Assalamualaikum dan hai semua
16 November 2026 | Happy Birthday To Me !! Alhamdulillah hari ni genap penambahan umur CCL .. happy birthday to me .. first things, terima kasih mak yang bertarung nyawa lahirkan CCL, terima kasih untuk mak ayah membesarkan CCL sehingga menjadi orang .. terima kasih untuk adik-adik kerana menjadi pelindung, terima kasih mak menakan, pak menakan sebelah ayah & sebelah mak ada waktu susah dan senang . Terima kasih untuk sepupu ketika kita membesar bersama banyak moments yang kita ada create sehingga sekarang . Moga Allah menjaga silaturahim sesama keluarga kita .
Untuk kawan-kawan mahupun di tempat kerja dan kawan di luar tempat kerja .. mahupun jauh dan dekat , terima kasih selalu ada ..selalu ada ketika CCL susah dan senang ..Terima kasih atas ucapan dan doa-doa yang uguys bagi .semoga Allah makbulkan setiap doa tersebut untuk CCL ..
Doa CCL untuk diri sendiri...
Sempena pertambahan umur 3+ ni, CCL cuma berharap semoga Allah panjangkan umur , murahkan rezeki dan berikan kesihatan yang baik. Semoga terus diberi peluang untuk membantu keluarga dan adik-beradik selagi termampu.
Semoga apa yang diimpikan selama ni, satu demi satu Allah permudahkan jalannya untuk menjadi kenyataan.. Tak perlu semuanya datang serentak, cukup kalau ada rezeki untuk CCL capai sikit-sikit ..
Dan paling penting, semoga Allah kuatkan hati, lapangkan fikiran dan berikan kecekalan untuk CCL menghadapi apa sahaja liku-liku kehidupan yang akan mendatang..CCL taktau apa yang menanti di depan sama, tapi semoga setiap langkah selepas ini sentiasa dalam jagaan dan rahmat Allah.
Alhamdulillah untuk usia yang masih dipinjamkan. Terima kasih Allah ..


0 Comments
tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan