Assalamualaikum dan hai semua
Juara Ruang Komen Ogos 2026 | Blogger Syaz Rahim
First of all, minta maaf atas kelewatan untuk CCL umumkan Juara Ruang Komen bagi bulan Ogos 2026. Sebenarnya CCL dah screenshot keputusan ni pada awal bulan September lagi… cuma macam biasalah, screenshot dah ada, entri pula yang tak sempat nak tulis.. Ok, tak nak bebel panjang-panjang… jom kita tengok siapa yang berjaya menduduki Top 10 Ruang Komen CCL untuk bulan Ogos 2026.
Seperti yang uguys nampak, tangga pertama dimenangi oleh Blogger Fanny. Tahniah akak! ..Tapi memandangkan Akak Fanny nun jauh di Indonesia, CCL pun fikir-fikir juga tentang urusan nak postage hadiah nanti. Jadi, untuk bulan Ogos ni CCL decide untuk memilih juara ruang komen di tangga kedua, iaitu Blogger Syaz Rahim
Tahniah akak Syaz.. Terima kasih banyak-banyak singgah dan tinggalkan komen dekat blog CCL. Kepada akak Syaz, boleh emailkan detail kepada CCL di virgoyana61@yahoo.com untuk urusan CCL pos sedikit hadiah tanda penghargaan. Tak besar mana pun hadiahnya, sekadar tanda terima kasih sebab sudi support blog CCL..
Dan tak lupa juga, tahniah dan terima kasih kepada Top 10 yang tersenarai untuk bulan Ogos..Terima kasih sebab masih sudi singgah, baca entri-entri CCL dan tinggalkan komen..
Untuk bulan September pula…CCL nak kongsi hadiah dengan siapa pulak eh?..Kita tunggu dan tengok siapa yang paling rajin singgah ruang komen bulan ni. Hehehe…
Assalamualaikum dan hai semua
Juara Ruang Komen Julai 2026 | Blogger SN Faaezahh !
Macam biasa, bila masuk je minggu pertama setiap bulan, rutin wajib CCL mestilah check Juara Ruang Komen.. Cara ni jerr yang dapat CCL hargai rakan-rakan blogger yang sentiasa rajin singgah, baca entri dan tinggalkan komen dekat blog CCL.
Terima kasih sangat-sangat buat semua yang sudi support blog CCL.. Tak kisahlah komen sekali atau berkali-kali, CCL tetap hargai setiap satu. Uguys ni lah yang buat CCL rasa bersemangat nak terus update blog walaupun ada masa tak dak idea nak menulis..
Tahniah juga buat Top 10 Pengomen bulan Julai 2026. Terima kasih sebab sentiasa memeriahkan ruang komen blog CCL.
Dan... tibalah masa yang ditunggu-tunggu.. Juara Ruang Komen bagi bulan Julai 2026 jatuh kepada Blogger SN Faaezahh Tahniah Faa! ..
Teringat pulak, bulan lepas CCL yang jadi juara top komen dekat blog Faa. Bulan ni giliran Faa pula merangkul gelaran juara dekat blog CCL. Alhamdulillah... orang kata rezeki dikongsi bersama. Semoga persahabatan dan sokongan sesama blogger ni terus berkekalan sampai bila-bila.
Faa, jangan lupa emailkan nama penuh, alamat dan nombor telefon ke virgoyana61@yahoo.com ya. CCL nak kirim sikit hadiah yang tak seberapa sebagai tanda terima kasih kerana sentiasa setia memberi sokongan pada blog CCL.
Buat yang belum berjaya kali ni, jangan risau. Masih ada peluang untuk bulan-bulan seterusnya. Teruskan singgah dan tinggalkan komen. Mana tau bulan depan nama blogger lain pulak yang naik sebagai Juara Ruang Komen.
Sekali lagi, terima kasih buat semua yang sentiasa ada..Semoga ada rezeki untuk bertemu lagi dalam Juara Ruang Komen Ogos 2026 nanti..
Assalamualaikum dan hai semua
Juara Ruang Komen Jun 2026 | Blogger NA
Alhamdulillah, untuk Juara Ruang Komen bulan Jun telah dimenangi oleh Blogger NA dengan 39 komen!
Walaupun sepanjang bulan lepas CCL hanya sempat publish 9 entri sahaja, Blogger NA tetap gigih "menggodam" entri-entri lama dan tinggalkan komen - komen. Terima kasih banyak kerana sudi singgah, membaca serta memeriahkan ruangan komen di blog CCL. . Seperti biasa, mohon emailkan butiran untuk proses pengeposan hadiah do email virgoyana61@yahoo.com
Tahniah juga diucapkan kepada Top 10 Pengomen yang berjaya tersenarai dalam carta bulan Jun. Terima kasih kerana sentiasa setia singgah dan meninggalkan komen di setiap entri. Semoga kita terus saling menyokong dunia blog dan bertemu lagi dalam carta bulan hadapan!
