanah betul-betul tepi dinding rumah CCL akhirnya membuahkan hasil . Kehadiran pokok cili besar ni memang sudah diketahui , cumanya terlepas pandang . Tahu-tahu sudah mengeluarkan hasil walaupun tidak pernah disiram dan tidak pernah dibaja .
Itu pun CCL ternampak salah satu cili besar sudah pun masak bertukar warna dari hijau kepada merah, yang lain masih lagi berwarna hijau . Walaupun pokok tidak sebesar mana tapi keluarkan hasil yang boleh dikatakan banyak juga . Sekarang masih ada 7 tangkai cili besar . Sekali tengok seakan-akan pokok cili kering . Hahah . Semoga hidup lebih subur lagi . Niat nak pindahkan ke tempat lain takut tidak sesuai pulak . So CCL biarkan je lahh tumbuh di atas tanah tepi dinding ni .