Bulan Julai pulak siapakah yang bakal menempah gelaran juara ruangan komen blog CCL ..
Assalamualaikum dan hai semua
Juara Ruang Komen Mei 2026 | Blogger Suria Amanda Salam bulan June 2026 . sudah pertengahan tahun . Seperti biasa CCL nak umumkan juara ruang komen untuk bulan Mei . Walaupun bulan lepas, CCL kurang keluarkan entri tetapi tetap juga ada support dari kawan-kawan blogger yang datang singgah .
Tanpa membuang masa, tanpa membebel panjang cerita , juara ruang komen Mei 2026 jatuh kepada blogger Suria Amanda . Tahniah akak SA dan terima kasih juga kepada semua blogger yang tersenarai dalam carta .
Untuk akak SA boleh hantar semula detail akak SA melalui Whatsapp CCL @ emailkan ke virgoyana61@yahoo.com
Maaf rakan blogger semua, bulan lepas CCL tak rancak nak blogwalking & boom komen .. InsyaAllah soon CCL akan terjah yerr .
Assalamualaikum dan hai semua
Juara Ruang Komen April 2026 | Blogger Cuya Hari ni genap seminggu dah masuk bulan Mei ..Eh rasa waktu bertukar hari ke hari tu sangat cepat kan..Tanpa buang masa, CCL nak umumkan Juara Ruang Komen untuk bulan April. Walaupun pengumuman ni lambat sikit, jangan risau ya..CCL tetap dah rekod semua jumlah komen di penghujung bulan April..
Untuk bulan April 2026, juara ruang komen jatuh kepada Blogger Cuya dengan jumlah 90 komen! Tahniah dan terima kasih sebab sudi singgah baca entri baru dan lama CCL, siap rajin tinggalkan komen lagi. Memang CCL hargai sangat-sangat .. Sebagai tanda penghargaan, mohon Cuya tinggalkan detail ke email CCL di virgoyana61@yahoo.com untuk urusan pengeposan hadiah ya.
Tak lupa juga, terima kasih kepada 9 lagi blogger yang turut tersenarai. Walaupun belum jadi juara, mana tahu bulan depan ada rezeki pula kan… CCL memang suka nak kongsi manis-manis dengan uguys semua..
Kepada yang sentiasa konsisten dari awal bulan sampai sekarang, teruskan tinggalkan komen. Sebab… hujung tahun nanti CCL ada surprise khas tau ..
Terima kasih tak terhingga atas sokongan uguys semua yang tak pernah jemu singgah dan baca entri CCL.
Next month… giliran siapa pula ya?
Assalamualaikum dan hai semua
Juara Ruang Komen Mac 2026 | Blogger Kak Notie Seperti biasa,di setiap awal bulan, CCL nak kongsi rezeki dengan salah seorang rakan blogger yang aktif dalam ruang komen blog. Untuk bulan Mac 2026, setelah sempat CCL screenshot keputusan semalam pada pukul 11.50 malam… Alhamdulillah! Juara ruang komen dipilih adalah Blogger Kak Notie
Walaupun carta tangga pertama dimenangi oleh Blogger Fanny dari Indonesia, ramai rakan blogger kenal Kak Fanny , memang tak asing lagi. Kak Fanny memang sangat ramah di ruang komen dan konsisten memberikan komen yang menyeronokkan. Tapi disebabkan proses penghantaran hadiah agak rumit untuk luar negara, CCL membuka ruangan juara komen ini untuk blogger yang menetap di Malaysia sahaja. Tapi tetap rasa serba salah sedikit kan ..
Tak mengapa, Kak Fanny , CCL tetap sangat menghargai kehadiran dan komen manis awak! Tahun lepas pun rasanya dua kali Kak Fanny menjuarai ruangan komen. Terima kasih banyak-banyak! Kalau uguys ada suggestions lain untuk pos hadiah untuk Kak Fanny kongsi-kongsi laa .. CCL tahu Kak Fanny selalu juga datang ke Malaysia ..cuma taktahu kalau dia datang Malaysia , hadiah tersebut CCL nak hantar kemana .. ada juga blogger yang bagi by hand ..ehh kalau dekat ..sure CCL pun akan turun jumpa kak Fanny & blogger yang lain ..
Untuk Kak Notie, tahniah ya! Jangan lupa emailkan detail ke virgoyana61@yahoo.com supaya CCL boleh pos hadiah manis-manis sebagai tanda penghargaan..
Tahniah juga kepada semua yang berada dalam Top 10 Juara Ruang Komen. Kalau bukan rezeki bulan ini, jangan risau mana tahu rezeki uguys untuk menang bulan-bulan yang bakal datang atapun uguys boleh menang Top 3 Juara Ruang Komen Akhir Tahun 2026! ..
Terima kasih semua yang tak putus-putus hadir dan memeriahkan sesi entri posting blog CCL dengan komen-komen manis. Memang seronok tengok komuniti blogger yang saling support antara satu sama lain. Love uguys